Isnin, 21 April 2014
Majlis Bertandang
Galas
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Peribahasa yang sangat terang lagi bersuluh maksudnya.
Cuma, secara peribadi aku kurang bersetuju dengan bidalan bahasa yang satu ni. Musabab aku, apa korang tau perasaan sebenar dorang yang depani masalah tu setelus-telusnya?
Ia mungkin kelihatan satu masalah untuk kita yang memandang. Mungkin kenampakan satu beban dari kacamata kita yang melihat.
Tapi, apakah ia sebenar-benar sebuah kesulitan yang menyusahkan? Atau, mungkin tak ia hanya pemangkin pada bahagia yang bakal tiba?
Umpamanya deretan biasan cahaya tujuh warna yang hanya terbias di dada langit usai hujan turun?
Beban dalam bentuk ujian tahun akhir, atau tesis bagi penuntut tahun akhir, atau mungkin politik kerja di pejabat, hatta konflik sesebuah institusi keluarga.
Hakikatnya, hanya yang terpilih yang akan menghadapi seribu bagai bentuk dugaan. Hanya yang kuat mampu depani segala macam cubaan ni. Dan, Allah tak sesekali aniayakan memana hambaNya.
Justeru, pada yang melihat, toksah la dengkikan kesenangan yang terzahir, kerana apa yang tersirat jauh lebih sukar diteka. Dan mata yang merenung, pon tak payah lah risau berlebihan, kerana jiwa yang menanggung takkan selemah ia terlihat, Allah di mana-mana, adanya Dia, semuanya takkan apa-apa.
Buat yang sedang kewalahan, tenang ada di mana-mana. Pilihla apa saja, karaoke sesumbang suara, lepak di mampley sampai dinihari, santai di kedai kopi merenung bermacam ragam, apa saja. Cuma, itu usaha.
Allah je ada jawapannya. Bak jawapan objektif, pilihla sesuka rasa, cumanya, jawapan yang betul hanya satu.
P/S: Bila aku merapu.
P/S/S: I'm not good at comforting people, but I hope this unwanted random entry did knock some sense somehow.
Rabu, 16 April 2014
Sengal
Tilik-tilik mozek untuk bilik yang baru siap.
Datang kerani berpakaian kasual tudung bawal selempang ke kiri kanan bahu.
"Total RM192," katanya sambil tunjukkan angka di kalkulator.
Belek wang ringgit dalam dompet. Erk... cecepat bisik kat mak kat sebelah, "Pinjam satus, orang tak cukup cash." Sambil tayang pat keping not RM50.
Mak aku pandang aku atas bawah. Pastuh sadin tanya balik, "Sekarang ni ada berapa?"
Kompiden aku jawab, "Dua ratus."
"Total tadi bukan satus semilan puluh dua?"
Jalan laju-laju pi kaunter pembayaran.
P/S: Bila dah salu guna kalkulator, kira manual sikit dah failed. Nasib....
Isnin, 7 April 2014
Bisik : A Review
BISIK ni bukan la buku baru dari penulis Syaihan Syafiq neh, malah beliau dah pon keluarkan sekuel kepada novel nih bertajuk KOYAK.
Justeru aku pon baru la mengada-ngada nak beli BISIK, sebab KOYAK punya sinopsis nampak menarik.
Pendekkan membebel, BISIK adalah sebuah kesah si pesakit psiko di mana ia diulas dari sisi pesakit ni sendiri. Selaku pembaca, sila teka yang mana adalah kebenaran dan yang mana adalah ilusi.
Ia tentang watak utama Mikael yang mengalami skizofrenia dan punya beberapa watak dalam diri atau lebih dikenali sebagai split personality.
Seperti buku-buku FIXI lain penulis ni menulis dalam monolog dalaman sesatu watak, cuma, di setiap monolog tak dinyatakan ia adalah ingatan/memori sesapa. Selaku pembaca, itula thrillnya.
Salah satu novel kegemaran aku berkenaan split personality adalah MANDATORI tulisan Ramlee Awang Mursyid. Ada 4 watak dalam satu diri dan setiap satu watak pecahan tuh diperincikan, dan setiap satu plot memperlihatkan hubungkait antara satu watak demi satu watak. Tapi, ada satu watak, watak ketiga, agak sukar untuk adanya pertalian dengan watak-watak lain. Dan hampir penghujung cerita keempat-empat watak bersatu - demi sebuah dendam yang belum selesai.
BISIK ada sedikit beza, hingga ke penghujung kesah, watak utama tetap tatau bahawasanya ada watak lain dalam dirinya. Dan pertukaran demi pertukaran watak tuh dialami dalam jarak masa yang singkat, malah watak kedua dalam diri beliau sepertinya wujud dalam jasad kasar.
Babak paling mengelirukan adalah babak di mana salah sorang kawan baik Mikael diikat dan dibelasah teruk waima sorang pompuan oleh watak kedua, Mikael berusaha selamatkan kawan beliau tapi dalam masa yang sama dia sendiri teruk dibelasah oleh watak kedua neh.
Macamana rupanya orang yang membelasah dan mangsa belasahan(?) adalah dalam jasad yang sama?
Pape pon, tahap kerosakan moral dalam buku nih adalah jauh lebih minimum berbanding buku-buku terbitan FIXI lain.
Tapi aku tetap tak mencadangkan buku ni pada mereka di bawah 25 tahun, sekian. Lalalalalala~
P/S: Buku kulit nipis RAM, cepatla masuk pasaran. Oh yeah~
Khamis, 27 Mac 2014
Deme Sudah Kawen~
Jumaat, 14 Mac 2014
Azam
Bahasa Melayu adalah subjek yang aku paling suka, sejak dulu dan sampai sekarang. Cuma, kerana aku ada sedikit (?) masalah dalam bahasa antarabangsa itu katanya, maka aku mula mengabaikan sekejap bahasa ibunda kesayangan neh.
Natijahnya, secara serius, kemahiran menulis/menaip menggunakan tatabahasa yang betul serta bahasa yang puitis (ata sesetengah lebih suka memanggilnya selaku bahasa bunga-bunga), sudah semakin sirna.
Andai terus diabaikan, mungkin akan makin pudar lantas hilang ditelan masa.
Dan sungguh, aku terkilan.
Menyesal pon ada, konon nak tingkatkan kemahiran berbahasa antarabangsa katanya, gigih menulis/menaip dalam bahasa tersebut, sampai terlupakan sesatunya kemahiran aku neh.
Selaku sorang yang tak punya banyak kemahiran, keupayaan memahami bahasa-bahasa ala-ala Dewan Bahasa dan Pustaka adalah sesuatu yang berharga untuk aku.
Malangnya, dek kecuaian sendiri, ia bakal direnggut begitu saja. Hilang dalam kelam. Semacam lapar tapi tade nasik, atau sedang di jamuan makan-makan tapi dengan perut yang kenyang.
Tak selesa, dan tak suka.
P/S: Azam tahun baru, berbahasa Melayu.
Khamis, 13 Mac 2014
Gantung: A Review
Isnin, 3 Mac 2014
March is Here
Hampir setahun pemergian arwah nenek.
Hampir setahun yang lepas penah merasa sejuk kejung Seoul.
Dan hampir setahun yang dulu, adanya suggestion yang aku kira super kelakar & paling merapu, bakal jadi nyata.
Tapi kan, abaikan jeh.
In less than 3 weeks, my sis is getting married.
Wow.
P/S: Kerana beliau langkah bendul, perlu tak demand rantai tangan seutas dua?
Ahad, 23 Februari 2014
Changes
Aku pon.
Dan setelah masuk tahun keempat keje kat sini, dah alah bisa tegal biasa dengan keje 5 hari seminggu di mana off day tak semestinya hujung minggu, akhirnya aku dipaksa keluar dari zon yang katanya selesa neh.
Bermula April, aku adalah shifter. Yang mana shift paling awal adalah 0800 - 1700, dan paling lambat 1500 - 0000.
Dan off days, hampir mustahil adalah hujung minggu.
###############################
Perubahan tu perlu, untuk jadi sorang makhluk yang lebih baik dari hari semalam.
Cuma, menerima perubahan tuh tak mudah.
P/S: Semangat yang hilang.
Jumaat, 21 Februari 2014
Inspirasi
Balik-balik entry emo, yang selalunya berkisarkan ketidakpuasan hati tentang itu ini. Dan bila emo tahap ekstrem entry terus berkenaan aku, aku dan aku.
Ini kisah inspirasi.
Yang kadang datangnya mencurah-curah macamkan tempayan bocor.
Yang kadang bila hilang, terus hilang semacamkan tak pernah datang.
Satu ketika, beberapa tahun dulu, inspirasi tu macamkan ombak. Tak bosan-bosan singgah ke pasir pantai. Kadang sapanya gemalai, kadang hempasnya membadai.
Dan satu ketika dulu, tak lama selepas beberapa tahun tu, inspirasi tu direngut.
Sirna macamkan pelangi yang hilang dek cerah mentari. Dan langsung tak datang-datang lagi.
Sampai harini. ^^
P/S: Kisah sorang yang menulis.
Khamis, 20 Februari 2014
Action VS Words
Ahad, 16 Februari 2014
Manusia
Andai di tangan kanan ada segunung harta, tangan kiri masih dambakan segunung lagi harta. Walau nyawa di rengkungan, nafsu tamak haloba masih beraja.
Sedang bersederhana dan mensyukuri apa saja adanya adalah lebih baik. Cuma, tak ramai yang sedar, dan lebih sikit yang mengerti.
###################################
Sepasang suami isteri di kampung. Punya anak-anak yang berkerjaya, meski tak jalani kehidupan serba mewah namun cukup adanya.
Anak sulung sorang guru.
Yang kedua pekerja sebuah syarikat swasta.
Ketiga sorang pekerja di jabatan kerajaan.
Keempat sedang menjalani tahun kedua terakhir di sebuah universiti tempatan.
Di mata kasar masyarakat, ini adalah kejayaan. Kebahagiaan.
Hakikatnya, bahagia itu bukan sebenar bahagia bila apa adanya sepertinya tak mencukupi demi berlandaskan skala meter bertunjangkan nafsu.
Si sulung terasa sangat tak bermakna, bila saja lebih separuh gaji habisnya hanya membayar segala perihal hutang.
Yang kedua tak kalahnya dengan ketidakpuasan hati dek bonus awal/suku/hujung tahun pekerja-pekerja jabatan kerajaan.
Yang ketiga dengan banyaknya kerenah pihak atasan.
Yang keempat dengan tekanan tugasan mingguan/ujian akhir semester.
Ini kisah cliche sebuah masyarakat.
#####################################
Bahagia tuh aneh sifatnya. Ia datang bila segalanya disyukuri. Sedang mensyukuri tuh jarang diakui. Apatah bila nafsu jadi tuan, dan kewarasan dikeduakan.
P/S: Alhamdulillah.... masalah demi masalah bermakna nyawa masih dikandung badan.
Isnin, 10 Februari 2014
Yogjakarta Trip : Gunung Merapi
(1 - 1 1/2 hrs)
Medium trip - 350,000 IDR
Long trip - 450,000
(3 hrs)
Masa lawatan ke Gunung Merapi cuma sampai pukul 6.00pm (alkesahnya pukul 6.00pm tuh dah gelap gulita, maghrib masuk pon pukul 5.40pm).
Kerana kitorang sampai sana dalam 3.30pm, singgah jamak ta'khir dulu (ada surau & toilet berbayar kat situ), justeru amik short trip jeh. Dan ada 2 pilihan untuk ke trip tu, sama ada menggunakan jeep, atau motosikal (ni bukan bawak sendiri, bonceng jeh). Kitorang amik jeep dan nasib baikla tuh memang pilihan yang tepat.
Pemandu jeep tuh sebenarnya antara mangsa letusan Merapi pada 26/10/2010, kampung beliau yang terdekat dengan gunung tuh tapi yang terakhir kena & yang paling dahsyat kesannya. Kalau kampung-kampung lain ada jugak yang tinggal tunggul-tunggul binaan rumah dan seumpamanya tapi kampung yang terakhir ni lenyap terus.
Memang padang jarak padang tekukur.
Short trip nih ada 5 - 6 stop. Yang pertama tapak apakah namanya dah lupa, tapi dari situ bleh nampak kesan jambatan yang kena wap panas letusan 2010 tu dan jugak lubang-lubang hasil letusan yang sama.
Kemudian, ke tapak kampung Dusun Jambu. Highlight kat sini adalah seketul batu besar, jugak hasil letusan 3 tahun lepas yang dipanggil batu alien. Katanya sebab menyerupai wajah manusia. Sama ada aku yang tengok dari angle yang salah atau kurang imaginasi aku gagal mengenalpasti tang mana rupa manusia batu tuh.
Di lokasi yang sama ada sungai yang katanya dulu kedalamannya cecah 100meter tapi lepas letusan tuh dah tak jadi sungai lagi.
Mungkin sebab ketiadaan pokok jadi angin sangat kuat kat kawasan tun Dan kalo jenis tak tahan sejuk better bawak at least kardigan. Toksah berangan bawak shawl sebab besar kemungkinan shawl bleh terbang melayang.
Stop yang kedua terakhir adalah tempat paling tinggi kitorang bleh naik, dari situ memang nampak Gunung Merapi dengan jelas. Puncaknya dilitupi awan. Bukan setakat gunungnya je, masa memulakan perjalanan pon kitorang sendiri meredah awan.
Hentian terakhir adalah muzium jam. Asalnya adalah salah sebuah rumah yang strukturnya masih ada, dan sisa-sisa harta yang ditemui dikumpulkan kat situ sebagai mengingati kejadian tersebut.
Bila sampai situ pengasas museum tersebut bukan setakat sambut dan jelaskan kronologi kejadian tu kat kitorang malah dengan baik atinya menjawab segala macam soklan kitorang yang dah ala-ala reporter pencen.
Tepat 6.00pm kitorang sampai kat checkpoint yang asal dan kitorang je yang tinggal blom balik-balik rupanya. Masa tuh memang dah gelap gulita.
Jeep yang digunakan sepanjang trip. Ada bumbung tapi kitorang request untuk bukak. Baru la thrill~
Gambar tak dapat dielakkan dari blur - satu, sebab pakai kamera biasa, kedua, perjalanan adalah sangat melompat-lompat macam roller coaster.






















