Rabu, 31 Oktober 2012

Meriyan - Dulu & Sekarang

Meriyan - satu spesies perasaan kemurungan/stress yang dikaitkan dengan ibu-ibu yang baru bersalin & masih dalam tempoh berpantang.

Kurang pasti pulak apa penjelasan sebenar perkataan neh atau adakah ia  wujud dalam kamus dewanbahasa tapi selalunya ia dialami oleh ibu-ibu muda yang baru melahirkan anak.

Lebih kurang macam satu perasaan rendah diri, rasa diabaikan, rasa tak dipedulikan & kekadang ibu-ibu ni sukar menerima kenyataan dorang kini punyai anak.

Selalunya berpunca bila ibu-ibu neh dapat anak dalam keadaan mereka masih kurang bersedia, yang menyebabkan dorang gagal kendalikan pikiran supaya sentiasa berada di tahap waras & normal. Kadang, si ibu neh terasa kurang disayangi suami dek perubahan bentuk badan. Dan ada jugak, si ibu yang trauma dengan kesakitan saat melahirkan bencikan bayi yang menjadi penyebab kesakitan tuh. Neh agak rare la. Ke?

Akibat fikiran yang gagal berfungsi di landasan sewajarnya neh, ada sesetengah kes si ibu enggan susukan bayi, atau lebih teruk enggan uruskan diri sendiri, dan yang lebih dasat penah aku baca dalam magazine zaman bila tah, si ibu sanggup sama ada cuba membunuh si bayi, atau dirinya sendiri.

Scary. Nggg....

Kalau zaman sekarang, jarang berlaku meriyan disebabkan mendapat bayi pada usia muda. Malah kebanyakan mereka yang bersedia untuk memikul komitmen untuk berumahtangga sudah pon sikit sebanyak mempersiapkan diri selaku ibu atau bapa.

Tapi, meriyan masih berlaku. Cuma penyebabnya, selalunya la, tatkala si anak terpaksa dipisahkan dari si ibu.

Alasannya, rata-rata pasangan yang berkahwin kedua-duanya berkerjaya. Justeru, usai 3 bulan cuti bersalin si ibu sudah pon menyarung pakaian kerja & menyambung tugasan yang tergendala. Lalu si comel yang berusia sama ada 3 bulan atau kurang, terpaksa diserahkan kepada nursery. Atau mungkin ditinggalkan di kampung dalam jagaan si nenek.

9 bulan atau sekurang-kurangnya 7 bulan si bayi & si ibu adalah satu, ke mana-mana sentiasa bersama-sama, selepas 3 bulan melihat bayi dalam pelukan, si ibu yang masih cuba menyesuaikan diri dengan telatah si comel, terpaksa berpisah.

Bagi yang kuat & mampu, rasa terkilan dicampak jauh-jauh.

Tapi bagi yang gagal mengepung rasa yang membuak, ia tekanan yang bukan sedikit.



P/S: Ubat untuk penyakit neh? ~

Sabtu, 27 Oktober 2012

AidilAdha

Tahun ni, sekali lagi dapat beraya kat kampung. Alhamdulillah.

Dan tahun ni cam biasa balik malam raya jugak, bezanya kali nih hosmet tolong hantarkan ke stesen bas.

Kesiannya, masa beliau on the way balik rumah tetibe je hujan turun mencurah-curah. Kerana masa tuh dah agak lambat maka beliau meredah je hujan dan hasilnya tentula kebasahan dengan baju opisnya tuh.

Tapi perjalanan diteruskan jugak ke stesen bas. Sampai kat sana kitorang makan dulu. Dan memandangkan hujan lebat maka bas dijangka lambat sampai, maka takde la aku nak suruh beliau yang terpaksa keje di hari raya tuh tunggu.

Jadi beliau pon balik, masa nak balik tuh ada kejadian dingorat old style pulak. Kete sebelah kete beliau, tetibe jeh bertegur sapa, dan ended up ajak beliau kua minum. Ecece aku pikir style gtu dah tak wujud rupanya masih ada ish3...

Beliau punya respon? Opkos la bolayan~ ^^

Yang aku pulak, bas sepatutnya pukul 9.30pm, tapi menjelang 1.30am baru la bas sampai. Dan, esoknya, iaitu di hari raya orang dah setel pon operasi penyembelihan, kira-kira 11.30am aku pon sampai la.

Syahdu sungguh. Menjelang malam raya di kala hari raya pertama dah nak abes baru la berkesempatan menyarung baju raya. TT__TT



P/S: Baideway alhamdulillah selamat sampai dan samat ari raya~

Selasa, 16 Oktober 2012

Willy Satay: A Review

Willy Satay, salah satu pilihan di Foodcourt Taman Sri Ramal, Kajang.
Lokasi

Ahad hari tuh, ni adalah salah satu lokasi pilihan dalam JJCM, lalu petangnya aku & hosmet ke sana. Bukak pukul 6 petang, kitorang sampai dalam pukul 7 lebih, beratur lebih kurang & masa tuh belom 7.30pm pon tapi satay kambing dah habis jadik amik satay ayam & daging jeh la.

Cabarannya bukan pada beratur, tapi pada mencarik meja. Sebab masa order kena bagi nombor meja. Tahap cabaran mencari meja sampai kena tunggu orang habis makan & segera duduk di situ. 

Lepas order kitorang dibagitau kena tunggu sejam setengah.

Tapi takde la sampai sejam setengah pon, rasanya dalam 30-40 minit menunggu.

Dan kuah kacang dibagi dalam mangkuk polisterin kecik individu. Kurengnya bila kitorang mintak kuah extra tak boleh katanya kuah dibagi ikut bilangan orang. Uff.. agak la kan.
[kebetulannya salah sorang member aku makan kat sana dengan tunangnya di masa yang sama cuma meja berbeza mintak kuah extra laju je dapat. Mungkin ke sebab yang mintak tuh lelaki manakala orangnya pompuan? idk~]

Sataynya?

Best. Satay daging dia juicy & lembut. Serta besar.

Gigit je satay trus terabaikan bengkek tak dapat kuah extra [btw kuah kacang dia biasa-biasa je, yang sedap memang satay tuh sendiri], terus terdiam menikmati satay. ^^

Sesi bergambar tak sempat sebab lapar sangat nak bersabar amik gambar dulu.

Memang berbaloi la secucuk satay 70 sen, kalo kambing singgit secucuk.




P/S: Next time mungkin boleh goda hosmet pegi sana lagi. Whee hee~~

Sabtu, 13 Oktober 2012

Alarm Tome

Temanya, lagu yang disertakan dengan muzik yang bising dari awal adalah sangat seswai dijadikan ringtone supaya ada satu kesan kejutan ada panggilan masuk.

Juga seswai selaku alarm tone. Pon atas alasan yang sama, supaya tidur yang nyenyak segera terganggu lalu terbangun la di awal pagi.

Kesahnya, neh antara alarm yang bagus untuk aku, blom masuk line 1st lagik dah terjaga.




Paradise by Infinite

cr uploader: twilightmeimei94

Cuma, tatkala kepenatan [yang tatau la penat berasaskan hape kah keje ngadap pc bukan pegang cangkul membajak sawah ke hape] menyelimuti, sampai nak abis satu lagu macam dibuai-buai suruh makin pejam mata.

Untung la rumet tolong kejut.




P/S: Siap termimpi MV lagu yang sedang berkumandang macam hape je haha

Jumaat, 12 Oktober 2012

Pengalaman

Kata orang, pengalaman mematangkan. Katanya lah.

Tapi, belajar dari pengalaman sendiri tuh walopon mendatangkan kesan yang besar, tapi ia adalah sesatu yang tak mudah.

Sakit dan menyakitkan.
Pahit dan mengingatkan ngilu.
Pedih dan menambah sesal.

Cuma, kerana hidup tak semudah disangka & diharapkan, apa yang ada telan saja jadamnya.
Sendiri. 
Sorang.

Heh.

Kata orang, pengalaman tu guru terbaik. Katanya lah.

Justeru, belajar dari pengalaman sendiri sebetulnya adalah sangat mahal. Sendiri merasa jerih bangun dari jatuh yang melukakan.

Dan kerana ia pengalaman sendiri, maka kenanglah sampai mati. 
Erk.. mungkin la tak sampai detik mati, tapi kiranya akan kekal sebagai parut degil dalam memori.

Dan kerana perancangan Allah tuh jauh lebih baik, jadi sebagai manusia makhluk paling mulia di muka bumi, menerima adalah yang terbaik.

Heh. 

Kesahnya, tersilap letak kod masa training. Akibatnya, tempoh training yang sepatutnya dikira time keje dah jadik sebaliknya. Kesannya, kemungkinan untuk ia perlu diganti adalah agak tinggi.

Jadi anda yang sedang menaip, sila lebih berhati-hati. Pisang memang la tak berbuah dua kali tapi tangan boleh je tersilap berkali-kali. 




P/S: I knew my time will come someday. And it was yesterday. Pathetic me.

Sabtu, 6 Oktober 2012

Buy 1 Free 1

It's October.
[langsung tak related dengan the whole story kat bawah haha]

Until end of December, setiap Jumaat boleh berseronok dengan kad debit RHB. Buy 1 Free 1 kat Kenny Rodges, Starbucks, GSC dan mana tah lagik.

Bulan lepas dah try kat Starbucks, apa tah nama kopi tuh, mocha salted apa tah [aku panggil kopi masin jeh].

Mocha [katanya la] yang ada whipped krim comel kat atas yang ditabur garam haluih tiga pat belas bijik, separuh blended mocha kat atas kaler macam mocha, separuh yang kat bawah kaler macam milo ais lebih susu.

Erk. Tak sedap.

Rasa pelik. Nak kata rasa mocha macam bukan. Nak kata manis macam tawaq. Ngg.. Yang pasti tak bape nak kena kat anak tekak aku. Aku la. Orang lain tatau.

Semalam plak pi try Kenny Rodges. Nggg..  syedap. Tapi B1F1 hanya untuk 1/4 quater jeh. Gasak kan jeh, harga RM17.50 jadik cun jeh la makan dua orang. 3 side dish pilih sendirik.

Next week atau next-next-next week nak pi GSC plak. Buat masa sekarang blom ada cte yang berkenan di mata tersangkut di hati nak tengok.

Last tengok movie bulan lepas Chernobyl Diary. Cte yang sungguh-sungguh la mempergunakan nama Chernobyl tapi gimik jeh lebih, langsung tak cte apa kesan Chernobyl. Mana sejarah ajaq kesan dia manusia jadik zombi lapaq orang tah.

[Kemain jeh exsaited nak tengok cte tuh sebab subjek best zaman blaja dulu sekali tertipooo daaa]




P/S: Baru jeh nak cek belen RHB neh ID expired pulakkkk... Apa kesah ini sume..