Ahad, 25 Oktober 2015

Sabar le~

Bercakap bermodalkan air liur memang mudah, yang pastinya tak sepayah menahan diri untuk tidak melakukan yang tidak-tidak.

Bersabar itu manis. Sesungguh-sungguhnya manis. Dan berdiam itu baik, jauh lebih baik dari ujaran yang bukan-bukan, yang sia-sia. Sesungguh-sungguhnya lebih baik.

Cuma tu lah, menaip di laman ni teramat senang, mudah, dan ringkas. Untuk benar-benar mempraktikkannya...?
Sungguh-sungguh ia susah. Payah. Sukar, meski tak mustahil.

Dan hari ini, hati yang banyak titik hitam ni, gagal menahan diri lalu lidah yang tak bertulang ni senang benar berkata yang tidak-tidak. Dan seharian lah pundak ni terhentak rasa bersalah.
Mahu pohon maaf dan ampun jiwa kebal dengan ego dan lagak.

Justeru, begini lah. Minda terpahat satu azam untuk hari-hari mendatang.

Aku pernah jahil tak tahu apa-apa. Dan aku arif rasa terhina tatkala ditertawa dan dipersenda hanya kerana aku bertanya. Lalu, meski sebahagian rasa mahu membalas rasa sakit itu pada yang tidak berhak, bertabah dan bersabar, jauh lebih baik.

Dan tekad ni, janji pada diri, esok mahu lebih sabar.

Mungkin perlu mulakan dengan sarapan yang sempurna.

Minda yang segar, dan perut yang tidak lapar, menjamin sedikit kesabaran, rasanya lah.

Aku cuba.

P/S: Saya cuba....!!

Rabu, 14 Oktober 2015

GM .... Ia Bermula.

Kali terakhir menulis adalah pada empat bulan yang lepas.

Banyak yang berlaku. Tapi perkara paling besar ialah aku bukan lagi warga ibukota Kuala Lumpur.

Aku kini, bermastautin di Gua Musang.

Bayi kecik aku tah tak berapa bayi sangat dah, dah ada gigi, dah boleh merangkak, main, dan lain-lain.

Dan suami aku dah tak komplen langsung pasal berebut parking, atau sikap sesetengah orang yang suka tanda parking dengan kon dan sebagainya.

Aku pun lebih tenang jiwa. Hahaha.

Jalan memang tak jem lah.

Pagi2 ada nescafe panas, petang-petang ada teh o. Menjelang buat balancing ada hamba-hamba Allah yang sudi belikan karipap besar yang sedap, goreng pisang, cakoi, dan macam-macam.

Hmm... Montel la kalau macam ni.