Selasa, 28 Januari 2014

Instinct

Sesetengah orang dikurniakan sejenis 6th sense yang kuat untuk merasa apa yang bakal berlaku. 

Macam best bunyiknya.

Tapi, kesahnya, sebenarnya tade la best mana pon. 

Kenapa lebih baik tatau apa bakal terjadi pada masa depan ada beberapa sebab utama.

Pertama, secara logiknya, unsur-unsur kejutan akan hilang. Yang mana, andai hidup dan kehidupan umpama novel zamankini - yang sebelum start baca dah tau apa konflik, sape watak utama, cemana watak jahat dimatikan, dan apa sudahnya sebuah cerita tu - maka hilangla nilai-nilai kesusasteraan sekeping nyawa.

Bak perumpamaan peberet aku - apalah nilai sebuah taman andai sume bunganya ungu.

Kedua, keinginan untuk ubah cara hidup kepada yang lebih baik takkan ada. Atas alasan, untuk apa usaha andai kesudahannya dah ada di depan mata.


#################################################


Peribadinya aku tak bape sukakan unsur-unsur kejutan, tapi ironinya adakala aku harapkan sesekali instinct aku jadik kenyataan. Kekekeke~






P/S: Permohonan cuti next month rejected. Dan cuti next-next month plak, blom ada keputusan. Boss, next-next month tu adik gua kawen. Gua selaku wedding planner tak bertauliah mohon pemahaman untuk bagi kelulusan. Masehhhh... 

Sabtu, 25 Januari 2014

Bas VS Kereta

Dalam bas yang penuh sesak sampai ke pintu tetibe sorang budak dalam lingkungan 3-4 tahun bersuara.

"Seronoknya naik bas."

Si mak tergelak sambil tanya, "Mana lagi seronok, naik bas ke kereta?"

Budak tuh diam sekejap sebelum menjawab.

"Kereta.... Api. Keretapi seronok."

Si bapak yang ada sama pulak tergelak,"Jawapan takde dalam pilihan dik."




P/S: Budak-budak kecik sekarang terer poyo.

Sakura di Malaysia~

Well well well... Someone is happy lately.

Uh-oh, no-no. Not me. I'm ALWAYS happy.

Adalah orang ni (namanya tableh la nak sebut pasal beliau slalu jugak la terjah page ni sesenyap pastu tinggal komen tanpa nama kan) tengah berbunga-bunga sakura di bumi Malaysia yang semakin turun suhunya akhir-akhir ni.

Punya la berseri-seri macamkan bunga kembang pagi. Kalau boleh nak tersengeh doplohpatjam. Tsk... Jangan rupa kerang busuk dahla ye keke.

Dahla dah promoted, pastu tak lama lagi akan meninggalkan status forever alone pulak, bertuahla badan....

Wheeeee beta dah bau nasik beriani gam Johor! Desert nak tutti frutti masehhhhh.

P/S: Ibaratnya Lee Sunggi. Taniah Lee Sunggi, taniah yang berkenaan. Lalalalala~

Rabu, 22 Januari 2014

Friend VS Multi-level Marketing

Ada satu ketika, sorang colleague nih, dari department lain kesahnya, dan kebetulan kenal masa makan sesama di pantry.

Aku namakan je sebagai Nana.

Bermula kali pertama kenal tuh, beliau menunjukkan minat yang sangat tinggi untuk berkawan, mala mengusulkan untuk kua makan/lepak sesama kala hujung minggu.

Nana sangat rajin kontek aku, walau di mana berada. Kadang di opis, kadang di rumah, dan kadang ajak kua makan lepas habis keje.

Cumanya, amat jarang aku boleh penuhi ajakan/pelawaan beliau dek beliau keje normal office hour sedang aku neh shift yang merata-rata tak menentu.

Dan, adakalanya agak rimas bila beliau asyik text ingatkan nak lunch sesama yang jujurnya agak sukar untuk aku yang selalunya lunch hour memang tak sama dengan orang lain. Bila tak reply (yang memang sah-sah la aku tak reply time keje sebab henpon dalam loker), beliau akan tepon berkali-kali.

Pernah sekali (setelah berkali-kali menolak) aku join beliau ke pesta buku kat Putrajaya. Sepanjang perjalanan adalah agak awkward untuk bersembang sebab sesatunya persamaan kitorang adalah bekerja di opis yang sama. Dan oh ya, kitorang sebaya.

Nana nampak macam sangat nak berkawan dan amat la bersemangat bertanya macam-macam pasal aku. Malah siap memuji macam-macam, yang mana adalah agak aneh di situ.

Hingga la satu hari tuh, beliau ajak aku ke KLCC, nak sangat jumpa aku katanya. Ia adalah hari minggu, yang mana kebetulannya aku keje. Nana agak mendesak waktu tuh, kononnya amat sukar ajak aku kua seolahnya aku neh tamo berkawan dengan beliau, maka demi menafikan tanggapan tersebut maka aku gagahkan diri kua jugak.

Dan.... beliau lambat. Aku menunggu dengan hati yang agak bengkek dek kelaparan dan kepenatan. Akhirnya Nana tiba jugak. Dan-dan pulak diajaknya aku ke Pavillion, nak jumpa kawan katanya.

Oh-uh. Perkara yang aku memang tak suka - jumpa aku tapi ajak aku jumpa member beliau yang lain. Tapi aku ikutkan jeh, tak larat nak melayan banyak-banyak.

Usai makan kitorang menapak ke Pavillion, dan masuki satu bangunan yang tetiba mendatangkan satu rasa aneh yang scary.

Dalam bangunan tuh ada bermacam jenis botol hiasan dengan pelbagai bentuk dan macam-macam warna. The best part ialah tag harga pada botol-botol tuh sume adalah sangat tak masuk akal. Sumenya punya nilai empat angka yang memang jauh lebih tinggi dari gaji sebulan, paling murah pon RM800. Nana mula menerangkan satu demi satu sejarah datuknenek botol-botol tersebut. Kononnya ia dari Perancis dan punya khasiat macam ni dan macam tuh.

Aku yang memang dah kepenatan dah semakin bengkek, konon nak ajak jumpa kawan sekejap, tapi sekarang cte pasal botol. Dan aku don't give a damn apa khasiat botol-botol tuh sume, ia cuma botol yang kalau terjatuh akan pecah berderai. Titik.

"Mana kawan you?" Aku terus straight to the point.

Nana kemudiannya ajak aku ke satu bilik yang semacam bilik mesyuarat lebih kurang. Terbukak je pintu aku terkejut besar.

Bilik tuh adalah satu ruang kosong yang besar dan di dalamnya penuh dengan manusia-manusia sedang berbincang. Tak ubah macam bilik kuliah yang dihuni pelajar-pelajar yang sedang berdiskusi di musim minggu final exam.

Bising.

Berdengung.

Loya.

Dan bukan. Ia bukanla bilik kuliah yang dihuni para pelajar.

Ia adalah Multi-level Marketing. MLM.

Nana pulak semakin bersemangat menunjukkan macam-macam produk lagi -dari produk kesehatan sampai la barangan mandian - yang katanya dari Perancis tersebut.

Notakaki, adakalanya semangat patriotik aku akan datang secara tiba-tiba macam orang menurun, dan malang buat Nana, cara beliau yang memperincikan betapa bagusnya Perancis dan produk dari Perancis menyebabkan aku semakin bengang tetiba, yang seolahnya aku rasa beliau sedang memperlekehkan Malaysia dan kualiti produk Malaysia, secara tak langsungnya menyebabkan aku bertambah-tambah la bengkek.

Setelah menunggu tah berapa lama, Nana akhirnya ajak aku duduk di satu meja bulat dan so-called kawan beliau datang dengan tangan penuh dengan fail dan mata yang bersinar kemilau dengan simbol dolar.

Sebelum sempat beliau mulakan kata-kata aluan dan mukaddimah tentang produk tersebut, aku terus menyampuk.

"Takpelah, terima kasih. Saya tak berminat nak dengar atau nak ambik tau."

Notakaki lagi, ayat di atas adalah ayat pantang para promoter, sales-person, orang marketing dan seumpamanya.

Kawan Nana cuba menakut-nakutkan aku, kononnya aku tak boleh terlalu bergantung kepada gaji, kena berusaha sendiri, masa depan tatau macamana, dan dalam masa yang sama cuba-cuba bagitau kelebihan menyertai dorang dalam MLM neh, kononnya selain dapat income dapat jugak kawan-kawan.

Menggunakan kepakaran sorang cs, serta rasa bengkek yang terkumpul sebelumnya, aku patahkan satu demi satu segala hujah kawan Nana. Jujurnya keadaan agak panas, dan aku sebenarnya takut la jugak buatnya tetiba member-member budak berdua ni tetiba datang dan pakat-pakat hentam aku balik, yang mana alhamdulillah ia adalah imaginasi semata-mata.

Usai berdebat aku menoleh kepada Nana yang dah semacam cacing kepanasan - sama ada sentap sebab aku cakap aku kua untuk jumpa beliau tapi tau-tau je dibawak ke situ, atau kepanasan dek kawan beliau terdiam seribu kata.

"Boleh kita balik sekarang?"

Nana hantar aku balik, dan sepanjang perjalanan gigih menjelaskan bahawa beliau jujur lagi ikhlas berkawan dengan aku, bukan semata-mata nak ajak join MLM tersebut.

Aku angguk. Angguk dan angguk. Yelah Nana, hantar jela aku balik ye.

Lepas tuh...

Punyala so-called ikhlas berkawan katanya, Nana mengelak dari aku sejak hari tuh. Dan tak penah lagi kontek aku. Tade lagi nak ajak lunch sama-sama, atau lepak sesama. Malah, bila sesekali terserempak di opis/luar opis/surau, beliau mengelak terpandang aku.




P/S: Penat aku perasan aku ada aura yang menyebabkan orang nak kawan dengan aku tau. Rupanya nak ajak masuk MLM join bawah beliau. Malu I. Tsk~







Selasa, 21 Januari 2014

Obvious

Pekerjaan sehari-hari yang tak mementingkan/memerlukan bahasa tubuh adakalanya mendatangkan ketidakuntungan dalam kehidupan seharian.

Bekerja tanpa berdepan/bertemu muka dengan pelanggan ternyata memupuk satu perilaku bawah sedar, iaitu membega-begakan wajah semaksima yang dapat tatkala ketidakpuasan tuh menyapa.

Sedang kebolehan mengekalkan ekspresi tanpa rasa aka pokerface aka expressionless adalah satu kelebihan demi tak dipermudahkan oleh golonganyang bijak mengambil kesempatan serta demi mengekalkan kerahsiaan yang wajar disembunyikan.



##################################


Justeru, tatkala si prankster nan licik meneka dalam samar dan si lurus bendul terperangkap tanpa sedar lalu terkial-kial cuba melepaskan diri umpama si keli menggeliat dalam air yang cetek, aku selaku si pemerhati cuma mampu menahan gelak supaya tak terlepas bebas.

Situasi di mana si lurus bendul dengan sepenuh hati membuat penafian sedang dalam masa yang sama bahasa tubuh jelas memberikan jawapan yang bertentangan, adalah kelakar.




P/S: Kelakar pada yang melihat, bukan yang merasa. But well, cik si lurus bendul, saya dah lama tau. Anda je yang tak perasan. Keke~

Jumaat, 17 Januari 2014

Lupa

Sesekali terlupa sesuatu atau tertinggal barangan tertentu adalah biasa untuk sesorang manusia.

Tapi perkara terlupa paling aku tak bleh terima adalah bila aku melenggang keluar rumah dengan niat nak ke opis lalu terlupakan helmet.

Ia adalah sungguh sengal. Dah namanya menunggang spesies Tenuk bertayar dua tapi tertinggal helmet adalah kesilapan kelakar.

Dan, bukanla sekali ia terjadi. Justeru harus la patah balik ke rumah dan capai helmet yang elok terletak tepi rak kasut.


P/S: Terlupa tak sengaja.

Selasa, 14 Januari 2014

Kerananya Kalendar

Kalendar 2014


Kerananya kalendar 2014, aku terikat kontrak memasak selama seminggu.

Kekejaman oleh budak-budak rumah aku.

Kalendar nih adalah penting untuk aku sebab aku keje jadual ber-shift. Justeru untuk mengelakkan kekeliruan shift elokla kiranya ditampal di pintu gobok supaya tiap-tiap hari aku merenung jadual demi tak berlakunya sebarang perkara tak diingini seperti terlambat dan seumpamanya.

Tiap-tiap tahun aku amik kalendar ni kat mamak Pelita kat Bangsar, tapi tahun ni tak sempat pegi. Dan kebetulannya awal bulan arituh aku balik kampung.

Selaku hosmet yang bertimbangrasa katanya, maka deme ni pon pi la sana dan amikkan kalendar untuk aku. Justeru sebagai membalas susah-payah(?) deme aku kena la masak selama seminggu. Dan kejamnya kangkudang tidak dibenarkan berada dalam menu.

Apakah ini sume......tsk~

Uh-oh, macam tak kejam sangat  arahan kan. Yer, untuk yang terer masak kacang jehla, malangnya aku neh cuma terer masak kangkudang jeh.

Kalendar punya pasal, seminggu pon seminggu lahhhh~

Timekasih ada internet & orang-orang yang suka kongsi resepi. Lalalala~


Bawal 3 Rasa~ adaptasi resepi asal~




P/S: Boleh tahan la rupa ikan tuh...pestaim goreng tak tercabut kepala, kekeke~



Jumaat, 10 Januari 2014

Januari~

10 Januari 2014.

Dah sepuluh hari di tahun baru.

Azam tahun baru aku tahun ni bermula jauh lebih awal. Sejak lebih dua bulan lepas.

Dek banyak sangat azam kekecik yang kalau senaraikan mungkin cecah 2 helai kertas kajang depan dan belakang, justeru aku fokuskan je pada cabang-cabang azam yang utama.

Pertama, I'm gonna be myself. Pretending is too tiring.

Kedua, as much as I hope people shall accept me the way I am & didn't complaint on my weakness, I'll learn to accept people the way they are, as much as that.


######################


Adalah sukar untuk puaskan hati sume orang, jadi aku memilih untuk selfish dan puaskan hati sendiri. Boleh gtu? Keke~




P/S: January please be good to me~!

Ahad, 5 Januari 2014

Teori & Praktikal

Kalau Ask Me Box boleh dibawak keluar dari alam maya, dan ia berbentuk peti surat besi warna merah, aku pasti peti surat aku tuh dah penuh dengan macam-macam soalan. Peace. ^^

Alkesahnya, aku adalah sorang yang punya jawapan untuk soalan-soalan berbentuk teori. Dan sesetengah member aku yang pelik memang suka menanyakan sesetengah benda yang adakalanya tak masuk akal.

Tapi yelah, selagi ia adalah teori, otak akan masih mampu dikerah untuk menjana jawapan. Tapi tu lah, hanya teori.

Andai ia melibatkan sesuatu yang bersifat praktikal, mintak ampon, sila pi penuhkan peti surat besi warna merah orang lain.

Justeru, bila masanya sesuatu yang sungguhla sebuah teori tiba-tiba jadi sesuatu yang bersifat mampu praktik terjadi, ia adalah sebuah hakikat yang bersifat mengejutkan.

Ia adalah aneh, dan pelik dalam masa yang sama.

Kesimpulannya, teori dan praktikal, berbeza ia berbeza. Tak serupa dan memang la tak sama.

Thrill yang takkan mampu milik andai ia hanya adalah teori.

Lalu, walopon masa depan adalah tak teramal dan tak terjangka, menikmati apa adanya sekarang adalah pilihan terbaik.





P/S: Men tinggal komen tanpa nama nampakkk....