Ahad, 5 April 2015

Meroyan: Akukah?

Tiga tahun lepas aku ada menulis tentang meroyan atau meriyan, satu keadaan yang kerapkali berlaku pada ibu-ibu yang baru melahirkan.

Jujurnya sewaktu menulis tersebut sama sekali aku tak terpikir apakah aku akan alami perkara yang sama, oit harus la tak terpikir saya sedang bujang trang tang tang tak terikat mahupun mengikat diri dengan sebarang komitmen atau janji-janji manis di bibir seh.. Jangan kata pikir pasal anak ke apakah pasal kawen pon tak terlintas di benakku kala itu muahahaha.

Alkesah, diringkaskan cerita, ia berlaku.

Selain pikiran yang tak berapa nak stabil, perubahan fizikal serta larangan itu ini sepanjang pantang juga turut menjadi punca kenapa ia berlaku.

Peribadinya aku bukan sorang yang betah di rumah, dan pengalaman selaku loneranger amat tidak membantu. Di kampung aku dikelilingi keluarga yang sangat menyokong dan membantu. Tapi perasaan untuk bangun, menapak ke mana-mana sendiri-sendiri sangat menghantui. Dan hakikatnya, ia adalah larangan paling sukar yang aku hadapi.

Catuan makan minum larat lagi bertahan, walau dalam cuaca sepanas ini terpaksa meneguk milo suam sambil merenung yang lain menyisip bandung ais. Makan nasik putih dengan kuah sayur air sambil yang lain menyantap gulai tenggiri kesukaan sepanjang zaman aku.

Lalu, ia menimpa sesiapa saja, dan ia umpama sang jerat yang tak pernah lupakan pelanduk. Terleka, maka terperangkap lah. Dan untuk keluar darinya, bukan saja tenaga tapi minda turut sama mesti memainkan peranannya.

Kerana terjatuh itu biasa, untuk bangun dan melangkah semula yang sukar dan memestikan sesuatu jiwa teguh dan tabah. Sedang ketabahan hanya ada pada mengakui keEsaan Sang Pencipta.




P/S: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.