Rabu, 22 Januari 2014

Friend VS Multi-level Marketing

Ada satu ketika, sorang colleague nih, dari department lain kesahnya, dan kebetulan kenal masa makan sesama di pantry.

Aku namakan je sebagai Nana.

Bermula kali pertama kenal tuh, beliau menunjukkan minat yang sangat tinggi untuk berkawan, mala mengusulkan untuk kua makan/lepak sesama kala hujung minggu.

Nana sangat rajin kontek aku, walau di mana berada. Kadang di opis, kadang di rumah, dan kadang ajak kua makan lepas habis keje.

Cumanya, amat jarang aku boleh penuhi ajakan/pelawaan beliau dek beliau keje normal office hour sedang aku neh shift yang merata-rata tak menentu.

Dan, adakalanya agak rimas bila beliau asyik text ingatkan nak lunch sesama yang jujurnya agak sukar untuk aku yang selalunya lunch hour memang tak sama dengan orang lain. Bila tak reply (yang memang sah-sah la aku tak reply time keje sebab henpon dalam loker), beliau akan tepon berkali-kali.

Pernah sekali (setelah berkali-kali menolak) aku join beliau ke pesta buku kat Putrajaya. Sepanjang perjalanan adalah agak awkward untuk bersembang sebab sesatunya persamaan kitorang adalah bekerja di opis yang sama. Dan oh ya, kitorang sebaya.

Nana nampak macam sangat nak berkawan dan amat la bersemangat bertanya macam-macam pasal aku. Malah siap memuji macam-macam, yang mana adalah agak aneh di situ.

Hingga la satu hari tuh, beliau ajak aku ke KLCC, nak sangat jumpa aku katanya. Ia adalah hari minggu, yang mana kebetulannya aku keje. Nana agak mendesak waktu tuh, kononnya amat sukar ajak aku kua seolahnya aku neh tamo berkawan dengan beliau, maka demi menafikan tanggapan tersebut maka aku gagahkan diri kua jugak.

Dan.... beliau lambat. Aku menunggu dengan hati yang agak bengkek dek kelaparan dan kepenatan. Akhirnya Nana tiba jugak. Dan-dan pulak diajaknya aku ke Pavillion, nak jumpa kawan katanya.

Oh-uh. Perkara yang aku memang tak suka - jumpa aku tapi ajak aku jumpa member beliau yang lain. Tapi aku ikutkan jeh, tak larat nak melayan banyak-banyak.

Usai makan kitorang menapak ke Pavillion, dan masuki satu bangunan yang tetiba mendatangkan satu rasa aneh yang scary.

Dalam bangunan tuh ada bermacam jenis botol hiasan dengan pelbagai bentuk dan macam-macam warna. The best part ialah tag harga pada botol-botol tuh sume adalah sangat tak masuk akal. Sumenya punya nilai empat angka yang memang jauh lebih tinggi dari gaji sebulan, paling murah pon RM800. Nana mula menerangkan satu demi satu sejarah datuknenek botol-botol tersebut. Kononnya ia dari Perancis dan punya khasiat macam ni dan macam tuh.

Aku yang memang dah kepenatan dah semakin bengkek, konon nak ajak jumpa kawan sekejap, tapi sekarang cte pasal botol. Dan aku don't give a damn apa khasiat botol-botol tuh sume, ia cuma botol yang kalau terjatuh akan pecah berderai. Titik.

"Mana kawan you?" Aku terus straight to the point.

Nana kemudiannya ajak aku ke satu bilik yang semacam bilik mesyuarat lebih kurang. Terbukak je pintu aku terkejut besar.

Bilik tuh adalah satu ruang kosong yang besar dan di dalamnya penuh dengan manusia-manusia sedang berbincang. Tak ubah macam bilik kuliah yang dihuni pelajar-pelajar yang sedang berdiskusi di musim minggu final exam.

Bising.

Berdengung.

Loya.

Dan bukan. Ia bukanla bilik kuliah yang dihuni para pelajar.

Ia adalah Multi-level Marketing. MLM.

Nana pulak semakin bersemangat menunjukkan macam-macam produk lagi -dari produk kesehatan sampai la barangan mandian - yang katanya dari Perancis tersebut.

Notakaki, adakalanya semangat patriotik aku akan datang secara tiba-tiba macam orang menurun, dan malang buat Nana, cara beliau yang memperincikan betapa bagusnya Perancis dan produk dari Perancis menyebabkan aku semakin bengang tetiba, yang seolahnya aku rasa beliau sedang memperlekehkan Malaysia dan kualiti produk Malaysia, secara tak langsungnya menyebabkan aku bertambah-tambah la bengkek.

Setelah menunggu tah berapa lama, Nana akhirnya ajak aku duduk di satu meja bulat dan so-called kawan beliau datang dengan tangan penuh dengan fail dan mata yang bersinar kemilau dengan simbol dolar.

Sebelum sempat beliau mulakan kata-kata aluan dan mukaddimah tentang produk tersebut, aku terus menyampuk.

"Takpelah, terima kasih. Saya tak berminat nak dengar atau nak ambik tau."

Notakaki lagi, ayat di atas adalah ayat pantang para promoter, sales-person, orang marketing dan seumpamanya.

Kawan Nana cuba menakut-nakutkan aku, kononnya aku tak boleh terlalu bergantung kepada gaji, kena berusaha sendiri, masa depan tatau macamana, dan dalam masa yang sama cuba-cuba bagitau kelebihan menyertai dorang dalam MLM neh, kononnya selain dapat income dapat jugak kawan-kawan.

Menggunakan kepakaran sorang cs, serta rasa bengkek yang terkumpul sebelumnya, aku patahkan satu demi satu segala hujah kawan Nana. Jujurnya keadaan agak panas, dan aku sebenarnya takut la jugak buatnya tetiba member-member budak berdua ni tetiba datang dan pakat-pakat hentam aku balik, yang mana alhamdulillah ia adalah imaginasi semata-mata.

Usai berdebat aku menoleh kepada Nana yang dah semacam cacing kepanasan - sama ada sentap sebab aku cakap aku kua untuk jumpa beliau tapi tau-tau je dibawak ke situ, atau kepanasan dek kawan beliau terdiam seribu kata.

"Boleh kita balik sekarang?"

Nana hantar aku balik, dan sepanjang perjalanan gigih menjelaskan bahawa beliau jujur lagi ikhlas berkawan dengan aku, bukan semata-mata nak ajak join MLM tersebut.

Aku angguk. Angguk dan angguk. Yelah Nana, hantar jela aku balik ye.

Lepas tuh...

Punyala so-called ikhlas berkawan katanya, Nana mengelak dari aku sejak hari tuh. Dan tak penah lagi kontek aku. Tade lagi nak ajak lunch sama-sama, atau lepak sesama. Malah, bila sesekali terserempak di opis/luar opis/surau, beliau mengelak terpandang aku.




P/S: Penat aku perasan aku ada aura yang menyebabkan orang nak kawan dengan aku tau. Rupanya nak ajak masuk MLM join bawah beliau. Malu I. Tsk~







Tiada ulasan: