Selasa, 28 Februari 2012

Burger King: Whopper Jr® or Grilled Chicken Burger @ RM 1.95

Off day~

Selesaikan apa yang patut, kiranya planing nak cakap babai kat si gigi yang sakit malangnya rupanya kat KL neh kena wat appointment ye kalo nak cabut gigi?
Kalo kampung aku men gi je, dan-dan tuh jugak boleh cabut ke, tampal ke, apa-apa yang patut.
Justeru tadi buat jela appointment dan kena tunggu lagi seminggu lebih~ Haip~

Balik kampung pi klinik gigi kat sana best gak neh.

Balik rumah menatap intenet sorang-sorang tetibe nampak promo neh - Burger King: Whopper Jr® or Grilled Chicken Burger @ RM 1.95.

Walalalala~ Valid 27 - 29 Feb 2012. T&C untuk ala carte & dengan pembelian 1 medium carbonated drink.

Walla~ Terus keluar balik pegi Beger King. 1 medium coke & Whopper Jr® = RM5.35.

Whopper Jr wrapped.


Unwrapped.


Pastuh ada plak orang duk promot jual jajan, satu paper bag besar RM10 je.

Takde pikir panjang, rembat je~


Paper bag besarrrr~


Tadahh~



P/S: Jajan~ will always have place in my heart. ^^

Isnin, 27 Februari 2012

Sila Berdiam~

Meletakkan diri dalam weird mode.

Weird dan pelik bilamana lebih banyak terdiam dari becok sentiasa.

Awal bulan aritu cuti lebih seminggu kat kampung, dan kua jumpa member sekolah menengah. Dedua member yang aku jumpa tuh memang member rapat, dan memang dalam mode terkejut bila salah sorang dari dorang maklumkan dirinya baru je dirisik dan andai jodoh panjang akan melangsungkan pertunangan Jun nanti. Majlis nikah mungkin awal tahun depan.

Heh, tekejut sebab tak sangka. Tuh je pon.

Balik sini plak baru je salah sorang hosmet bagitau perkara yang sama.

Heh, feeling dia lain bila member rapat yang bagitau berita seumpama neh.

Sebab kedua terbesar meletakkan diri dalam mode weird bila selepas bercuti lama dan masuk keje balik tetibe antara soklan pertama ditanya, retikah buat keje sebenarnya?

Isu kecik je asalnya, bila password revoked/locked atau terlupa kena la reset. Cuma kerana berurusan dengan sistem yang sepatutnya tak mendatangkan masalah, tetibe ada akaun yang dah direset tapi masih locked. Justeru customer memang akan call balik suruh reset balik.

Dan. Bila terpaksa buat panggilan kali kedua, memang akan ada yang tak puas hati lalu menuduh previous person in charge tak buat keje.

Buat silap, tersilap atau tersalah dalam keje, adalah sesuatu yang tak boleh dielakkan, justeru aku tak kesah ditegur.

Cuma, yang mendatangkan keajaiban bila colleague yang menegur mendakwa ramai yang mengadu kat dia betapa selalu sangat dapat komplen dari customer yang aku handle sebelumnya.

Aku bukan special person yang ada sebarang specialty yang menghalang dorang dari directly menegur aku. Aku bukannya someone yang perlu di-handle with care.

An ordinary staff.

Kenapa tak direct cakap je? Seyes pelik.

Dan situasi neh meletakkan aku dalam langkah sangat berjaga-jaga bila buat keje lately. Secara otomatik jugak menyebabkan mulut terasa terkunci walo untuk berbasa basi.

Untuk sesorang sesukabercakap cam aku, ia sungguh membebankan.



P/S: Dalam mode menyesuaikan diri. Haip~

Rabu, 22 Februari 2012

Bonjuk Tea @ Jalan TAR

Kedai neh kecik je, kat Jalan TAR, sebelah butik TURKUAZ & bebetul berhadapan ngan SOGO. Operation hour kalo tak salah 1100 - 1930.

Antara produk Bonjuk Tea selain dari spesies-spesies teh seswai ngan namanya, ada gak spesies blended, coffee etc.

Yang paling best bagi aku ialah dia punya add on - magic ball, bubble etc.
Bubble tuh cam biasa la, kaler itam & kenyal-kenyal. Yang bestnya magic ball - ada yogurt, strawberry, mango etc.

Magic ball neh kaler putih untuk yogurt, pink untuk strawberry etc., bila digigit akan pecah & menghasilkan rasa sedap yang sangat seronok.

Magic ball taruk dalam spesies coffee sama ada iced atau blended best, taruk dalam fruit blended pon sedap. Ngam je. ^^

Nilai tambah yang lagik best, pekerja dia sendirik. Pekerja dia takde peramah mana, tapi baik. Bagi yang dah biasa dengan memenda camnih mungkin dah tau apa yang nak diorder, tapi bagi first timer cam aku mungkin blur alam sket, tapi dorang relax je, paling penting tak tunjuk muka menyampah langsung, & siap boleh bagi suggestion lagik apa yang best atau apa nak ditambah.

Attitude yang comel la~~

Extra bintang dari aku kat situ.

Pilihan bleh cek tengok kat sini.


P/S: Cranberry blended + yogurt magic ball & strawberry magic ball ~~

Ahad, 19 Februari 2012

Gigi & Kliniknya

Misi tercapai!

Gigi dah sehat, ngam 8 hari sakit bengkak cam beguk. Tak pasal-pasal ada dabel chin bagai. Haip~

Masa tengah sakit gigi dah janji nak gi cabut, gasak la rongak sket pon, serik kot cenggitu punya sakit.

Tapi, sebelum gi cabut nak belanja diri sendiri maka yokgaejang dulu. Justeru arini gi foodcourt The Garden lagik - Sam Sam Korean's yokgaejang~

Wheehee~

Yang lagik best makan bertemankan San Fransisco punya latte blended - yang buy 1 free 1 tuh. Kombinasi yang bahagia!


P/S: Kat mana klinik gigi tah..~

Selasa, 14 Februari 2012

MAW : Alkisahnya

MAW - adik kecik aku.
Jarak umur dah macam anak beranak, bukan adik beradik. Agak kejam kat situ sebetulnya.
Tapi kesahnya budak kecik nih kiranya cam peneman mak aku memandangkan aku & adik badik lain jarak umur cuma 2-3 tahun, jadi bila sorang dah mula blaja jejauh, maka yang lain mula ikut jejak yang sama.

MAW neh tahun masuk la 5 tahun - sebaya Shin Chan. ^^

Special character beliau? Heh, sangat nakal - sebijik perangai budak kecik sejati.

Dari hari dilahirkan, MAW sangat sejibik-potostat ngan abang aku. Bila makin besar, bukan muka je, peel, perangai, selera-anak-tekak, sume sama. Sangat sebijik.

Si MAW neh blaja berjalan agak cepat, dalam 9-10 bulan ke hape dah mula jalan, dan dia skip merangkak. Hanya blaja merangkak selepas mula berjalan. Tapi, sangat lambat blaja bercakap.

Seyes lambat. Pada usia 3 tahun patah perkataan yang kua dari mulut tuh boleh bilang. Dan beliau sebetulnya malas bercakap.

Bila dah umur 4 tahun baru la boleh paham patah perkataan beliau. Dan latest aku balik neh baru la boleh dengar beliau bercakap guna ayat yang umat manusia lain paham. Kalau tak beliau akan pakai ayat alien planet mana tah.

The biggest poblem ngan budak neh - beliau anak WonderPet, El Tigre, Danny Phantom, Sponge Bob etc. - versi Melayu.
Kesahnya, rumah aku hujung kampung, kerana kat rumah hanya si MAW & mak aku maka most of the time mak aku hanya lepak dalam rumah. Menjelang petang lepas asar baru la turun jenjalan area dedekat.
Dan tatau sejak bila MAW blaja tengok sume spesies kartun alihbahasa tuh sume, jadi dari situ beliau belaja membina ayat.

Kesahnya bila budak kecik blaja dengan TV & tak bersosial dengan masyarakat.

Natijahnya, anak jati Kelantan taleh cakap dalam slang sendirik sebaliknya mahir berbahasa baku. Bahasa baku tahap karma.

Cuma alhamdulillah la, MAW masih paham slang tuh walopon tak bape reti buat ayat pakai loghat sendirik.

Latest masalah MAW; beliau dah pandai main Angry Bird. Bigggg problem.

Masalahnya, aku install game bunuh-bunuh semut pon beliau dah seronok kekejap mintak tipon, apatah lagik bila dah reti main burung pulak. Tak pasal-pasal dalam sehari cecah tiga pat kali cas semata-mata sebab beliau main game.

Dan masalah empunya talipon adalah sorang yang sangat kedekut bateri serta kurang rajin mengecas talipon.
Tragis~

Nasib baik paham bila aku bagitau tipon dah takde bateri, kena cas. Tapi bila tepon dicas, beliau akan sebok baca komik aku - macam reti baca buku. Sambil dengan MP3 aku.


MAW - baca komik lama kalah orang reti membaca~


Heh, panjang cam karangan BM 350 perkataan je.

Kesahnya bila kali pertama spend masa lama-lama sorang-sorang dengan budak kecik yang dah reti bising. Aku bukan peberet siblings si MAW sebab salu marah-marah beliau, kakaknya yang lagik sorang tuh si MAW suka la pasal leh mintak macam-macam. Jadi selalunya adik badik lain ada kat rumah, memang jangan harap la beliau nak bermanja main-main ke hape ke ngan aku, member gaduh je salunya.

Tapi kali nih aku je yang ada kat umah.



P/S: Bila kejutkan orang tdo MAW akan cakap, bangun la, matahari dah bangun.
Ayat taleh blah~

Ahad, 12 Februari 2012

Cuti Semilan Hari~~

Alkesahnya, AL yang di-approve pada saat-saat terakhir - seyesly bape jam sebelum aku habis keje. Akhirnya balik kampung dengan bahagia.

Kesahnya patut cuti 6 hari je, Jumaat keje pastu Sabtu Ahad off balik. Malang tak berbau, hari kelima bercuti ngan bahagia tetibe gigi plak sakit. Denyut-denyut tahap taleh blah, sampai taleh tdo bagai.

Dah telan ubat hape tah, still, sama jugak. Pada hari sepatutnya naik bas langsung tabley makan penangan gigi yang berdenyut.

Dah macam ada segerombolan kuman tengah berkugiran kat situ.

Pilihan terakhir kena la MC - baru je MC bulan lepas, haip.

Jadik secara otomatiknya cuti bertambah lagik 3 hari menjadikkan 9 hari cuti. Wawawawahhhh...

Tapi poblemnya gigi sat jugak lagi, pastuh muka lak bengkak ala-ala beguk pon ada.

Masa nak naik bas malam tadi rasa cam orang pemes plak orang asik pandang-pandang sebab muka bengkak sebelah.

Kesimpulannya, gigi masih sakit, bengkak belum surut, dan seyesly sangat berat hati nak tinggal kampung. Huh, tetibe semangat nak carik keje kat kampung berkobar-kobar. Haip~