Khamis, 19 November 2015

Khamis

Di Kelantan, Khamis adalah hari terakhir hari bekerja dalam seminggu.

Beberapa tahun kebelakangan ni aku sangat teruja pada hari terakhir bekerja dalam seminggu. Dan hari pertama pulak terasa lunyai semacam.

Tapi sejak berada di sini, hari pertama, kedua atau ketiga hatta hari terakhir, terasa takde bezanya.

Kesibukan, dan keterujaan menyebabkan hari itu hari apa bagai sirna dari minda.

Kalaupun menyebabkan aku tersedar Khamis menjelma, bila mana malam atau paginya aku perlu menggosok baju merah-putih. Atau, di hari Khamis itu sendiri kesibukan sedikit berganda berbanding hari biasa.

Balik awal atau tepat pada masa bukan lagi keutamaan.

Bukan.




Ahad, 25 Oktober 2015

Sabar le~

Bercakap bermodalkan air liur memang mudah, yang pastinya tak sepayah menahan diri untuk tidak melakukan yang tidak-tidak.

Bersabar itu manis. Sesungguh-sungguhnya manis. Dan berdiam itu baik, jauh lebih baik dari ujaran yang bukan-bukan, yang sia-sia. Sesungguh-sungguhnya lebih baik.

Cuma tu lah, menaip di laman ni teramat senang, mudah, dan ringkas. Untuk benar-benar mempraktikkannya...?
Sungguh-sungguh ia susah. Payah. Sukar, meski tak mustahil.

Dan hari ini, hati yang banyak titik hitam ni, gagal menahan diri lalu lidah yang tak bertulang ni senang benar berkata yang tidak-tidak. Dan seharian lah pundak ni terhentak rasa bersalah.
Mahu pohon maaf dan ampun jiwa kebal dengan ego dan lagak.

Justeru, begini lah. Minda terpahat satu azam untuk hari-hari mendatang.

Aku pernah jahil tak tahu apa-apa. Dan aku arif rasa terhina tatkala ditertawa dan dipersenda hanya kerana aku bertanya. Lalu, meski sebahagian rasa mahu membalas rasa sakit itu pada yang tidak berhak, bertabah dan bersabar, jauh lebih baik.

Dan tekad ni, janji pada diri, esok mahu lebih sabar.

Mungkin perlu mulakan dengan sarapan yang sempurna.

Minda yang segar, dan perut yang tidak lapar, menjamin sedikit kesabaran, rasanya lah.

Aku cuba.

P/S: Saya cuba....!!

Rabu, 14 Oktober 2015

GM .... Ia Bermula.

Kali terakhir menulis adalah pada empat bulan yang lepas.

Banyak yang berlaku. Tapi perkara paling besar ialah aku bukan lagi warga ibukota Kuala Lumpur.

Aku kini, bermastautin di Gua Musang.

Bayi kecik aku tah tak berapa bayi sangat dah, dah ada gigi, dah boleh merangkak, main, dan lain-lain.

Dan suami aku dah tak komplen langsung pasal berebut parking, atau sikap sesetengah orang yang suka tanda parking dengan kon dan sebagainya.

Aku pun lebih tenang jiwa. Hahaha.

Jalan memang tak jem lah.

Pagi2 ada nescafe panas, petang-petang ada teh o. Menjelang buat balancing ada hamba-hamba Allah yang sudi belikan karipap besar yang sedap, goreng pisang, cakoi, dan macam-macam.

Hmm... Montel la kalau macam ni.



Khamis, 25 Jun 2015

Meniang

Ini adalah istilah baru sejak perlu mnggunakan pengangkutan awam semula.

Meniang adalah bila anda menaiki LRT/komuter/STAR dan seangkatan dengannya yang mempunyai tiang di tengah-tengahnya sebagai pasak untuk anda BERPEGANG padanya tatkala pengangkutan nak-kata-mahal-tak-mahal-nak-kata-murah-tak-murah ni sedang penuh sesak, sebaliknya anda terus SANDARKAN BADAN pada tiang tersebut.

Jika aktiviti bersandar pada tiang adalah MENIANG, maka penggemar aktiviti ini adalah PENIANG.

Tipu la kalau kata aku tak penah meniang, tapi tengok keadaan jugaklah, kalau dah penuh macamkan tin sardin cap Ayam tu sila gunakan sesuatu yang dinamakan pengetahuan umum atau dikenali jugak sebagai common sense.

*************
*************

LRT/Komuter/STAR sedang penuh sesak, sorang awek selamba meniang.

Di satu stesen, sorang lelaki masuk dan selamba jugak menghala terus ke tiang lalu letakkan tangan ke bahu peniang tersebut.

"....EXCUSE ME...!!!" Jerit peniang dengan wajah penuh bengang.

"Oh! I thought you were tiang...!"

.......

Muahahaha. Lain kali beragak sikit nak meniang ye anda-anda sume.




P/S: Meniang.

Ahad, 21 Jun 2015

Kontrol





Tahap suara yang clear macamkan kristal.



Did you eat the CD?









P/S: When both the father and the little one are sleeping and me is not sleepy.

Khamis, 14 Mei 2015

Sebelum VS Selepas

Alkisahnya, Isnin minggu depan aku akan mula bekerja semula. Macam cepat tak cepat je rasanya.

3 bulan di kampung, terlalu banyak yang berlaku. Antara bahagia dan kurang bahagia, hanyalah sedetik. Rahsia di sebalik setiap apa yang berlaku sama hanya Allah saja pemegang kuncinya.

Ringkas kata, tempoh 3 bulan hanya membawa satu makna untuk aku. Alhamdulillah, aku punya sebuah keluarga yang bahagia, dan membahagiakan. Dikelilingi mereka yang tak ramai, tapi setiap satunya tak ternilai ertinya.

Dan... bak kata sang ibu, ulah anak bagai sebuah hiburan. Mendalam. Pun macam tu, tak perlu menyelam sampai ke dasar hanya untuk pahami.



################################################
################################################


Selepas bersalin?
Berat aku turun 10kg lebih kurang, mencapai berat ideal yang memang tak pernah aku capai. Hah, mendadak sangat kan. Haha~

Macam aku yang berat 60++ bila turun 10kg ok la jugak, takde la nak kesian sangat tengok, sebab kalau ikut BMI (yang macam bagus-bagus sangat tuh hahahaha) aku memang la obesiti kan, dah tu saya ni berketinggian wanita asia.

Adik aku yang bersalin awal dua bulan, dah memang ber-BMI ideal, pun kehilangan kilos macam aku jugak, serius kesian. Macam tiang letrik pakai kain batik dah.

Yang lawaknya, adik ipar yang berjiwa sensitip tu siap nangis tengok bini beliau kurus kering macam tu sekali.

Abang ipar adik aku? Heh, sekadar terkelip-kelip jelah bila tengok aku.

Alkisah, baju kurung baru mak aku sampai kena tukar ukuran. Baju lama yang sebelum ni tak muat pakai, pun dah jadik menggelebeh. Serius lawak.

Berita baik ialah, lepas ni boleh beli dress/blaus online dengan bahagia! Sebab selama ni kalau beli memang la nak kena bukak sume jahitan dart (?) depan belakang baru muat-muat.

Tapi agak-agak jugak la, mak aku dah siap pesan (?) '... dah slim tu mula la nak pakai baju kecik-kecik..'. Muahaha tidak la ibu, baju kecik-kecik muat-muat pakai dalam rumah jelah, takde la nak pakai sampai keluar rumah.

Anak?

Anak saya single eyelid. Orang duk bebel cakap anak aku kenan Korea sebab suka sangat tengok drama Korea. Uff... dah sejak bila aku tengok drama? Jangan kata Korea, apa-apa drama pun memang aku tak suka tengok.

Sekadar tengok program nyanyian dengan layan variety show tu takde la nak masuk kategori taksub kan.

Alkisah, anak saya single eyelid sebab ikut bapak beliau, sila depani hakikat. Hakhak.




P/S: Saya yang comel, sekian.

Isnin, 4 Mei 2015

custommadetshirt_mazeed : Promosi Mei~!

Bersempena bulan Mei, maka aku dengan sukacitanya nak memaklumkan bahawasanya aku nak bagi diskaun 10%...!!

Kenapa?

Pertama, Mei adalah bulan kelahiran aku.
Kedua, Mei adalah bulan aku kawen. Hehe~
Ketiga, Mei adalah bulan mak ayah aku kawen.
Keempat, Mei adalah bulan hari guru. Kaitannya? Aku suka cikgu~!

Justeru, item yang boleh dapat potongan 10% adalah seperti berikut:

1. T-Shirt min 2 helai
2. Button badges min 20 unit
3. Mug min 2 unit (kecuali couple mugs)

Promosi sah sehingga hujung Mei 2015.

Boleh pm di facebook : https://www.facebook.com/mazeed.esfie
Atau boleh follow IG: custommadetshirt_mazeed
Email pon boleh: nm_salir@yahoo.com.my

Fastest way would be whats apps to 0136293240.



P/S: Kalau tempahan adalah untuk hari guru, aku bagi harga istimewa lagi................. why? Because I love teaching! Err... teacher.

Jumaat, 1 Mei 2015

Custom Made T-Shirt

@custommadetshirt_mazeed

=====================================
=====================================

Perkenalkan... Akaun instagram saya yang bertemakan bisnes printing!

Eceh pakai 'saya' pulak sopan sangat.

Al kisah, bisnes printing ni dah agak lama la, dalam 2 tahun macam tu, dan berdaftar di atas nama Muhammad Asma Printing.

Eh sikit pon takde nama aku?
Eh ye. Memang takde nama aku, sebab bisnes ni adalah usaha abang aku. Dan aku ni takde kena mengena pon kecuali tukang dengar teori bisnes beliau, tukang komen design beliau (tukang tempah baju lepas tu dapat free), dan kadang-kadang tukang paksa suruh beliau promot secara online tapi takde beliau nak buat.

Justeru aku melantik diri sendiri sebagai pegawai promosi untuk bisnes ini. Di mana aku percaya sikit sebanyak akan dapat membantu abang aku yang mana dalam masa yang sama bolehla aku mintak tshirt free lagi. (Kali ni nak gambar apa ye..)

Bisnes ni bukan saja melibatkan t-shirt, yang mana bagitau la nak print apa, atau nak design macamana, nak sehelai atau sekodi, tapi jugak ada khidmat printing untuk mug, button badge, id card dan banyak lagi.

Nak tahu lebih lanjut aku akan cerita lebih sikit dalam entry akan datang.

Sehingga itu, babai~

P/S: Tunggu apakah lagi, follow la ig saya....! Hehe

Ahad, 5 April 2015

Meroyan: Akukah?

Tiga tahun lepas aku ada menulis tentang meroyan atau meriyan, satu keadaan yang kerapkali berlaku pada ibu-ibu yang baru melahirkan.

Jujurnya sewaktu menulis tersebut sama sekali aku tak terpikir apakah aku akan alami perkara yang sama, oit harus la tak terpikir saya sedang bujang trang tang tang tak terikat mahupun mengikat diri dengan sebarang komitmen atau janji-janji manis di bibir seh.. Jangan kata pikir pasal anak ke apakah pasal kawen pon tak terlintas di benakku kala itu muahahaha.

Alkesah, diringkaskan cerita, ia berlaku.

Selain pikiran yang tak berapa nak stabil, perubahan fizikal serta larangan itu ini sepanjang pantang juga turut menjadi punca kenapa ia berlaku.

Peribadinya aku bukan sorang yang betah di rumah, dan pengalaman selaku loneranger amat tidak membantu. Di kampung aku dikelilingi keluarga yang sangat menyokong dan membantu. Tapi perasaan untuk bangun, menapak ke mana-mana sendiri-sendiri sangat menghantui. Dan hakikatnya, ia adalah larangan paling sukar yang aku hadapi.

Catuan makan minum larat lagi bertahan, walau dalam cuaca sepanas ini terpaksa meneguk milo suam sambil merenung yang lain menyisip bandung ais. Makan nasik putih dengan kuah sayur air sambil yang lain menyantap gulai tenggiri kesukaan sepanjang zaman aku.

Lalu, ia menimpa sesiapa saja, dan ia umpama sang jerat yang tak pernah lupakan pelanduk. Terleka, maka terperangkap lah. Dan untuk keluar darinya, bukan saja tenaga tapi minda turut sama mesti memainkan peranannya.

Kerana terjatuh itu biasa, untuk bangun dan melangkah semula yang sukar dan memestikan sesuatu jiwa teguh dan tabah. Sedang ketabahan hanya ada pada mengakui keEsaan Sang Pencipta.




P/S: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.


Ahad, 29 Mac 2015

Urat

Lama-lama dulu, aku penah terbaca bahawasanya lebih kurang 6000 urat putus semasa proses melahirkan.

Jadi soalan aku ialah, adakah deria rasa atau selera berkaitan dengan urat?

Sebabnya, selera makan aku macamkan pelik je. Selama ni aku adalah orang yang takkan boleh minum milo kosong, walau sepekat mana milo tuh. Nak jugak kena taruk gula sesudu.

Tapi sepanjang pantang aku minum milo kosong, siap tak pekat mana lagi, dan siap boleh rasa milo tuh masih manis. Oh ya, aku tak mengenal gula sepanjang pantang ni, cuma hari tu lah masa mak aku buatkan kopi je aku minum minuman bergula.

Dan, aku tak makan sayur kecuali sayur kangkung. Bagaimanapun kangkung kan tak boleh makan sebab sejuk dan angin, maka mak aku masak sayur sawi yang beliau tanam.

Dan aku boleh makan dengan sedapnya. Uh, walhal aku adalah tak suka sayur tersebut.

Justeru, apakah salah satu dari 6000 urat tersebut adalah urat deria rasa...?





P/S: Bila anda tidur saya pon tidur~! Wheeeee~Urat

Sabtu, 28 Mac 2015

Baby

I just got a baby~! ^^

Omeyyyy angattttttttt......!!

Just la sangat kan, dah agak-agak separuh perjalanan jugak la pantang aku ni. Kelantanese pantang 40 hari je tapi ada la sesetengah benda yang kena pantang 100hari sume bagai tuh contohnya AIS.

Haaa... di tetengah kemarau ni ais tak boleh minum ok. Nasib la aku memang dah minum ais hari-hari selama ni jadi takde la nak gian sangat ke apa, boleh jela buat-buat bodoh tengok orang lain teguk teh o ais la, air oren la, sirap bandung la, sambil aku menyedut milo suam di tetengah merlip kemarau melampau Mac dan membayangkan aku sedang menyisip nescape ais. Tsk~

Menu pantang yang aku masih boleh gagah bertahan, pagi-pagi nasik bungkus lauk daging bakar ke, ayam bakar ke, ikan selar bakar ke. Takde nak kuah-kuah la, masuk 20 hari baru boleh kuah gulai sikit, tu pun sikitttt je. Tengahari nasik lagi dengan ikan selar bakar/goreng, dengan sayur air. Minum petang sila minum milo lagi dengan biskut kering. Malam pon sama je.

Dah seminggu eh tiba-tiba tekak aku boleh terima sup belut (selama ni aku tak mampu kot menerima rasa sup belut, yang goreng boleh la), justeru berubah sikit la, malam-malam kalau abang aku ada maka boleh la mengada mintak sup belut.

Yang menyakitkan hati bukan la pantang makan itu ini, tapi bila dipersoalkan kenapa fully breastfeed je baby. Paling geram bila jururawat yang mai melawat sambil cek itu ini sikit-sikit pon sebok suruh bagi susu formula jugak. Uuuh kemain la kat klinik kome cakap menyokong penyusuan penuh la itu ini sume kannn.

Dan otomatik aku teringat ayat sorang kawan ni, ko pikir ko sayang anak aku lebih dari aku sendirik??

Oh ya ayat tersebut dalam bahasa omputih, aku lupa la susunan grammar yang betul kan lalu aku alihbahasa la sikit, mohon izin laluan ye empunya statement. ^^






P/S: Saya ada perasaan bahawasanya budak kecik ni mungkin akan lebih rapat dengan ayahnya. E eh saya nak gunapakai ayat orang lagi, saya yang membawak budak kecik tersebut ke hulu hilir hatta ke tandas bagai berbulan-bulan bila keluar ikut muka orang lain ye, nasib baik ada yang macam saya.

P/S/S: Omeyyyy angatttttt!!

Ahad, 22 Mac 2015

Cuti

Setelah tamat zaman belajar, ni lah kali pertama bercuti sepanjang ini.

Sekarang dah hampir sebulan setengah berada di kampung, dan bebetul berada di rumah dalam erti kata yang sebenar.

(Walaupun rasa tak puas hati dengan company), terima kasih atas kesudian cuti bersalin selama tiga bulan ni, walaupun dah terambik cuti sakit seminggu sebelum tu.

Menimang sang puteri yang lebih comel dari maknya sendiri, ia satu kebahagiaan. Dikelilingi orang tua yang sangat amat menyokong, malah adik beradik termasuk ipar yang jugak begitu menyokong dalam segala hal, apalagi sorang soulmate, adalah satu lagi kebahagiaan.

Despite sorang hamba yang tak begitu mengenang budi, Allah masih mahu memberi sebegitu banyak nikmat. Lalu layaklah disoal, nikmat Allah yang mana lagi mahu didustakan.



P/S: Sorang aku yang kehilangan diri.

Rabu, 11 Februari 2015

RAUDHAH : A Review

Raudhah - karya terbaru RAM.

Sebelum membaca Raudhah sebagai sebuah novel lengkap, aku ada baca Raudhah sebagai sebuah cerpen yang dimuatkan dalam Antologi Gaun Berdarah - yang mana bila dua member aku baca, masing-masing pakat pegang kepala dan meraung kenapa ceritanya tergantung.

Alkesah, dalam Antologi Gaun Berdarah, Raudhah adalah satu dua bab terawal yang diambil dari novel lengkap Raudhah. Justeru tak pelik la kenapa dua member aku serik nak membaca cerpen, sila maafkan beta muahahaha.

Satu yang aku suka tentang RAM dan tulisannya, adalah, takde pengulangan tema walaupun kebanyakan karya beliau adalah thriller. Meski watak utama masih adalah watak sorang si jahat yang alhamdulillah mendapat hidayah (Mikhael punya watak utama adalah jenis yang sama), tapi perkembangan watak tetap tak sama dan berbeza.

Raudhah - permainan plotnya ternyata aneh. Plot RAM biasanya akan menaik dan hanya akan menurun selepas cecah klimaks cerita. Bagaimanapun, untuk kali ni, klimaksnya jauh lebih awal, iaitu sebelum pertengahan novel, dan plotnya merudum di tengah-tengah cerita.

Ia satu pengalaman baru membaca karya beliau dengan konflik yang kelihatan sukar terlerai, tapi pacuan bacaan meski perlahan, tetap ada dek jalan cerita yang mesti dinokhtahkan.

Bermula dengan kematian 3 minit yang dialami Joker, kemudian perubahan Joker selaku pembunuh upahan kepada sorang Awwabin (orang yang bertaubat), jatuh cinta pada tunang sahabatnya satu-satu, perubahan yang bukan saja mengancam nyawanya, malah nyawa temannya hingga menyebabkan kematian sahabat tersebut.

Perjalanan taubat Joker membawanya ke Al-Makkatul Mukarramah, mengheret beliau ke hukuman mati pancung apabila terperangkap dalam rancangan seorang wanita yang terdesak melepaskan diri dari sorang suami pendera. Sampai di sini, perjalanan plot seolah diperlahankan - tiada tanda-tanda Joker akan terselamat, Raudhah wanita yang dicintainya dalam diam tidak juga jatuh suka meski mulai mengambil berat tentangnya, Joker yang makin pasrah dengan takdirnya - sedang novel masih berbaki tebal.

Cuma tu lah, di situ lah perbezaan novel ni dengan novel-novel RAM yang lain. Suku novel yang berbaki menghuraikan sume kekusutan dan konflik sepanjang cerita. Meski ada terasa sedikit tertipu sebab beriya-iya risaukan si Joker tuh, tapi beberapa bab terakhir novel ni memang adalah legend.

Selalunya di setiap penamat sesebuah novel terutama RAM punya aku akan titipkan sebaris dua komen, tapi takde sebarang komen diperlukan untuk Raudhah kerana ia lengkap begitu.



P/S: Speechless adalah jarang terjadi usai selesaikan sebarang bacaan.


Rabu, 4 Februari 2015

Februari

February is becoming a special month.

Arjuna's birthday.

Beliau's birthday.

And is becoming this little tiny's birthday as well... well, if everything is according to plan.

Not to mention it's gonna change me once again.

How many times people can change in a lifetime actually? Countless i guess.




P/S: Bebudak datang inteview rupanya, kusangkakan apala ramai sangat patient hari ni.....

Rabu, 14 Januari 2015

Future

Kadang masa depan tu menakutkan. Dan kadang ia mengujakan. Terserah bagaimana ia dinilai.

Pada aku, buat masa sekarang, masa depan terlalu kabur. Terlalu samar, jaraknya tak jelas, arahnya tak ternampak. Nak melangkah takut terjatuh, nak menapak takut tersilap jalan.

Tapi untuk berhenti dan berserah seadanya, rasanya bukan jalan terbaik. Aku bukan si tempang yang pincang berjalan, atau si buta tak ternampak arah melangkah, atau si pekak tak terdengar bahaya. Fizikal lengkap sempurna alhamdulillah, tapi hati selalu sebesar butir beras, andai mengembang tetap tak gagah menahan rasa.

Kadang terasa semuanya menghimpit, dari semua arah. Depan belakang, atas dan bawah.

Walhal ia sebuah ilusi cuma. Bayangan ketakutan yang risaukan kebahagiaan dunia. Seberang sana selalu dipandang enteng hingga sering terlupa hakikat kenyataan sorang makhluk.

Lalu bagaimana?



P/S: Di mana sudahnya..

Khamis, 1 Januari 2015

Last Day of 2014

1 Januari 2015.

Selamat tahun baru. Semoga tahun ni lebih baik dari tahun-tahun sudah.

Semalam hari terakhir 2014. Dan petangnya menerima sebuah berita gembira, adik aku si misi selamat lahirkan bayi lelaki.

Konon lah kitorang rancang nak anak sebaya, masuk darjah satu sesama, sekali bebetul hari terakhir 2014 adik aku tetibe terus kena masuk bilik bersalin kan. Alkesahnya beliau tak dapat mintak cuti awal, jangan ditanya atas alasan apa kerana politik kerja ada di mana-mana.

Tapi tu lah, bayi sehat maknya pon sehat alhamdulillah...

Jadi aku dah ada 2 anak buah pompuan yang gangsternya tak macam pompuan, dan sorang anak buah lelaki.

Oh, budak kecik ni comeljugakla, muka cina, ikut muka mak dia zaman kecik la tu, tapi adik aku lagi sorang selamba kata muka macam muka siam. Tapi tu lah, comel cakap senyap-senyap je dalam hati, cakap dedepan karang mak dia perasan pulak. Hahaha.

Sekian, nanti tunggu anak buah lagi sorang pulak. Kalau perempuan jugak harus kuciwa abang aku. Muahahaha. Bersyukur jelah bang oii..



P/S: Kayuh pepelan....