Selasa, 2 April 2013

Korea Trip : Food

Ini adalah entry bergambar bertemakan makanan, sekian timekasih. ^^


Manjoo - 1st snack kat sana yang mesti cuba. Tepung bakar la lebih kurang [sukati jeh penjelasan sendirik hahaha] berintikan kastad. Syedap~! 3000won 12 bijik.


Hello Kitty Coffee House - sangat recommended. Sangat comel & sedap. Waffle dia pon sedap, tebal tapi rangup. Cafe Latte 4200 won, waffle dah lupa rege.


2nd day - mackerel grilled [btw ikannya blom sampai masa neh wahahaha]. Bagaimanapon gambar di atas hanya memperihalkan side dish yang sedap dan yummy~ Oh ye, air teh panas yang tak bape ada rasa ada disediakan. Area Insadong [kot.] 6000 atau 7000 won. Beta lupa mianhae.


Salah satu cafe latte yang diminum. Coffee Cojjee adalah JaeJoong JYJ's punya kedai. Sedap, tapi agak mahal. Bagaimanapon dah lupa harga tersebut, sekian. Oh ya, sesat-sesat untuk jumpa coffee house yang satu neh.


Shrimp beger kat Myeong-dong. Beberapa saja rasanya, tapi friesnya yang mana takde dalam gambar adalah agak sedap, lain dari fries biasa. 5000 won bersama fries & air berkarbonat. Ada jugak squid beger bagaimanapon tak sempat nak bedal member in crime punya sebab terlalu asyik makan dan bersembang.


Perhatian, ini hanya side dishes yang boleh direfill sampai ahjumma annoying asik mintak refill wheeee~
Ya, ikan goreng celup tepung tersebut bukanla main dish, itu adalah side dish. Sekian.
Dan oh ya, daun salad tak salad tuh adalah paling sedap. Nampak macam daun biasa taruk sos apakah tapi rasa ala-ala kerabu. Betul. Tak tipu langsung. Sangat sedap. Mnitak refill lebih tiga kali. Sekian.


Ini ialah main dish. Tofu sup aka sundubu jjigae. Haram tak suka tofu tapi bedal jugak. Erk, masalah di sini ialah, yang sedap tuh tak dapat dipastikan apakah main dish, atau side dishnya.


Coffee. Sekali lagi, sedap. Terutama bila HOT cafe latte diminum sambil berjalan-jalan dalam suhu 3-4 darjah celcius. Nyaman~


Nami Island - 5000 won. Nasik goncang. Nasik dalam bekas besi yang panas, dan dibekalkan bersama sepasang glove comel kaler oren celoreng tahan panas. Bekas besi yang mengandungi nasik putih, kimchi & telur digoncang digelek-gelek selama seminit, lalu dibuka dan di atas adalah hasilnya. 
Kesimpulan, sedap.


Masih Nami Island - snack. Pau inti kacang merah panas-panas. 1000won.


Rupa steam bun red bean. Sila sebut dengan betul, penat aku berlatih menyebut dengan tepat tanpa kesalahan tatabahasa dalam satu nafas. Jugak, sedap.


Snack lagi. Namdaemon. Jugak inti kacang merah. 1000 won. Sangat sedap.


Street snack jugak - Namdaemon. 1000 won. Inti brown sugar & cinnamon. Ada ala-ala pritzel Aunt Anne rasa dia.


Dinner. Sambal sotong dengan rasa yang sedap - sotong tersebut dibakar rasanya & Ikan bakar bersaiz besar serta sundubu jjigae. Sedap & murah - 19000 won.
Menu yang semata dalam hangul, tapi jangan risau kerana anda boleh berbahasa Inggeris dengan staffnya.
"You can speak English to me." kata salah sorang mamat waiter yang tinggi & muka tak berapa nak Korea pada kitorang yang termangu-mangu merenung menu di dinding.


Last dinner - kerana berada di area Itaewon pada malam terakhir maka terpaksa dinner kebab. Itaewon ada banyak restoren halal malangnya kebanyakan adalah makanan timur tengah yang tak berapa nak kena di tekak. Tapi hadap saja. Itu adalah kebab ayam bersama nasik. Sangat mengenyangkan.


Tamat entry bergambar bertemakan makanan. 




P/S: Saya sangat rindu street iced cafe latte di Namdaemon yang sangat sedappppp dan berharga 2500 won.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

U make me craving! damn

AmySuju94 berkata...

Hello!!.. Just nk tnye..
Blh x bagi alamat tmpt2 ni?..
Nk pg berjalan sambil makan kat tmpt2 ni..
Thanks!