Selasa, 24 Mei 2011

Trip nan Kelat~

Akhirnya plan nak jenjalan bercuti seMalaysia ngan Nerdy, Icy & Mentholyn terlaksana jugak. Tapi, ayat cliche kita merancang Tuhan saja tentukan memang tepat kena batang hidung kali neh.

Planning utama ke Taman Tema Air The Lost World @ Tambun dah tak ubah sekam yang kelihatan menarik dari jauh.

Hakikatnya tiket RM38 per entry seolah-olah sia-sia begitu saja. Taman tema air yang dipenuhi lifeguard yang kelihatan tak berfungsi selaku sesuatu yang memberi jaminan adanya keselamatan, tapi lebih kepada memastikan pengunjung mengikuti dress code yang dah ditetapkan.


No long pants. Only swim wear, tight and shorts allowed.

Maka di negara penuh demokrasi neh ramai la kanak-kanak, budak-budak rombongan sekolah rendah dan menengah, mat-mat serta minah-minah saleh, tak terlepas akak-akak bersama suami atau pasangan memasing berjalan-jalan, atau main simbah-simbah air, sama ada dengan bersua kecik tiga segi, bershort, atau bert-shirt lengkap berinner-shirt, bertudung, manakala bahagian bawah berbungkus tight kat sesatunya Taman Tema Air kat Tambun.

Mantap.

And we paid RM38 just to walk here and there barefooted, curi-curi main air, tapi berakhir ngan pengalaman penuh kelat tatkala lifeguard meminta kitorang tukar dari long pants kepada tight waktu beratur nak amik pelampung.

Alasan untuk kenapa mesti bertight atau short, adalah security purpose. Apakah kalo pakai long pants seluar tuh boleh tersangkut kat pelampung? Atau tahap kelonggaran seluar tuh menyebabkan adanya possibility untuk tertanggal?

No answer.

Tak sampai dua jam, kitorang blah.

Bila check balik kat website dorang, takde satu line pun pasal dress code tuh.

Justeru, kerana saya adalah manusia yang memang suka ikut hati sendiri, saya kuciwa ngan apa yang berlaku.

Ke sana sekali lagik?

Apa salahnya.
Kat pintu luar, bergambar berlatarbelakangkan singa batu.

Dari 1-10 points 1 paling rendah 10 paling tinggi, dari cashier, facilities, person in charge, services, merangkumi sumenya, saya rate 1.


P/S : One of my expensive experience~

2 ulasan:

zai berkata...

len kali meh dtg water world a'famosa resort, kat alor gajah, melaka..

luncur air yg tinggi2 pun die tak kuatkuasakan dressing code.. ramai fmly yg gi sane..

masuk rm40 sekali dpt lunch free... pastu ade pakej2 die tuk lwt tempat2 len mcm safari, koboi town, etc.. tu hrga die len ckt ar.. lagipun lagi dekat dgn kl..

nmEsfie berkata...

gempak~! zai, nnt kalo nk gi lg aku bg cadangan kt member aku tempat tuh~! yey, main air!