Alkesahnya, AL yang di-approve pada saat-saat terakhir - seyesly bape jam sebelum aku habis keje. Akhirnya balik kampung dengan bahagia.
Kesahnya patut cuti 6 hari je, Jumaat keje pastu Sabtu Ahad off balik. Malang tak berbau, hari kelima bercuti ngan bahagia tetibe gigi plak sakit. Denyut-denyut tahap taleh blah, sampai taleh tdo bagai.
Dah telan ubat hape tah, still, sama jugak. Pada hari sepatutnya naik bas langsung tabley makan penangan gigi yang berdenyut.
Dah macam ada segerombolan kuman tengah berkugiran kat situ.
Pilihan terakhir kena la MC - baru je MC bulan lepas, haip.
Jadik secara otomatiknya cuti bertambah lagik 3 hari menjadikkan 9 hari cuti. Wawawawahhhh...
Tapi poblemnya gigi sat jugak lagi, pastuh muka lak bengkak ala-ala beguk pon ada.
Masa nak naik bas malam tadi rasa cam orang pemes plak orang asik pandang-pandang sebab muka bengkak sebelah.
Kesimpulannya, gigi masih sakit, bengkak belum surut, dan seyesly sangat berat hati nak tinggal kampung. Huh, tetibe semangat nak carik keje kat kampung berkobar-kobar. Haip~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan