Selasa, 31 Mei 2011

Mask Rider~

Baru 2 hari bekerja sendiri-sendiri dengan takde bimbingan direct dari memana senior atau Team Leader. Tapi, kerja pending dah bertimbun bersusun cam kek lapis. Haip~

Justeru sambil study sikit sebanyak untuk memantapkan lagik skill untuk terus bekerja ngan cemerlang di hari mendatang (ececeh~) sempat lagik mencurik masa dan peluang memanjakan diri.

Mask & Porepack~

Melegakan kulit yang letih dan menjadikkannya berseri~
Seswai bagi yang tak berkesempatan memperdulikkan penjagaan muka~

Dengan ekstrak delima untuk menambahkan kelembapan kulit~
Seswai untuk kulit kering~

Porepack, membantu menanggalkan white & black head yang menyumbat pori-pori hidung.

Kos :
Mask : RM5.90 sekeping.
Beli on 31 May - RM 6.88 for 2~

Porepack : FOC.
Ruet kasik. Keke~


P/S : Apa cter study gigih-gigih zaman keje tah....haip.

Ahad, 29 Mei 2011

Kuala Lumpur : Kota Ibu Kota

Dedulu, aku selalu je disogokkan dengan memacam cerita kurang best pasal Kuala Lumpur. Kononnya kota ibu kota neh menjanjikan apa saja kecuali mak bapak, tapi hakikat di sebalik semua kemanisan cerita tuh hanyala ilusi.

Drama Melayu pon banyak menggambarkan betapa dahsyat live di KL, di mana selalunya dalam movie atau drama mingguan, sorang anak kampung yang tulus hati lagu inesen mencuba bawak diri di Kuala Lumpur, mengharapkan pekerjaan yang bakal merubah kehidupan. Tapi sudahnya berakhir dengan kehidupan selaku sorang pemuas nafsu, andai watak tuh adalah pompuan, kalo lelaki lak, akan berakhir selaku samseng jalanan dan seumpamanya lah.

Justeru selaku anak kampung yang comel lagi inesen, maka aku pon percaya la sikit sebanyak.

Bila mula bertemankan Si Tenuk atau dulunya Cik Unta aka Di Ambang Cinta yang kiut, aku selau risau apa bakal terjadik andai teman aku tuh tetibe meragam.

Dan kerana mendalah berdua tuh memang lagi emo dari aku, maka kerap jugak la aku tersangkut dalam situasi di mana Unta tamau bekerjasama.

Tapi dalam keadaan-keadaan camnih, anehnya, aku ditemukan ngan manusia-manusia baik hati yang sedia membantu.

Kali pertama dengan si Unta, waktu tetibe si Unta meragam depan traffic light depan DTC, waktu kali pertama buat aksi baring kuak lentang atas jalan. Waktu-waktu camni memang selalu ada saja yang dengan baik hatinya membantu aku adanya.

Bukan dengan Unta je, dengan Si Tenuk pon. Waktu aku masih kurang paham dengan peelnya, dan Tenuk tamau hidup. Jenuh jugak la tekan hidung beliau tapi tak jugak makan saman.

Sekonyong-konyong je waktu tuh muncul sorang neh, ngan baik atinya bagi tips kejutkan si Tenuk yang seronok mainkan aku dengan ulahnya tuh. Sekeh sedas baru tau. Ikut tips tuh, dan-dan je si Tenuk sedar. Tembax baru tau.

Sume yang jadik jujurnya membukak mata aku. Bukan sume KL pentingkan diri sendiri je. Lagikpon yang duk KL pon, bukan semestinya anak jati KL. Dah namanya Kota Ibu Kota, sume orang dari seluruh ceruk ada kat sinih.

One of my good friend pon anak KL pe, tp dia sweet, nerd & nice. Keke~

Selasa, 24 Mei 2011

Newbie Again~

Hari first jawab aka coaching.

Yang mana selalunya aku hanya tumpang dengar cara senior-senior deal ngan customer manakala aku sesekali mencatit apa yang patut, dan kadang-kadang tersengguk menahan ngantuk, kali ni sebaliknya, senior plak yang monitor cara aku deal ngan customer.

Soft skill untuk bercakap bukan satu issue, malangnya aku blom cukup maklum berkenaan produk dan tangan masih badi dengan sistem lama. Lidah pon kadang ada gak tersasul sukahati.

Sikit-sikit pandang senior, sikit-sikit tunggu respon senior, sikit-sikit jeling senior, sampai senior naik bengang. Justeru boleh tahan jugak la menahan telinga kena tegur ngan senior tadi.

Sape suh tak study kat rumah pastu duk layan Lelaki Berlari tak sudah kan.

Huh, dulu aku yang jadik senior. Memonitor, dan bak bawak kete motor jugak, kadang ke kanan, kadang ke kiri. Kadang tersekat dalam jam, kadang smooth je perjalanan.

Dulu pun bukan la selesa sangat, tak la smooth mana, cuma sekarang neh kembali jadik newbie. Yang mana kena la matchkan diri dengan apa je situasi.

Dan sape kata ada pengalaman sesorang tuh boleh relax adanya?

Oh ya, tadi dapat customer ala-ala banyak cekadak. Mementang banyak duit. Dan tah nape, aku willing je nak dengar dia membebel. Tah tetibe je rindukan situasi tuh. Keke~


P/S : Saya budak baru belajar, kalau salah tolong betulkan~

Trip nan Kelat~

Akhirnya plan nak jenjalan bercuti seMalaysia ngan Nerdy, Icy & Mentholyn terlaksana jugak. Tapi, ayat cliche kita merancang Tuhan saja tentukan memang tepat kena batang hidung kali neh.

Planning utama ke Taman Tema Air The Lost World @ Tambun dah tak ubah sekam yang kelihatan menarik dari jauh.

Hakikatnya tiket RM38 per entry seolah-olah sia-sia begitu saja. Taman tema air yang dipenuhi lifeguard yang kelihatan tak berfungsi selaku sesuatu yang memberi jaminan adanya keselamatan, tapi lebih kepada memastikan pengunjung mengikuti dress code yang dah ditetapkan.


No long pants. Only swim wear, tight and shorts allowed.

Maka di negara penuh demokrasi neh ramai la kanak-kanak, budak-budak rombongan sekolah rendah dan menengah, mat-mat serta minah-minah saleh, tak terlepas akak-akak bersama suami atau pasangan memasing berjalan-jalan, atau main simbah-simbah air, sama ada dengan bersua kecik tiga segi, bershort, atau bert-shirt lengkap berinner-shirt, bertudung, manakala bahagian bawah berbungkus tight kat sesatunya Taman Tema Air kat Tambun.

Mantap.

And we paid RM38 just to walk here and there barefooted, curi-curi main air, tapi berakhir ngan pengalaman penuh kelat tatkala lifeguard meminta kitorang tukar dari long pants kepada tight waktu beratur nak amik pelampung.

Alasan untuk kenapa mesti bertight atau short, adalah security purpose. Apakah kalo pakai long pants seluar tuh boleh tersangkut kat pelampung? Atau tahap kelonggaran seluar tuh menyebabkan adanya possibility untuk tertanggal?

No answer.

Tak sampai dua jam, kitorang blah.

Bila check balik kat website dorang, takde satu line pun pasal dress code tuh.

Justeru, kerana saya adalah manusia yang memang suka ikut hati sendiri, saya kuciwa ngan apa yang berlaku.

Ke sana sekali lagik?

Apa salahnya.
Kat pintu luar, bergambar berlatarbelakangkan singa batu.

Dari 1-10 points 1 paling rendah 10 paling tinggi, dari cashier, facilities, person in charge, services, merangkumi sumenya, saya rate 1.


P/S : One of my expensive experience~

Selasa, 17 Mei 2011

Fiction & Fact : A Review

Listening to Fact & Fiction, latest by BEAST, their first full album. Clearly listen to my bias sweet voice – Doo Joon. Not forgotten, my second bias – Ye Seob.

From Fact to The Rainy Days - awesome~ Dengar plak dalam hujan kilat berdentum~ Superb la.

Takde lagu ala-ala Bad Girl, Shock, & Soom.

Suka sume track, cuma Virus ngan Track 7 je tak beberapa sikit. Tapi overall ok la, dan cam biasa, first track dorang memang la~ The Fact~

BEST!



P/S : Seb baik Joker main dalam MV, kalo tak....huh.

16 Mei : Hari Guru SeMalaysia & Happy Anniversary~

It's May again~!

Hoh, sebagai salah sorang yang dilahirkan dalam bulan May, bulan neh dah lama diisytiharkan sebagai bulan aku. Hahahaha~

Btw, bukan la semata sebab bulan neh May sesaja, tapi lebih kurang 27 tahun lepas mak bapak aku diijabkabulkan, lebih tepatnya pada hari yang sama Hari Guru SeMalaysia disambut ; 16 Mei. Walopon hakikatnya dorang pon kadang terlupa ngan tarikh tuh. Haishhh....

Dan masa kekecik dulu, menjelang Mei je kuntum-kuntum bunga tanjung yang comel putih cinonit akan berguguran. Semerbak halaman rumah. Zaman tuh plak, memgutip bunga-bunga wangi tuh satu keseronokan, justeru pepagi buta aku akan mengerah adik aku tadahkan suratkhabar lama bawah pohon tanjung, dan menjelang petang kuntum comel tuh akan memenuh semacam hamparan. Harum sepanjang-panjang.

cr : Google

Pokok tanjung neh ada buah jugak. Comel menarik je bentuk & warna dia, kaler oren pekat. Tapi rasanya.... haip~ KELATTT~!!!

Zaman kekecik dulu suka kantoikan orang, suruh makan. Dan sangat suka bila orang tuh gigih berlari-lari tak cukup tanah carik air.

Keke~

Erkh... sebelum tuh, anda-anda neh kenal ke pokok tanjung yang aku membebel neh?

Pokok bunga tanjung neh jenis cam pokok kemboja atau dikenali gak sebagai pokok kubur sebab salunya ditanam kat kawasan perkuburan. Deduanya jenis berakar tunjang, batang berkayu, besar dan tinggi.

Lebih kurang cam gambar pakcik Google kat bawah neh la.


P/S : Lari lak tajuk entry yang sebetulnya bertujuan mengucapkan selama ari guru kepada sume cikgu-cikgu terutamanya pada kekawan yang kali pertama menyambut ari guru, Zazai, Pija, Cik Una, Ustaz Zul & Isteri Pn Salmah~

Sabtu, 14 Mei 2011

Red Riding Hood : A Review

Cerita klasik mengenai sorang budak pompuan comel dibaham serigala yang menyamar jadi neneknya.

Kali nih dimoviekan, dan ceritanya masih ada persamaan ngan yang asal, cuma tetentula tak mungkin serigala nyamar jadik manusia dan boleh cakap kan. Justeru, ni adalah kisah serigala jadian, werewolf.

Satu fenomena di mana sewaktu gerhana bulan, gigian werewolf takkan membunuh, sebaliknya akan menjangkitkan virus kepada mangsa dan si mangsa akan bertukar jadi next werewolf.

Ni lah yang cuba dielakkan, tapi sejak bergenerasi, tak sape tau cemana werewolf boleh survive selama nih. Hari-hari biasa dia jugak adalah penduduk kampung yang hidup cam biasa, kahwin dan ada anak-acak cam orang lain. Tapi bila bulan mengambang, fizikalnya akan berubah kepada serigala.

Bersaiz besar dari biasa.
Kekuatan yang berganda.
Satu gigitan saja akan membunuh.
Tapi bukan pada gerhana yang dikenali sebagai Blood Moon.

Sape serigala?
Sape mangsa?

Hoh. Yang pasti, cerita neh best endingnya. Dia punya ending tak mengelirukan, dan tak menyebabkan kebertekaantekian apa la dia punya cte.


Selasa, 10 Mei 2011

Arjuna : Menghitung Hari

Dah lama tak berkisahkan Arjuna kat sinih. Beliau tuh baru saja menamatkan kursus kawen hari nih, 2 hari satu malam.

Lama btol kursus nikah sekarang neh, still ada kes cerai sms tatau la. Patutnya masa lama tuh dah berjaya brainwash-kan minda dorang-dorang yang bakal menempuh alam berumah tangga neh.

Hanya tinggal kurang sebulan dari sekarang. Tapi sampai sudah tak bagitau aku apa tema majlis tuh nanti. Dengar katanya merah-hitam.

Apa ingat fire drill ke?


Pape pon, sila bertabah.

P/S : Dan sila doakan saya neh dapat apply cuti pada tarikh itu ye.

Rindu Mereka Itu - SPASIANs dll~

Hampir genap setahun habis blaja. Tarikh ni tahun lepas, aku ngan member lain tengah bertungkus lumus study untuk paper untuk final sem. Tengah menikmati hari-hari last selaku student dan hari-hari terakhir untuk sesama lalui.

Hari graduasi bukanlah saat yang bebetul sesuai untuk spend sesama memandangkan memasing ngan family. Dan, adat pertemuan mesti la ada saat perpisahannya.

Antara aku ngah kekawan terutamanya cosmate masa tuh, takde sorang pon aku sempat ucapkan babai secara formal. Sumenya secara kebetulan. Dan memang ada segelintir yang langsung tak sempat jumpa untuk kali penghabisan.

Jujurnya, memang takde rasa ralat walopon tak sempat habiskan masa-masa terakhir ngan dorang.

Sebab masa tuh, minda masih menganggap kitorang hanya bercuti panjang dan akan ketemu semula usai percutian. Fikiran yang gagal menerima bahawasanya takkan mungkin lagi untuk ulang semula semua masa yang dah lama berlalu.

Dan akhir-akhir neh, semacam baru tersedar.

Sedar yang aku dah mula rindukan dorang.

Beberapa orang yang kini dalam proses bergelar ustaz dan ustazah. Beberapa orang yang masih gigih memantapkan diri dengan ilmu. Beberapa yang lain yang dah tamatkan zaman bujang dan bakal bergelar ibu dan ayah. Beberapa orang yang dah mula mencipta kerjaya.

SPASIANs. Seyes, saya rindukan korang sume.

Kisah kat Teluk Kemang, dari bersihkan pesisir pantai, jenjalan kutip derma ngan burung jenjang, sampai la naik Banana Boat.

FireDrill yang real kononnya, ngan sape tah menjerit 'API~ API' ngan machonya dengan uniform merah-hitam.

Main agak-agak tinggi pokok kat Rimba Ilmu.

Main posing-posing dalam DK. Siap wat ombak-ombak wave. Siap ada sesi karoake sebelum presentation kelas Waste. Release tension katanya. =)

Dinner yang macam-macam ulah. Oh ya, dengan pemuzik dan penyanyi yang sebok tundukkan muka. Posing sampai nyaris pitam sepanjang dinner.

Dan tiga bulan lepas tuh, kita jumpa lagi, di DTC. Dengan jubah konvo memasing.
Kali terakhir kita ketemu, tu la masanya.

Mungkin ke kita sume neh akan jumpa lagi?

Oh ya, frame korang lengkap ngan nick memasing tuh, sehat lagi ke? Aku punya kat kampung, selamat lagi rasanya, haha.



Gambar korang sume. Muda-muda lagik masa neh kan? Keke. Aku la photographernya, ingat tak betapa gigih aku panjat kusi masa tuh?


P/S : Bogoshipda~

Sabtu, 7 Mei 2011

Weekend~!!

First time merasa cuti weekend. Waaa.... sangat heaven. Setahun cuti sehari.

Esok boleh sambung lepk rumah lagi. Hari ni dah setelkan banyak menda.

Dah amik sticker Cik Tenuk.
Tak payah nyorok-nyorok lagik ngan pakguard pasneh. Keke

Dah beli kipas baru ganti kipas bilik yang rosak.
Tak payah bukak tingkap sepanjang malam lagik pasnih. *sigh*
Dan takyah la rumet aku tuh berkipas sampai kematu tangan lagih.

Singgah Manjakaki Refleksologi sebelah Carrefour Subang ngan hosmet. Berurut kaki ngan jayanya.
Dah lama planning tapi cuma tadi kebetulan sempat justeru singgah.

Perghhh.... first time urut kat situ dulu tak rasa sangat sakit kena urut. Tapi tadi sangat sakiiiitttt.
Dari memula sampai la ke sudah.
Rasa cam nak tertendang akak tukang urut tuh sebab sakit.


Tapi bila dah setel, wahhhh.. sangat seronok.
Kaki sangat ringan, rasa macam jalan atas kapas. Keke.

Hari nih sambung mendonlod Running Man kat sinih.
Esok layan sampai lebam. Keke~


P/S : Planning nak publickan balik blog bila dapat keje baru. Sekarang ke masanya?

Saya Rindu Mereka

Baru 4 hari menjalani latihan kat tempat keje baru, tapi dalam pikiran asik bandingkan sistem keje lama ngan baru.

Uff...

Sistem yang semacam sama, tapi hakikatnya berbeza.
Trainer yang baik, tapi seyes, tak mampu tandingi trainer tempat lama yang super nice.
Colleagues yang agak 1 Malaysia, tapi sangat tak serupa ngan yang lama.

Uff.

Saya paling rindukan colleagues yang lama. Walaupun buat masa neh kitorang masih jumpa makan sama kekadang, tapi masih payah nak terima yang tiap hari keje takkan jumpa muka dorang lagi.

Colleagues yang baru. Ok.
Cuma masih belum selesa.


P/S : Pro & Contra.