Sabtu, 31 Ogos 2013

BR

Baskin Robbin 31st~!!!!

Aku dengan ini secara rasminya dengan gagahnya mencadangkan kepada Baskin Robbin untuk mengadakan Baskin Robbin 30 sekali serta Baskin Robbin 31st - TIAP-TIAP bulan juseyooooooooooo~!!



P/S: Bila stress makan eskrem yang sedap adalah sangat seronok. Wheeeee~~~

Sabtu, 24 Ogos 2013

Body Language

Kadang-kadang, body language lebih memudaratkan dari bahasa lidah yang memang diakui bisanya menusuk.

Action speaks louder than words, but action without explanation is leading to misunderstanding. Dan salah tafsir adalah sesuatu yang natijahnya tidak kecik.

Cuma, sekental mana hati untuk perbetulkan semula keadaan? Dan sekuat mana hati yang tersilap pemahaman tadi untuk menerima sebarang penjelasan.

Disalahertikan, pon bukan la satu posisi pilihan.

Umpamanya sang mentimun, bergolek luka, digolek pon terluka.



##############################


Kadang, hati perlu cukup besar untuk menghadam segala macam rasa sentap yang mendatang.

Dan kadang, kotak-kotak di pikiran perlu sedikit besar supaya tak sume perkara diperincikan hingga timbulnya bayangan yang tidak-tidak.

Cuma kadang-kadang, untuk praktikkan apa yang dinamakan serba teori neh, susahnya semacam si tempang bermain bola.



P/S: Here comes the tricky part. To ignore or to avoid it?

Rabu, 21 Ogos 2013

Nothing Last Forever

Ini adalah belangkas. 

Alah, kalo dalam karangan bahasa Melayu kononnya asik berkepit tamo lepas bak belangkas katanya. Ni la binatangnya belangkas. Tersangkut kat pukat, tapi sekor je. Yang lakinya tak plak tersangkut sama. Punya la so-called hidup sama kalo boleh mati pon nak sesama.



Front view - belangkas betina yang penuh telur katanya.


Back view - besar gabak binatang air payau ni.



Binatang dua alam ni, tak mati-mati lepas berejam atas darat, justeru aku tak pasti boleh masak sup untuk dimakan ke tak. Kata depa yang menangkap bendalah ni boleh je makan, sedap katanya.

Tak berani la plak nak try, lalu belangkas yang terpisah dari lakinya neh bapak aku lepaskan je kat sungai belakang rumah. Hidup lagi ke tidak, wallahu a'lam.



P/S: Nothing last forever, belangkas pon mati asing-asing. Enough said.





Kawen La La La Lagi~

Majlis sambut menantu katanya, taniah untuk mempelai bedua~


Penat tanya pengantin cemana belit shawl, bape lai tudung pakai, etc. jawapan - orang pakaikan. Huh~


Encik pengantin eksen dah sah katanya, tak pasal-pasal puan pengantin & rumet puan pengantin sesama so-what-kan beliau sambil hi-5.



Last sekali, selamat kawen~!!



~~


Rabu, 14 Ogos 2013

Sejarah~

Saya tau la saya sedih dua bulan dulu.

Tapi tuh DULU.

Perlu la sesebut lagi hal-hal yang dah berlalu tu. Itu sume sejarah. Toksah duk nak mengenang mengingat sangat. Tsk.

Sila padamkan imej tersebut, masehhhh.




P/S: Tomorrow will be my so-called last day. I guess.

Isnin, 12 Ogos 2013

Raya!

5 Syawal

Selamat Hari Raya~!!

Raya pertama yang disambut di opis, sambil bekerja, bersama-sama member sekerja.

Keje untuk lagi 3 hari sebelum bercuti raya. Dan lepas balik dari cuti, aku akan ditransfer semula ke team Malaysia.

Dan bermula la sesi sesak nafas bekerja.






P/S: I dont see a bright future in front of me lately. Is it time to give up?

Sabtu, 27 Julai 2013

Wish

People said, be careful of what you're wishing for.

Listening to it, but I took it for granted. Being ignorant is not a bliss sometime.

Learning from my very own mistake means a lot. Awfully a lot, that I wish it never happened. But the damaged has been done.

This is my second time learning facing the fact is always the best how bad it is. Because what you're wishing for is so imaginary that you can't see what future would look like.

So, I'm not going to wish for anything this time. I'll just let destiny decide my path. And I wont complaint anything anymore. I'll try my very best to cope with every single obstacle without saying much.

This is embarrassing, that I would like to dig a hole to hibernate for at least few months.



P/S: I'm back. Back~!  

Rabu, 17 Julai 2013

Perantauan~

Tahun lepas gigih sangat la feeling beraya di perantauan. Teringin sangat kannn~~

Heh, tahun ni adalah kenyataan gamaknya. Hanya dapat cuti raya menjelang syawal ke-8. (Well oh well orang offer beberapa hari lepas raya gagah jugak mintak minggu kedua Syawal katanya~)

Why oh why Singapore you guys don't celebrate raya as much as you celebrate Christmas & Chinese New Year. 

Baik. Tamat feeling sedih bagai. Drama sangat.

Alkesahnya kalau tak dapat balik raya ni sebenarnya agak syahdu syahdan la jugak. Ada sorang senior neh walopon macam dah biasa jeh keje time raya tapi bila dah officially confirm kena keje raya merah-merah jugak la mata beliau. Tu pon kampung kat Seremban(?) je rasanya.

Lalu deme yang nun jauh yang masa perjalanan je cecah 8-9 jam neh? Tsk~

Baikla, sempena raya pertama disambut di opis, bekal beskut raya kena la banyak.

Whee~



P/S: Note untuk diri sendiri; sila matikan/senyapkan henpon sepanjang raya pertama untuk elakkan dapat panggilan dari kampung yang akan mengurangkan kegagahan beraya di opis. Sekian.

Jumaat, 12 Julai 2013

Samat Puasa~!

Puasa adalah salunya terasa lebih lama dari hari-hari biasa. Selang lima minit tengok jam adalah benda biasa. Tak cukup jam tangan, tengok jam kat PC, jam dinding, dan jam kat henpon.

Tapi puasa tetibe jadi laju tak sedar-sedar je dah tinggal seminggu, adalah puasa pada 4 tahun lepas. Puasa pertama selaku pekerja.

Dan tahun ni, macam tahun-tahun sebelum ni jugak, masa laju semacam. Balik-balik je dah azan Maghrib. Tsk~

Dan kalo kena dengan gayanya, tahun ni mungkin tahun pertama beraya sambil bekerja.

Satu masa dulu tak penah terpikir pon ada orang yang balik raya hanya 2 hari, atau mula bekerja pada raya ketiga, atau balik raya hanya pada malam raya.

Tapi tu lah, kehidupan adalah selalu di luar sangkaan, supaya kehidupan tuh tak bosan. Sentiasa ada unsur kejutan di mana-mana. Walopon hakikatnya aku tak sukakan kejutan, surprise, atau seangkatan dengannya, tapi pilihan yang ada cuma terima apa adanya.




P/S: Macam kelakar plak room mate yang sorang neh gigih syahdu syahdan semata-mata puasa hari pertama puasa bukan bersama famili. Keke, sampai bantut selera makan tuh. Siannn~

Ahad, 30 Jun 2013

Coffee Shop



B.A.P- Coffee Shop [English Subs+Hangul+Romanization]
Uploader : HDSubs1

A different side of this group.

Glad Jongup & Himchan are getting more part and Zelo is singing too. Uh-uh, and finally Daehyun can rest a bit with lesser part and no high notes. Harharha~

Cant wait to see they perform live for this song but for Zelo's singing part highly unlikely included in live performance I guess. Let just see.

Btw, I dont like Youngjae with those hats. Lalallalala~




P/S: A way of forgetting current issue.~

Rabu, 26 Jun 2013

Smile: Handsome VS Sweet

Smiling is always sweet. 

Tapi bila sorang yang hensem tersenyum, atau, sekadar senyum, ia adalah membunuh. 
Baikla, pembetulan. Ia adalah fraud sebab menyebabkan orang lain hilang tumpuan seketika pada kerja dan sebagainya. Justeru ia adalah gangguan.

Kerana sorang yang hensem tuh sendiri adalah gangguan, jadi apa saja berkaitan beliau adalah gangguan demi gangguan. Adalah tidak wajar menjadi gangguan kepada pihak lain, terutama jika mendatangkan kemudaratan seperti kelajuan denyut jantung atau kecepatan perpeluhan di dahi dan sebagainya.

Tapi, bila sorang yang tak dikategorikan hensem, bermaksud sekadar sorang yang biasa-biasa saja, mungkin sedikit gondol, atau rambutnya digayakan dengan style kelepet  rapat ke dahi, atau mungkin cara berpakaiannya biasa-biasa takde nak skema atau keparat korporat sangat, tersenyum, seulas senyum yang manis, ia adalah, sweet.

Sweet yang mana, ia akan menyebabkan dahi yang berkerut dek pening dengan kerenah orang-orang tertentu, hilang seketika.

Jadi, senyuman yang manis tak semestinya datang dari sorang yang lawa, atau hensem. Tapi memang adalah rare datang dari sorang yang lawa, atau hensem.

Wheee~~~~




P/S: This particular person neh, sweet gle dia punya senyum. Seyes. 1st time terkagum tengok senyum yang manis.

Ahad, 23 Jun 2013

Unexpected

Tomorrow is Monday.

Which is Coaching Day-2.

The next day we'll go 'live' on our own.

Minggu lepas adalah minggu yang skeri. Minggu yang paling tak sangka langsung akan terjadi. Tapi the rest is history, nothing can be changed.

Dan-dan jeh aku kena tukar dari Malaysia ke team Singapore.

Alkesahnya level sama jeh pon, cuma dari hujung sana ke hujung sini, tukar seat jeh pon. Tapi kejutan yang boleh tahan besar untuk aku sebab persediaan dari segi mental memang langsung takde. Tak penah terpikir langsung pon. Mimpi pon tak.

Justeru ia adalah scary. Tsk~!



P/S: Shiro...~

Selasa, 18 Jun 2013

Yogjakarta Trip: Tempat-tempat Menarik

1. Candi/Temple

Prambanan
-Kalau dari airport boleh terus ke sini, dalam 10-15 min.
-Bayaran masuk 30,000 IDR.
-Dari Prambanan pon ada pakej untuk ke Ratu Boko, harga pakej 45,000 IDR tapi besar kemungkinan ada caj lain sebab caj Ratu Boko berdasarkan kerakyatan.

Ratu Boko-Lokasi jauh sikit dari Prambanan, dan terletak di kawasan agak tinggi.
-Sepanjang perjalanan ke Ratu Boko akan melalui kawasan sawah di mana keseluruhan proses bermula dari menyemai benih, hinggalah menuai, masih menggunakan cara tradisi. Satu pemandangan yang menarik dan unik bagi yang tak penah tengok. Macam aku yang sempat membesar dengan tradisi neh takde la pelik sangat, cuma rasa refreshing macam balik ke zaman dulu kala.
-Bayaran masuk adalah mahal pada aku, 123,500 IDR - katanya berbeza mengikut kerakyatan, untuk Indonesian hanya 25,000 IDR. Alasannya insurans untuk keselamatan pekebendalah tatau.
Tapi bersama tiket masuk disertakan sekali satu tiket untuk free soft drink kat restoren berdekatan. Seyes, restoren tuh punya pemandangan memang superb.


2. Gunung Merapi

Strongly recommended.
Lokasi kat Kaliurang, kira-kira sejam atau lebih, dari epot.
Bayaran masuk hanya 3,000 IDR, tapi untuk merayap-rayap tengok bekas-bekas kampung selepas letusan terakhir 26/10/2010 ada 2 pilihan. Sama ada naik motorsikal atau naik jeep.
Dengan jeep 3 trip, short (250,000), medium (350,000) atau long (450,000) per jeep tak kesah bape orang.
Ni adalah antara part paling best waktu kat Yogjakarta, jadi ada satu entry khas untuk neh.


3. Kraton
Spesies istana, lupa plak nama penuhnya apa.
Lokasi dekat Malioboro, dari epot tak jauh, dalam 15 - 20 min.
Bayaran masuk 12,500 IDR.


4. Pasar Beriharjo
Obviously tempat untuk tipiskan bil rupiah.
Tak jauh dari Kraton tadi, pon tak jauh dari Malioboro
Kitorang pegi pada weekdays, jadi tak la crowded dan okeh jeh nak shopping.
Ada macam-macam, barang-barang untuk kawen kat tingkat paling bawah.
Ala-ala Pasar Besar Siti Khadijah.


5. Jalan Malioboro
Seperti namanya, terletak di Malioboro.
Sangat banyak gerai/kedai di sepanjang jalan.
Happening belah petang sikit, timing ala-ala pasar malam la.
Kalau dari epot sebenarnya boleh jeh naik bas, 3,000 IDR jeh, bleh turun di perhentian Malioboro 1 (atau Malioboro Pertama), Malioboro 2, dan Malioboro 3.
Kalau amik teksi 50,000 IDR.


6. Solo
Yang neh jauh sket la, lebih kurang 2 jam dari bandar.
Ada kraton apatah nama dia kat situ, sangat besar.
Tapi tutup awal, hari Jumaat tutup 12.30 tengahari, jadi kalau nak ke sana kena gerak awal pagi. Kitorang dah gerak awal malangnya tak sempat sebab terlajak kat Pasar Beriharjo. Tsk.
Solo pon pemes dengan hasil batek, walopon mahal sikit compare dengan Pasar Beriharjo (kedai kat Solo ekslusif sikit ala-ala butik & terima kad kredit), tapi masih murah kalau compare dengan RM.
Ada pasar traditional jugak malangnya tak sempat pergi sebab tour kitorang cakap kitorang dah spend banyak aritu jadi tak payah pegi. Sengal punya tour. Haha.


Prambanan


Prambanan - peralatan gamelan kot, dan kebetulan masa kitorang sampai ada yang tengah persembahkan gamelan (?).


Prambanan - di laluan keluar.


Ratu Boko - free soft drink bleh didapati kat sini, restoren Boko Sunset.



Pemandangan yang santekkk sangat.



Masih Boko Sunset, bleh duduk jugak kat kusi atas tangga tuh. Natural feeling katanya.



Gunung Merapi



Kraton kat Malioboro



Pasar Beriharjo


Kraton kat Solo. Tak masuk pon sebab dah lama tutup, dan agak skeri masa neh sebab dah senja dan azan maghrib sedang berkumandang.


Kraton kat Solo - err, skeri pon kitorang masuk sket sekadar amik gambar.



Solo - bukan gambar paranormal, tuh hasil asap rokok inche tour yang asik smoke berputung-putung.



**Rate kitorang masa neh 1,000 IDR ~ RM0.32



P/S: Jangan lupa asingkan 100,000 - 150,000 IDR untuk bayaran tax time balik nanti, kang ada jugak yang tak balik Malaysia. Amount tuh mungkin berbeza ikut airport. 
Kitorang dipesan hosmet tax adalah 150,000, tup-tup 100,000 IDR. Lepas confirm dengan petugas kat situ mencicit kitorang shopping habiskan baki 50,000 IDR. ^^