Selasa, 14 Februari 2012

MAW : Alkisahnya

MAW - adik kecik aku.
Jarak umur dah macam anak beranak, bukan adik beradik. Agak kejam kat situ sebetulnya.
Tapi kesahnya budak kecik nih kiranya cam peneman mak aku memandangkan aku & adik badik lain jarak umur cuma 2-3 tahun, jadi bila sorang dah mula blaja jejauh, maka yang lain mula ikut jejak yang sama.

MAW neh tahun masuk la 5 tahun - sebaya Shin Chan. ^^

Special character beliau? Heh, sangat nakal - sebijik perangai budak kecik sejati.

Dari hari dilahirkan, MAW sangat sejibik-potostat ngan abang aku. Bila makin besar, bukan muka je, peel, perangai, selera-anak-tekak, sume sama. Sangat sebijik.

Si MAW neh blaja berjalan agak cepat, dalam 9-10 bulan ke hape dah mula jalan, dan dia skip merangkak. Hanya blaja merangkak selepas mula berjalan. Tapi, sangat lambat blaja bercakap.

Seyes lambat. Pada usia 3 tahun patah perkataan yang kua dari mulut tuh boleh bilang. Dan beliau sebetulnya malas bercakap.

Bila dah umur 4 tahun baru la boleh paham patah perkataan beliau. Dan latest aku balik neh baru la boleh dengar beliau bercakap guna ayat yang umat manusia lain paham. Kalau tak beliau akan pakai ayat alien planet mana tah.

The biggest poblem ngan budak neh - beliau anak WonderPet, El Tigre, Danny Phantom, Sponge Bob etc. - versi Melayu.
Kesahnya, rumah aku hujung kampung, kerana kat rumah hanya si MAW & mak aku maka most of the time mak aku hanya lepak dalam rumah. Menjelang petang lepas asar baru la turun jenjalan area dedekat.
Dan tatau sejak bila MAW blaja tengok sume spesies kartun alihbahasa tuh sume, jadi dari situ beliau belaja membina ayat.

Kesahnya bila budak kecik blaja dengan TV & tak bersosial dengan masyarakat.

Natijahnya, anak jati Kelantan taleh cakap dalam slang sendirik sebaliknya mahir berbahasa baku. Bahasa baku tahap karma.

Cuma alhamdulillah la, MAW masih paham slang tuh walopon tak bape reti buat ayat pakai loghat sendirik.

Latest masalah MAW; beliau dah pandai main Angry Bird. Bigggg problem.

Masalahnya, aku install game bunuh-bunuh semut pon beliau dah seronok kekejap mintak tipon, apatah lagik bila dah reti main burung pulak. Tak pasal-pasal dalam sehari cecah tiga pat kali cas semata-mata sebab beliau main game.

Dan masalah empunya talipon adalah sorang yang sangat kedekut bateri serta kurang rajin mengecas talipon.
Tragis~

Nasib baik paham bila aku bagitau tipon dah takde bateri, kena cas. Tapi bila tepon dicas, beliau akan sebok baca komik aku - macam reti baca buku. Sambil dengan MP3 aku.


MAW - baca komik lama kalah orang reti membaca~


Heh, panjang cam karangan BM 350 perkataan je.

Kesahnya bila kali pertama spend masa lama-lama sorang-sorang dengan budak kecik yang dah reti bising. Aku bukan peberet siblings si MAW sebab salu marah-marah beliau, kakaknya yang lagik sorang tuh si MAW suka la pasal leh mintak macam-macam. Jadi selalunya adik badik lain ada kat rumah, memang jangan harap la beliau nak bermanja main-main ke hape ke ngan aku, member gaduh je salunya.

Tapi kali nih aku je yang ada kat umah.



P/S: Bila kejutkan orang tdo MAW akan cakap, bangun la, matahari dah bangun.
Ayat taleh blah~

Tiada ulasan: