Tapi, belajar dari pengalaman sendiri tuh walopon mendatangkan kesan yang besar, tapi ia adalah sesatu yang tak mudah.
Sakit dan menyakitkan.
Pahit dan mengingatkan ngilu.
Pedih dan menambah sesal.
Cuma, kerana hidup tak semudah disangka & diharapkan, apa yang ada telan saja jadamnya.
Sendiri.
Sorang.
Heh.
Kata orang, pengalaman tu guru terbaik. Katanya lah.
Justeru, belajar dari pengalaman sendiri sebetulnya adalah sangat mahal. Sendiri merasa jerih bangun dari jatuh yang melukakan.
Dan kerana ia pengalaman sendiri, maka kenanglah sampai mati.
Erk.. mungkin la tak sampai detik mati, tapi kiranya akan kekal sebagai parut degil dalam memori.
Dan kerana perancangan Allah tuh jauh lebih baik, jadi sebagai manusia makhluk paling mulia di muka bumi, menerima adalah yang terbaik.
Heh.
Kesahnya, tersilap letak kod masa training. Akibatnya, tempoh training yang sepatutnya dikira time keje dah jadik sebaliknya. Kesannya, kemungkinan untuk ia perlu diganti adalah agak tinggi.
Jadi anda yang sedang menaip, sila lebih berhati-hati. Pisang memang la tak berbuah dua kali tapi tangan boleh je tersilap berkali-kali.
P/S: I knew my time will come someday. And it was yesterday. Pathetic me.
1 ulasan:
pengalaman mematangkn seseorg..~
Catat Ulasan