Sabtu, 31 Disember 2011

Pepper Lunch Express @ KLCC

Last day 2011.
Sume orang tulis camneh kan, keke.

Temankan hosmet gi KLCC, amik barang ngan member beliau katanya. Dan lunch kat sana.

Pepper Lunch Express.

Seyesly menarik, sedap dan panas. ^^

Pepper lunch nih kalo ikut pakcik wiki, asalnya dari Tokyo, Jepun. Yang mana nasik dihidangkan dalam plate panas, yang memang panas sampai habis makan.

Kisahnya sorang mamat Japan nih nak buat satu hidangan pantas ala-ala fast food la, tanpa menggunakan chef. Masyarakat sana kan sangat pantas, makan pon ala-ala tentera masa lunch sebab sangat workaholic.

Justeru idea mamat Japan tadi adalah menghasilkan makanan yang dimasak sendiri atas plate panas bagi menggantikan chef.

Antara lokasi Pepper Lunch neh kat Pavillion, dan yang kat KLCC tuh kecik je, kat foodcourt level 4.

Atas plate panas tuh, ada nasik, pepper, jagung, dan kelilingnya sama ada ayam, daging, salmon. Boleh add on telur, cheese etc. Kendian amik sos, kicap, dan apa lagik tah ikut selera. Gaul~

Kata salah sorang hosmet aku, ala-ala bibimbap pon ada. ^^

Personally aku kurang suka gabungan jagung dalam nasik, tapi, Pepper Lunch tuh rasanya sedap je. Sangat kenyang~
Tapi sila hati-hati masa makan sebab platenya memang panas, jangan terkena bibir masa makan sudah, kang ada je balik sambil cover bibir~

Tak sempat snap gambar sebab tadi sangat lapar. Gambar lepas makan je sempat.


Oh ya. Sup dia pon sangat sedap. Ada tau fu ke apa, tapi aku pindahkan ke mangkuk sup member aku sebab tak reti nak makan. ^^

P/S: Mengidam Yokgaejang...

Rabu, 28 Disember 2011

Minat~

Setiap orang ada minat yang berbeza. Kesukaan yang tak sama.

Mungkin ada orang suka kumpul benda macam-macam, dan tak kisah berhabis untuk tujuan tuh. Mungkin ada yang suka shopping, tak kesah shopping sampai tipis. Mungkin ada yang suka try macam-macam makanan, tak pedulik apa saja harga.

Dan, selaku seorang yang normal, tentula lebih seronok kalo jumpa member sekepala, minat sama. Boleh bersembang pasal minat dan apa saja tanpa apa-apa barrier. Kongsi cerita itu ini.

Tapi, kerana dunia neh diciptakan pelbagai dan bermacam, justeru tak happening la kalo sume bunga merah sumenya, apatah lagi manusia yang memang serba kompleks. Sume nak jadi engineer, sape nak jadik petani tanam padi?

Jadi, adalah perkara biasa kalo jumpa yang berbeza idealogi, minat dan kesukaan.

Mungkin timbulnya sikit ketakselesaan dek perbezaaan dan ketidaksamaan, tapi mestikah tenggelam dalam perasaan cenggitu lalu memaksa orang lain berubah kepada apa yang kita suka.

Mempengaruhi supaya sama-sama berkongsi minat yang sama takde hal la, tapi perlukah memaksa?

Dan, perlukah tayang muka menyampah bila aku tadah muka tak bape paham apa menda ko bebelkan pasal kegilaan ko tentang sesuatu tuh?


P/S: Lololo~

Isnin, 26 Disember 2011

What's your height & weight?

Dalam resume mintak pape keje pon tak dimintak berat & tinggi kecuali position cam polis, tentera, bomba dan seangkatan dengannya.

Tapi dalam sesi awal perkenalan tetibe antara details pertama ditanya adalah berat & tinggi?

Sejak bila unsur tuh penting?

Suka dimaklumkan, sesi perkenalan tuh bukan la sesi taaruf bagi mereka yang serius membina hubungan permanent.
Hanya sesi awal perkenalan yang bakal membentuk persahabatan. Saja.

Dann..... sangat la salah bila dua soalan neh ditanya pada pompuan. Salah step bro. Baik tanya kumpulan darah je, jenis penyakit yang dhihidapi ke, alergik pape ke, mungkin sounds weird tapi takkan se-annoying dua soalan di atas.

A medium size guy~


P/S: Dan sentap bila soalan tuh tak dijawab?
Ufff.... so immature. Act your age pls.

Jumaat, 23 Disember 2011

BIAS Perempuan Cantik!

Adil dan saksama. Takde maknanya.

Mana wujudnya adil dan keadilan neh?
Jadik LIFT pon BIAS!

LIFT yang bias pompuan cantik. Mungkin bukan opis aku je, agaknya kat opis lain-lain pon ada.

Ada la sorang opismate aku neh, tak dinafikan nampak sangat keofisan dan cun la. Dressing pon cantik je. Pakai ala-ala keparat nampak gempak, pakai casual nampak smart, pakai baju kurung pon tetap nampak bergaya.

Dan ada la 4 buah lift kat level aku. SETIAP kali aku tekan, diulang ye, SETIAP kali, lift tuh memang akan amik masa tujuh lapan saat nak terbukak.

Dan untuk kali pertamanya tadi, bendalah tak bernyawa tuh terbukak dalam kiraan tak sampai suku saat.
Yang menekannya adalah opismate yang aku ceritakan di atas.

Lalu hangin la aku satu hari nih ngan lift tuh.

BIAS pompuan lawa!



P/S: Huh~

Khamis, 22 Disember 2011

OCTO on Clicks Shoppe~

Yippe!

Arituh dapat emel pasal diskaun untuk lima ekor Octo kat Cliks Shoppe. Kalo sekor-sekor RM15.90, kalo beli sekali satu set lima ekor dapat diskaun 15%.

Octo Limited Edition~

Tengok je list sekor-sekor tuh lima-lima pon comel!

Maka dengan tak brape nak berpikir panjang men klik je beli satu set. Dan dengan menyangka yang akan pos tuh adalah poslaju maka sukahati je taruk alamat rumah.
Kalo poslaju leh gi collect kat memana post office, rupanya yang hantar tuh ABX Courier yang akan hantar ke tangan jugak.

Justeru bersusah payah la uncle posmen tekan bell rumah yang tade orang time opis hour. Lalu satu keje la jugak aku nak kena call bagai bagitau tukar address.

Dan, hari nih, selamat memeluk lima-lima ekor Octo yang somel... :D


P/S : Rasa cam nak simpan lelima je.. keke

Ahad, 18 Disember 2011

Cabaran 30 Hari! - Tamat -

Cabaran 30 hari berakhir.

Yang mana boleh la dikatakan tak berjaya.

Heh, kalo berjaya aku memang powerpuffgirl btol. ^^

Tapi kesannya memang besar la.

Baik, kembali pada cabaran tempohari.

Target:

1. 3 liters plain water per day
Bertahan 2 minggu je. Minggu ketiga balik kampung, dan sangat susah nak minum air sebab asik jalan je.
Alasan kan. Keke..

Tapi at least plain water nyer image dah agak ok di mata aku. Tak lagi scary cam sebelum neh. ^^

Perkara besar yang berubah dalam aktiviti pemakanan aku.
Aku minum plain water.
Wuhuuuu~


2. No Coke!
Berjaya ok. OOOyehah!


3. No Vaseline for super dry lips
Failed. Tettt!
Bibir tetap jugak merekah dengan pedihnya walopun minum air dalam kadar banyak.


4. No Coke!
Seyes tak minum ok.


5. No Jajan... (1 week only~ haha)
Waahhhh... yang ni paling berjaya. Blom makan jajan sampai hari ni!
Keterujaan aku kat jajan sangat tinggi ok. Shopping lima nam ploh ringgit untuk jaja n saja.


6. No Coke!
Seyes berjaya. Semalam tamat cabaran aku celebrate ngan segelas coke. :D


P/S: Nak mulakan cabaran semi sebenar. Bermula... esok kot. Keke~

Khamis, 15 Disember 2011

Kisah Arjuna : Arjuna Jr.

Arjuna Jr.

Kira-kira sebulan lepas Arjuna ke Sarawak ketemu Ratnanya.

Sungguh aku jeles waktu tuh. Huh.

Arjuna & Ratna yang bersiar-siar sekitar Sarawak, kendiannya ke Sabah, dan baru balik KB.

Huh.

Kira-kira seminngu lepas terima panggilan dari beliau.

Dan katanya Arjuna Jr. is coming soon.
Heh.


P/S: Dorang akan bermastautin di Selangor, maka agak curious apakah bahasa percakapan Arjuna Jr. nanti.

Sabtu, 10 Disember 2011

Tonnajima~!

*Tajuk asal bunyik je kira ok la.. ^^

Lappy macam nak rosak. Charger tamo sambung.

Tetibe feeling cam baru kena tinggal ngan buah hati. Aishhh...
Syahdu gile neh!

Lappy...

Walopon skrin anda dah meliuk lentok ditiup angin, keypad pon kelabu-kelabu tak bape nak putih, bukak chrome ke, mozilla ke, asik hang sesaje. Layan Lelaki Berlari pon asik hang selang setengah jam.

Tapi caye la, takde lappy lain yang setanding anda.

Anda sangat bermakna pada saya.

Lupakah pada detik-detik kita sesama bertungkus lumus siapkan tesis yang tak seberapa dulu?
Lupakah saat kita sesama terpelanting atas jalan waktu Si Unta Di Ambang Cinta ditebak Sang Kancil dulu?
Lupa ke masa kita sesama menggagau dalam gelap layan movie gelak-gelak sesama satu ketika dulu?

Takde yang lain, anda je satu dan sesatunya.

Sila pulih cam biasa.

Janji, pasni tak bebel-bebel mak nenek lagi kalo hang.

Omma.... lappy jangan rosakkkkk.

Sekian.



P/S: Kelas esok tolong habis awal boleh? Nak gi lowyat...

Jumaat, 2 Disember 2011

1st December~

This is a special entry for a friend named LB - LadyBird.

1st December is her birthday, unfortunately, beralasankan hari ni keje, maka aku terlupa tentang neh.

Justeru, LB, ini titipan hari lahir untuk anda.

Pejam celik dalam asyik gaduh, bertekak dan berkawan, dah 8 tahun usia perkenalan. Dari awal remaja sampai la dah tak brape remaja lagi.

Fakta tentang LB.
- sangat ramai kawan - tapi kawan beliau memang tak masuk dengan aku
- perintis nickname aku sekarang
- sensitif, mudah merajuk tapi senang je nak pujuk
- sampai sekarang, kitorang tak penah ber-aku kau

- antara kawan yang aku tak penah rasa jauh walopon hakikatnya kitorang tak penah lagik sesama lepas SPM ntah bape tahun dulu


Dah lupa bila kali terakhir kitorang jumpa. Walopon aku akan balik kampung seminggu, tapi LB yang merupakan postgraduate student kat somewhere kat Terengganu tak balik kampung masa tuh.

BTW miss LB,
Happy belated birthday. After 8 years, this is my first time wishing u a belated besday, keke~

*tak macam titipan hari lahir langsung~lalalalala


P/S: U're getting OLD. lol

Rabu, 30 November 2011

7 days OFF & 'D

Hari terakhir November.

Huih, cepat je masa berjalan, tau-tau je esok dah masuk bulan terakhir tahun neh. Maka akan bertambah lagik la umur, pengalaman dan pengetahuan.

Heh, umur confirm bertambah. Tang pengalaman & pengetahuan tuh?

Finally lusa akan mula bercuti selama 7 hari. Waaaa... balik kampung~!
Tiket dah beli, kali neh amik bas Transnational trip 10 pagi. Aku lebih suka balik malam sebenarnya, naik je bas langsung tdo. Tau-tau sampai. ^^

Alkisahnya cuti yang diperlukan cuma pada 5 & 6 Disember untuk konvo adik aku si nurse tuh, tapi alang-alang baki annual leave masih banyak maka amik saja banyak-banyak.

Dannnn.... hari nih daftar untuk lesen kete.
Finally.

Haih... is it a must ke untuk ada lesen D? B2 je tak cukup ke? Dan is it a must ke untuk ada kete? Cik Tenuk je tak boleh ke?
*mode malas belajar*haha

Yela-yela.. nak amik la neh. Cikgu skol mandu, saya tatau langsung nak bawak kete, maka sila bertabah dengan saya.

Satu soklan. Bawak Cik Tenuk pon paksa-rela, kompiden memang takde. Apakah dengan adanya lesen D nanti keyakinan untuk menunggang & memandu atas jalan raya akan bertambah?


P/S: Follow the flow saja..

Sabtu, 19 November 2011

Tutti Frutti @ Ampang Park

Tertengok video klip Cinta Muka Buku arituh, dan terus sangkut ngan Tutti Frutti yang nampak bestttt je dalam video tuh.

Dan kebetulan tempat lepak aku & N.I.E aka Mentholyn, Nerdy & Icy kat Ampang Park ada bukak Tutti Frutti.

Yuhuu~

Maka beberapa minggu lepas, usai sesi lepak-sembang-McD-ing, kitorang ke Tutti Fruti. Masuk je ownernya ramah menyapa. Soalan taleh blah beliau yang mengundang kitorang tersenyum ala-ala kucing nampak ikan;

"Selamat datang! Ni first time ke dah biasa?"

Sambil kontrol macho aku & Icy menjawab hampir serentak: "First time."

Dan dengan sopan santun ownernya terangkan pasal Frutti Tutti.

Fakta Frutti Tutti:

1. Ia bukan eskrem, tapi frozen yogurt.
Terbahagi kepada dua rasa basic; manis & masam.
Beberapa perisa; strawberri, mango, vanilla, yam, grape etc.

2. RM5.30 per 100gram.

3. Best to mixed the flavour.

4. Verrrry simple to make.
Choose/Mixed your flavour.
Then choose your topping.
Can mixed everyyything.

Rasanya?
Heh, not bad!

Neh dari uncle Gugel.






Dan neh dari aku.

Neh aku punya. Mango & Vanilla. RM12.99


Icy punyen. Tak sure dia mixed apa. RM21++



P/S: Besh~!

HomeMade CekMek~Wuuuu


Home Made~ But ofkos not by me. Lalalala~


Nggggg~!!! Lama giler tak makan mendalah neh! (Tolak yang beli singgit tiga bijik tetiap pagi depan opis.)

Home-made yang superb~!

Kulit yang rangup. Hangus-hangus sket takpe. Janji gula kat dalam cair dengan jayanya.

Gambar cilok dari fb adik aku yang dengan rakusnya lepas je masak terus upload kat fb sambil tag nama aku dengan caption "Muahahaha... jelez tak??"

Chait!

Mentang la dah cuti skolah, musim hujan & mak aku dah mula tanam memacam ubi balik, maka beliau dengan berlagaknya buat kueh memacam kat rumah pastuh nak eksen. Huh.

Kueh tuh kalo kat Kelantan dipanggil cekmek, tatau kenapa. Dan bahasa standardnya mintak maap aku terlupa.

Ubi apa tah nama standardnya dilenyek-lenyek kendian campur tepung sket, uli-uli jadik adunan. Kendian canai adunan sket, taruk gula, buat bentuk camtuh & goreng~

Ulala... syedapnyaaaa...

Ooh.. tapi tang nak buat adunan aku failed, tang bentuk & taruk gula aku reti. Tang menggoreng tuh part orang lain. Tang makan part aku. ^^


P/S: Nak balik kampung!

Khamis, 17 November 2011

Cabaran 30 Hari!

Day 1 & half.

Target:

1. 3 liters plain water per day

2. No Coke!

3. No Vaseline for super dry lips

4. No Coke!

5. No Jajan... (1 week only~ haha)

6. No Coke!


P/S: I miss my Coke! My Jajan oso....tsk

Jumaat, 11 November 2011

Gemuk & Kegemukan

BMI : Satu kayu ukur menggunakan berat dan tinggi untuk menilai sejauh mana sesorang mencapai berat yang ideal.

Calculate your BMI.


= kg/m2

Kategori BMI;

Normal weight = 18.5-24.9
Overweight = 25-29.9
Obesity = BMI of 30 or greater



Cuma, apakah BMI nih cukup seswai untuk menilai kesihatan sesorang? Hanya pada luaran yang tampak fit, slim dan mantap?

Makan sekali sehari, hadkan pengambilan makanan.

Follow all these??? Ufff....*pitam


Uff... pada aku yang memang tak penah amalkan diet sehat ikut piramid makanan, atau minum air berliter-liter sehari, diet dan pemakanan sehat tuh penting jugak. Tapi, tak penah pon aku nak buat, hanya makan, makan dan makan apa saja.


Tadela sedap sangat pon sebenarnya neh... *keke


A total stranger, dengan tulus iklas bagitau aku nampak cam 30-an.

Hoh, sesuatu yang sangat biasa aku dengar sebenarnya, dan opkos tuh tak mendatangkan apa-apa rasa.

Cuma, sikit sebanyak terpikirkan hari mendatang.

Parents aku sangat sihat di usia hampir setengah abad dorang. Kalo tengokkan amalan dorang, especially mak aku, seyes hebat.

Mak aku sangat menjaga pantang terutamanya masa pas beranak.

40 hari makan nasik sejemput, berlaukkan ikan bakar semata, tade garam, tade budu.
Air kosong saja.
Ulam-ulam kampung, celur dan tawar tade rasa.

Hasilnya, beliau sangat sehat, dan tade spare tyre memana-mana, sehingga la pas lahirkan si MAW 4 tahun lepas.
Budak tuh kua kot pembedahan, maka tak mampu la mak aku nak pantang, start situ la kesihatan mak aku decrease sikit.
Tapi still, mak aku jauh lebih sehat dari aku sendiri.

So, apakah masanya untuk menjaga pemakanan aku?

Ufff......

Peberet aku neh sume??

*Jarang tade dalam peti ais~ ^^


Bekpes tak lengkap tade nescape~! Tapi lagik suka Original...



Ini pon ok, tapi tak suka sangat, tawarr... ;p



Ni sangat best! Tapi lagi suka yang laer hijau..... ^^



Ni pon syedap!


Ommooo.... apa jadik ngan sume tuh nanti.... peberet sayerrr....
*nanes*




P/S: Arjuna kini di Sarawak. Nak ikottttt~!!!

Rabu, 9 November 2011

Confirm~

Sepajang hampir sebulan neh hari ni julung kalinya balik keje tanpa hujan di petang hari. Justeru sambil menunggang Cik Tenuk senyum tak mati-mati kat bibir.

Alkisahnya mungkin disebabkan dua berita gumbira hari nih.


1. Finally, selepas 6 bulan maka berakhir la tempoh percubaan dan dengan surat rasmi di bawah maka sah la aku bergelar permanent staff.

Alhamdulillah & Oooyeah to me! ^^

2. Beliau sekadar panggil saya 'dik', dan senyum terus terlukis tamo padam-padam. Wekeke~


P/S : Still mood terawang dek fanfic, aigoo..

Sabtu, 5 November 2011

LADY ~

Ini mini album kedua group neh, DGNA atau The Boss.

Terseret dengar lagu dorang, dan terkedu dengan suara Mika the leader & HyunMin si mamat bersuara husky.

Lady - yang jugak lagu yang liriknya biasa-biasa, tapi cam biasa la, kerana aku mendengar foreign language maka yang penting adalah lagunya.

Dan, aku suka suara dorang yang cam seswai jeh ngan lagu neh.


DGNA/D-NA/The Boss~

Gambar dari Gugel, besar lak. =P

Lebih suka nama The Boss. Bunyik cam lebih kukuh & gah. ^^

Kalo tak silap, Mika the leader yang paling kanan, HyunMin si suara husky paling kiri.



Uploader : LoveKpopSubs8



P/S:

Ahad, 30 Oktober 2011

Saya yang Bosan~

Sesetengah orang memang hadapi masalah nak hargai apa yang ada depan mata.

Mungkin anda perlu keje pada malam raya, pada hari cuti umum Deepavali, pada sambutan hari Malaysia 16 Oktober, pada hari kemerdekaan - dan apa masalahnya?

It's one of your job description.

Kenapa kecoh? Merungut sesekali ok la - mungkin dalam proses adaptation ngan sume tuh.

Tapi setiap kali? Apakah sume tuh?

At least anda ada keje, ada cuti tahunan, setiap bulan dapat gaji. Dan, anda dibayar extra untuk hari cuti umum tersebut.

At the moment anda hadiri interview, anda sudah jelas dengan pekerjaan yang anda mohon. Detik anda terima surat tawaran dan disertakan dengan T&C, segalanya termaktub dengan cukup terang, dan anda dengan senang hati menandatangani perjanjian yang bermakna, jelas & faham.

Malas keje?
Terserah la.

Kiranya anda kurang berpuas hati dengan susunan di mana mungkin la, asyik anda saja yang perlu keje pada public holiday, maka gunala cara lebih bijak.
Jumpa pihak yang berkenaan, maklumkan saja anda terasa kurang berpuas hati.

Maklumkan, dan sape tahu ada sesuatu yang boleh diusahakan.
Berbanding diam, terima, dan bising kemudian hari.

Mungkin anda tak sedar betapa kat luar sana masih cukup ramai yang sanggup melakukan apa saja keje demi menanggung kehidupan.


P/S: Kadang bosan melayan brat yang blom sedar sukarnya genggam sesatu pekerjaan meski berskrolkan sekeping ijazah.
Wake up, jebal.

Isnin, 24 Oktober 2011

Know me Not

Speechless kekadang.

Meski aku sorang penulis dan realitinya pon aku juga sorang yang banyak mulut, tapi adakala terlalu payah nak ungkapkan tentang beberapa perkara.

Heh, maapla, aku memang tegar anggap diri adalah sorang penulis, walopon dalam sejarah penulisan aku hanya penulis cerpen picisan, penulis sajak suatu ketika dulu, dan ada la menangi beberapa pertandingan penulisan kekecik.

Kisah menulis, adalah kerana persekitaran waktu kecik yang menyukarkan aku berkongsi rasa dengan sesiapa. Bukan la kerana institusi keluarga yang pincang, keluarga aku sempurna adanya. Cuma, mungkin jarak antara aku dan adik yang agak dekat menyebabkan perhatian lebih tertumpu ke situ berbanding aku.

Ia bukan la sesuatu yang menyedihkan, malah aku gembira sebenarnya sebab persekitaran itu lah yang membentuk aku yang sekarang.

Lalu, menulis adalah sesatunya cara aku gunakan untuk berkongsi rasa.

Sejak berusia lebih kurang 9 tahun. Hanya menconteng kisah-kisah di buku 555.

Dan tulisan tuh selalu dibaca memember sekelas. Apa yang membencikan adalah, dorang akan sesuka menukar kisah aku, ditambah itu dan ini, dan ada yang akan menukar jalan cerita yang selalunya bertemakan kekeluargaan kepada kisah cinta picisan.

Seyes, ia sungguh annoying.

Namun, kerana aku jahil berterus terang, maka kebencian dan ketidaksukaan tuh hanya terpendam diam.

Pakej kepada habit bertahun lamanya tuh, menjelang remaja, seperti anak-anak muda yang lain, aku berdarah panas, sumbu pendek, nipis telinga, dan seumpamanya yang membawa erti betapa aku sorang yang baran.

Cuma, makin masa berlalu, aku ditemukan dengan pelbagai watak berlainan. Dalam watak-watak tuh ada yang menjadi teman nan akrab, dan ada yang mampu jadi pencorak yang menjadi punca aku mulai berubah.

Selaku sorang yang normal, aku juga penat dengan amarah yang tak penah padam. Lalu, banyak yang berlaku sikit sebanyak membolehkan aku mengubah diri dan sikap.

Aku masih dalam proses memperbaiki diri. Dalam masa yang sama menjadi si sesumpah yang bijak menyamar sesuaikan diri dengan persekitaran.

Tapi, bak kata orang, pandai mana ikan berenang, tertangkap jugak dek bubu. Heh, asalnya aku adalah pemarah, bukan penyabar, dan memang telinga nipis, justeru tatkala tak daya mengepung sabar, maka tetap jugak akan terserlah sikap sebenar tuh.

Dan, ia sungguh annoying bila kebenaran tersingkap.


P/S: Sukar untuk pahami ada yang boleh menerima sesorang adanya dia.
Aku benci bila ada yang menyentuh rasa diam-diam macam nih.

Khamis, 20 Oktober 2011

Oo-oh... Sorry!

Sangat tak sengaja okey.

Kerana hari nih keje sampai 8.00pm maka maghrib tadi turun la pi surau kat B1. Dalam lif yang sama ada dua orang akak-akak HR rasanya nak balik, maka di level 1 lif pon berenti.

Keluarla akak-akak tuh sambil gelak-gelak. Alkisahnya posisi aku yang bebetul berada di sudut belah kiri, memang pandangan akan terblok kalo ada orang kat lua nak masuk. Lalu, dengan kompidennya aku menekan butang tutup. Lagikpun mana de orang turun naik lif lagik dah masa tuh kat lebel tersebut.

Malangnya. tepat masa yang sama, sorang makhluk Allah menapak masuk. Dan terkepit antara pintu lif. Dedua tangan beliau menahan pintu lif dengan muka terkujat campur cuak.

"Oo-oh... Sorry!" kata aku spontan. Tak sengaja!

Tapi mangsa terkepit tuh bukan je tak cakap pape malah dengan muka bengang menghadiahkan jeling ala-ala laser kat aku.

Hoh, brader, saya mintak maap. Tak sengaja langsung tau.

Ahad, 16 Oktober 2011

Convocation @ UUM

Oktober adalah musim konvokesyen. Rata-rata IPT mengadakan konvo pada bulan neh, yang selalunya diadakan pada bulan Ogos. Cuma, tahun nih Ogos adalah merupakan Ramadhan maka majlis gilang gemilang yang dinanti-nantikan para graduan neh dianjak ke tarikh selepas puasa.

Arjuna yang akhirnya menamatkan pengajian selepas bertahun-tahun berhempas pulas turut diraikan dalam majlis konvo di UUM sesi 2 5 Oktober lepas.

Kali kedua aku jejakkan kaki ke sana, kali pertama waktu menghantar si Arjuna yang masih bujang waktu tuh kira-kira 6 tahun lepas. Lama btol makhluk Allah tuh blajar, semacam tak percaya beliau berpeluang jugak menyarung jubah konvo tuh.

Di UUM, berbeza dengan UM yang hanya benarkan dua waris masuk, UUM membenarkan sampai 4 waris. Tapi seyes aku tak gembira. Majlis super lama. Dahla student sangat ramai, NC selaku penyampai plak tak sensitif malah tolong menambah rasa sakit hati bila meluangkan masa bersembang-tanya-khabar dengan sesetangah student - terutamanya perempuan.

Kalau setakat ucap tahniah tade la lama sangat, tapi ada yang sampai cecah tiga pat minit.

Seyes teringin nak bangun bagi isyarat STOP.

Cuma, sebaik majlis selesai, nak turun ke parking yang memang agak jauh, rupanya pihak sekuriti ada menyediakan pengangkutan - van. Maka makcik pakcik yang anak-anaknya tak sempat parking bebetul sebelah dewan tak payah bersusah-susah menapak jalan berbukit ke parking.
Oh ya, bukan makcik pakcik saja, anak-anak muda macam aku pon termasuk sekali. ^^ Timekasih pacik sekuriti.

Gambar~


P/S: Struggle swap off dari weekend ke weekdays dek mereka yang 'jual ikan'.

Jumaat, 30 September 2011

"Young people shudnt take this too often"

Stesen Pasar Seni, ada dua seat kosong. Salah satunya aku duduk dan dalam masa yang sama sorang Chinese uncle turut duduk.

Matanya singgah pada gelas Coke McD kat tangan aku.

" Young people shouldnt drink this too often." katanya sambil menyimpul senyum.

Manakala aku dah tersenyum malu sorang. " Kekadang je uncle." keluar ayat backup.

Walhal dalam peti ais stok Coke jarang putus.

"once in a while boleh la," katanya lagik.

Sekali lagi aku cuma tersenyum.

Terinin jugak nak insaf bila dengar ayat gtu, tapi too early nk insaf sekarang. Blom puas lagik. Keke.. Lagipon air gas je.. Bukan smoking bagai yang membunuh orang dalam senyap.

No more bikarbonat drink menjelang 30, bley?

Tidak.. Tidak.

Uncle, tq atas ingtan tuh tapi saya akan break sekejap bila batuk-ba
tuk. Tapi lepas tu saya sambung jugak tau. Keke


P/S: Enjoy it to the limit. ;-)

Ops Bersih di Floor

Esok client dari Japan akan datang melawat. Lawatan sambil kerja ke Malaysia gamaknya.

Dan kerana floor adalah salah satu laluan lawatan katanya, maka agent sume dikerah "sila kemaskan meja aka workplace", maka TL-TL dan GL-GL pun gigih la ingatkan anak-anak buah sume sila la kemaskan apa yang patut.

Komik, paper, majalah, novel serta seangkatan dengannya sila tempatkan di tempat yang sewajarnya, terutama gelas mahupun pinggan yang berselerak tepi pc tuh tolong lah simpan dalam loker.

Dedekat hujung tahun neh ramai yang amik cuti memandangkan baki annual leave masih banyak, lalu banyak jugak la meja-meja kosong tak berpenghuni buat sementara waktu dan terpaksa la sesape yang kelihatan tak sebok mana dikerah sila lap dan kemas apa yang patut.

Segala teddy bear, bantal, atau key chain cinonit kekecik yang bergantungan sekitar meja atau comel tersangkut di pc pun kena turunkan.

Malah, pantry pon dikunci separuh hari esok, dari 0900 sampai la 1500, walopon hakikatnya pantry tuh tak berpintu. Nasib baik la pintu tandas tak dikunci sama. Harus pakat-pakat tanggal headset sambil mogok ramai-ramai.

Pendek kata, hari nih operasi membersih secara menyeluruh di floor!

Al kisahnya, apabila workplace yang selalunya dibanjiri call doplohpatjam menerima kunjungan fizikal, bagai ribut jadinya.


P/S : Boleh tak nak say 'oh!' je greet client Japan tuh? Keke.. harus amook para TL.

Selasa, 27 September 2011

KPLI -JQaf : Apply Now

Pengambilan Kursus Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah j-QAF (KPLI SR - j-QAF) Ambilan Januari 2012 dibuka sekarang.

Sesape yang berminat dalam pembelajaran dan pengajaran serta miliki kelayakan yang berpatutan boleh la memohon kursus neh. Andai berjaya perlu hadiri exam terlebih dahulu, dan sekiranya lepasi tahap yang dikehendaki akan perlu hadiri interview. Sekiranya lulus, maka menjelang Januari akan memulakan orientasi seterusnya akan terus dihantar mengajar ke mana-mana sekolah.

Bezanya dengan KPLI biasa adalah, mengajar semasa hari sekolah biasa, dan menjelang cuti sekolah akan hadiri kuliah. Selepas setahun akan terus mengajar di sekolah yang telah ditetapkan (sepatutnya la) berbeza dengan KPLI biasa yang akan hadiri kuliah selama setahun dan kemudian akan dihantar mengajar di mana-mana selepas itu.

Kisah KPLI, alkisahnya mak aku sangat-sangat nak tengok aku end up dengan position sorang cikgu, pengajar, atau apa saja yang melibatkan mengajar, office hour, cuti panjang masa cuti sekolah, dan berada di depan mata beliau. Justeru hujung tahun lepas aku pernah sekali memohon kursus nih, dan kesanggupan tuh adalah kerana setahu aku untuk lepas exam KPLI neh sangat lah susah.

Buktinya waktu menunggu masuk dewan exam waktu tuh sempat berbual dengan calon-calon lain yang rata-ratanya bukan kali pertama hadiri exam tersebut. Dan rezeki sungguh buat aku apabila rupanya aku lulus dan terpilih untuk hadiri interview.

Mungkin rezeki yang ditunggu-tunggu oleh calon lain, tapi tuh adalah malang buat aku. Seyes, aku sangka aku pasti gagal justeru boleh la aku bagi jawapan pada mak aku kononnya aku dah apply tapi tak berjaya.

Jujurnya, bukan la aku tak berminat langsung dengan dunia pengajaran, tapi buat masa itu dan sekarang, aku tak begitu berminat untuk belajar dan mengajar.

Dalam masa yang sama jugak, sebetulnya mak aku blom sepenuhnya merestui kerja aku waktu tuh. Meski tak ditunjukkan tapi kerana itu mak aku maka aku amat pahami bahawasanya beliau tak senang dengan kerja aku selaku sorang CS.

Lepas berpikir semasaknya, aku tak pikir aku mau hidup dengan lakukan sesuatu yang aku tak prefer. Walau suka dan minat boleh dipupuk, dan aku yakin andainya aku memupuk suka dan minat dalam pengajaran, aku boleh saja jatuh suka tatkala tiba masanya, tapi waktu tuh aku pikir kerja yang aku buat waktu tuh adalah sesuatu yang aku boleh buat.

Justeru, meski payah, aku buat keputusan aku tamo hadiri interview tersebut. Dan sebetulnya semua kekawan aku yang hadir interview tuh sume lepas sama ada 1st atau 2nd intake, yang pasti deme sekarang sedang menggalas tanggungjawab mendidik anak bangsa.

Dan dalam payah jugak mak aku menerima keputusan tuh.

Tapi kerana beliau sorang yang takkan memaksa, maka aku teruskan ngan keputusan aku, dan teruskan keje macam biasa.

Beberapa minggu lepas tuh aku dimaklumkan aku dicalonkan untuk satu award dari company, dan meski masa tuh blom pasti, tapi aku menganggap tuh adalah utusan dari Allah bahawasanya aku mengambil keputusan yang betul.

Bertitik tolak dari tuh la, mak aku meyakinkan diri beliau bahawasanya anaknya yang baran serta sumbu pendek neh reti la jugak mengepung sabar bila berkaitan dengan kerja. Selain keje, mintak maap, masih tetap sumbu pendek. ^^

Lalu, aku teruskan je dengan posisi sama meski dah pon bertukar company. Bak kata hosmet aku, andai aku bukan di position yang memestikan aku bercakap sepanjang masa, besar kemungkinan aku boleh gila. Kata dorang la..

Tahun lepas, ramai kekawan aku yang lepas dan kini dan bergelar ustaz ustazah. Tahun neh aku mengharapkan kejayaan yang sama untuk sorang lagi member, Cik Una.

All the best Una. Mana la tau lepas apply dan insyaAllah berjaya, bleh ikut jejak setazah Pija lak~



P/S : Pada ex-mas'ul sem 2 Nilam Puri, andai terbaca entry neh, sila maapkan saya kerana tak mengaku bahawasanya saya memang meng-apply kursus neh tahun lepas. Saya punya sebab tersendiri sebetulnya, tapi saya yakin anda takkan tau kerana saya percaya anda takkan singgah di sini. ~

Ahad, 25 September 2011

KLIA : Stalking-Tah-Keberapa-Kali ;P

24 September 2011 merangkap semalam Korean Wave Music dihadiri Korean grup yang gegempak didakan kat Stadium Merdeka, antaranya U-Kiss, 4 Minute, Teen Top, F.T.Island, Big Bang (Seungri, G-Dragon & TOP) serta Park Jung Min (SS501).

Aku tade la pegi atas beberapa sebab, yang pegi adalah hosmet aku. Justeru aktiviti biasa kitorang adalah stalking secara berjemaah. ^^

Konsert start kol 1900 kalo tak silap dan bak kata hosmet aku habis pada 2040 lebih kurang dan memang berbaloi-baloi katanya sebab setiap group perform lima lagu, lebih kurang setengah jam sorang. Dan kerana Stadium Merdeka tade la besar mana maka dapat menonton dengan jelas.

Stalking kat epot bukan la first time, tapi sebelum neh hanya stalk group yang aku sangat bias maka aku tade nak tengok-tengok orang, hanya meredah sesama fans yang lain.

Meredah yang bermaksud, meredah sungguh. Apa saja kat depan mana, tiang-tiang besi ke, banner ke, even tiang statik pintu gerbang nak ke escalator untuk depart pon atau manusia-manusia lain di epot takkan dipeduli, akan diredah atau dilanggar tanpa belas.

Kali neh, aku amik post normal, di mana aku follow dari jarak selamat yang memungkinkan aku melihat group-group tu sume, tanpa terlalu dekat dan takkan bersesak dengan fans lain.

Kelakar jugak, macam-macam tiang kat situ, banner segala dirempuh, dan paling kelakar ada sorang fans yang terlanggar tiang pintu gerbang yang memang gah berdiri kat situ tatkala bias-nya melambai balik kat dia.

Dan ada la orang lain yang terpinga-pinga tatau pape berdiri-diri pun kena langgar dek fans yang ralit mengejar sambil mata hanya fixed pada bias dorang.

Heh, kelakar bila tengok, tapi bila aku jugak di posisi fans yang fixed pada group tuh sume, aku pon sama jugak, kesian kat diri sendiri yang selalu langgar apa saja - yang membawa maksud, a.p.a.s.a.j.a. di depan mata. Yang lagi tak best, aku adalah antara silent fans yang takkan boleh attract perhatian dorang sume, dan selalu tak dapat position yang cantik untuk fancam.

Tapi still, tetap ikut jugak stalking bila hosmet sume dah ajak. ^^

Kenapa sanggup stalk?

Nak tengok dorang, dorang yang sangat best dalam fan-service. ^^


P/S : Setiap kali stalk, mesti akan ada tah sesape menegur menanya sape kah, dan akan terikut nak tengok jugak. Dan tak pasal-pasal la meng-explain kat situh. ^^

Jumaat, 23 September 2011

41 Bankrap Setiap Hari?

Merujuk kepada berita neh dari MSTAR, 41 orang diisytiharkan bankrap setiap hari, dan rata-rata berusia di bawah 40 tahun, berpunca dari kad kredit.

Punca utama selain dari pengurusan wang yang teruk di kalangan rakyat, jugak berpunca dari sikap yang suka shopping. Berdasarkan laporan neh lebih kurang 5 juta mengunjungi shopping kompleks setiap minggu.

Aku pun termasuk gak lima juta tuh, tapi kategori window shopping, iaitu jalan-jalan sambil mencuci mata kat tempat-tempat yang sah-sah takkan beli pape. Keke~

Bak kata salah sorang hosmet aku, nih adalah salah satu cara memastikan takde pengeluaran major di awal bulan sejurus gaji masuk. Contohnya jejalan kat KLCC, mampu anda nak shopping kat sana tetiap minggu? ^^
Takat duduk tenung air pancut pepeeling foreigner gagah posing sana sini boley la..

Kebankrapan anak-anak muda(?) bawah 40 tahun neh yang merisaukan, cemana nak kawen kalo baru bape bulan keje dah gagah apply kredit kad, atau aku lebih suka panggil, kad hutang.

Income 2k dah boleh apply, dan kerana ada garis panduan baru dari bank negara maka limit hanya boleh dua kali gaji, berbanding dulu, hanya dengan 2k dah boleh dapat maximum 9k.

Kendian dapat je kad, main swap je kat mana-mana. Shopping tak kira masa, tak kira tempat, boleh swap, main swap saja. Awal bulan, tengah bulan, atau hujung bulan. Segala-galanya di-kad-kan.

Time dapat statement tade hal, bayar je minimum, bukan banyak, 5% je dari total atau RM50 whichever is higher. Maknanya, asal pakai kurang seribu bayar je RM50.
Jadi, bayar RM50, dan pakai lagi kad kat mana-mana.

Bila tengah-tengah bawak awek gi tengok movie, tarik kad untuk swap, tetibe, tettt. Decline. Insufficient balance.
Call bank.
"Sorry sir, no available anymore, you over used your card."




Maka memgamuk la brader neh, apa kes overlimit, tiap-tiap bulan bayar. Betul tuh brader, memang bayar tia-tiap bulan, limit 4k, pakai 1k, bayar RM50. Finance charge aka monthly interest akan dicaj kalo tak bayar total usage, brader kena ingat. Fin charge tuh based on anda punya out standing aka hutang tuh la. Makanya, sebab tuh orang kata, bayar minimum macam bayar interest je. Mana taknya, pakai sampai 1k setiap bulan, bayar lima puluh, pakai lagi, bayar lima puluh, tau-tau dah cecah limit 4K.

Lalu brader pon naik marah, tamo bayar pape langsung.

Bank cekik darah~! Katanya.

Tade hal, brader tanak bayar tape, bank takkan bankrap hanya kerana brader tanak bayar 4k tuh, tapi brader kendiannya akan dapat surat court, dan seterusnya brader akan menghadapi masalah untuk apply apa saja loan menggunakan nama dan ic brader tatkala nama sudah masuk itu bank negara punya list.

Maka kesudahannya brader pon turut sama menyumbang kepada pengisytiharan pat belas orang bankrap setiap hari.

Puncanya?

Gagal ukur baju di badan sendiri.


P/S : 0__0

Rabu, 21 September 2011

Sahabat Sejati & Kekasih Hati

Tajuk taleh blah, haha.

Manusia yang bersifat pelupa, antara keistimewaannya boleh menyatukan apa saja huruf membentuk perkataan lalu menjana ayat yang secara logiknya adalah mustahil, tapi cukup mudah dipercayai oleh pihak yang mendengar.

Tentu ayat-ayat seperti, 'selagi si buah hati belum milik hakiki, sahabat sejati tetap di hati', atau, 'selagi si dia blom bergelar suami, sahabat takkan ditukar ganti' biasa jadi halwa telinga atau mata sebelum neh.

Hoh, zaman skol, kena plak skol satu spesies, nak tanak yang paling rapat selain famili tentula kekawan yang sah-sah satu jantina. Kalo budak-budak laki tade nak peeling sangat berkawan, kalo budak-budak pompuan neh memang tak dinafikan, sentiasa berjiwa lembut - ala-ala klasik la lebih kurang.

Duk satu kelas pon nak berutus-utus surat bagai, balik umah cuti weekend bertelepon bergayutan ngan tepon umah - maklum la pat lima taun dulu henpon tuh adalah sesuatu yang mustahil untuk dimiliki.

Bila salah sorang dah ada pakwe, yang lagik sorang dah meroyan, makan hati kalah couple clash. Maklum la, kawan dah ada buah hati, apa la kelas lagi lepak dengan member sama jantina.

Heh, kesah yang semacam diperbesarkan, tapi, tuh la hakikatnya.

Kajian sape tah, kalo tak silap ada terbaca dalam 'Aku Terima Nikahnya' katanya, perempuan yang salu disinonimkan dengan makhluk satu akal serta 9 emosi, apabila dah temui someone yang boleh memberi rasa selamat dan selesa - salunya husband atau calon husband - dorang akan memberikan seluruh tumpuan kat pasangan. Dan perlahan-lahan akan lepaskan atau abaikan ikatan-ikatan lain umpamanya persahabatan. Sebab perempuan yang dah berada dalam 'zon selamat' neh salunya merasakan life dorang dah complete dengan menumpukan sepenuh perhatian kepada pasangan dan life yang bakal dibina.

Sedangkan lelaki, tetap akan memelihara ikatan persahabatan walopon dah punya anak isteri.

Kenapa?

Entah la, cam dah lupa sebabnya, nanti la aku pikir balik. ^^

Justeru, pada sahabat-sahabat di luar sana, meh pakat-pakat jaga hati dan jiwa daripada nak sentap sesaje kononnya kawan dah tak pedulik frensip poreber tuh sebab dah pakwe doktor, tunang engineer, atau husband pakai Honda.

Biar kan jela deme bahagia dengan pasangan deme, sahabat-sahabat deme yang single lagik tuh pepandai la bawak diri, sila la terima hakikat bahawasanya sorang sahabat takkan mungkin boleh tandingi kedudukan sorang kekasih. ^^

Sila cari kekasih sendiri ye. Keke, ^^


P/S : Friendship = Friend + Ship, kata sorang teman.
Sampai sudah aku tak paham apa yang disampaikan. Friendship sangat tak terungkap ngan kekata, mungkin.

Isnin, 19 September 2011

Cerita Opis : Sambal Belacan

Hari yang asalnya tenang, tapi apala yang nak diharapkan sangat pada hari Isnin yang pemes dengan Monday sickness-nya.

Hari ni, hari yang boleh mendatangkan mudarat kepada hati. Maunya tidak, sampai lima nam orang komplen isu sama. Isu orang-orang kaya yang berlagak dengan kemampuan beli dulu-baru bayar deme. Ohh, seyes boleh meninggikan tekanan dalam pembuluh darah.

Isunya, statement kua since 11 Ogos, tapi 29 Ogos baru nak issue cek. Kendian bila dah lepas due date 31 Ogos bising-bising cakap orang tak wat keje.

Dah namanya cek sah-sah la paling koman pon 1-2 working days, atau standardnya 2-3 working days. Dan perlu kah buat satu kelas bahasa bahawasanya Sabtu Ahad atau Jumaat Sabtu bagi Pantai Timur, adalah hari cuti yang tak dikira selaku working days? Atau, perlu ke buat satu sesi khas di mana public holiday yang merangkumi hari-hari perayaan apa saja kaum di Mesia nih adalah jugak takkan mungkin dikira sebagai hari kerja?

Adeh, kadang nih la yang memberi motivasi untuk aku bergaduh. Heh, cam gagah sangat nak gaduh ngan orang. Tapi tuh la, antara-antara sisi-sisi menarik sesatu keje.
Nak taknak anggap jela cam sambal belacan yang pedas dan menitiskan ayer mata, tapi nak jugak makan.

Tanpa sambal belacan, apala excited nya makanan. Tsk~


P/S : Tapi seyes, hari yang macam-macam sampai kebulur lebih dari orang puasa tak sempat sahur!

Jumaat, 16 September 2011

Tart Nenas

Beberapa tahun nih beskut neh dah masuk list mesti-rasa bila raya.

Tart nenas yang ter-best adalah yang dibuat sendiri intinya, kulit plak lembut dan wangi. Selalunya kalo yang inti nenasnya tuh dibuat sendiri kaler dia ala-ala pucat compare dengan inti yang dah siap beli.

Ni cam yang buat sendiri intinya..


Alkisah tersukakan beskut neh bila makcik aku belajar buat beskut neh. Wahhh... tobat sedap. Tak ter-explain dengan kekata.

Selalunya setiap tahun sempat makan sampai puas, tapi tahun nih kebetulan makcik aku buat sikit je, dan aku pon balik sekejap je, lalu tak dempat puas makan. Maka meroyan la kat KL carik-carik beskut neh di mana-mana.

Tadi ada pasar jumaat, walopon cuma beberapa gerai ada dek hari nih cuti umum, tapi ada satu gerai jual tart nenas. RM15 untuk 50 bijik. Tanpa berlengah aku pon rembat la..



Dan cam diagak la, rasanya kurang fresh banding beskut buatan makcik aku. Tapi tape la, janji hilang kempunan. ^^


** Gambar ehsan Google

P/S : Hari tuh hosmet awak balik tart blueberry, sedap jugak. Comel je kaler pepel.

Sweet Escape : Sg Gabai

2nd trip ala-ala sweet escape, bersama Nerdy & Icy. Mentholyn tak berjaya menukar off, justeru tak dapat join trip kali nih.

Cuma takla sweet escape mana pun yang ni, mungkin boleh dikategorikan sebagai menikmati masa-masa off. Heh~ Planning pon masa dalam perjalanan ke Hulu Langat minggu ketiga puasa tempohari.

Kebetulan ternampak sign board ke Hutan Lipur, maka terus saja planning nak main air lepas raya. ^^

Jadi, walopun hanya berempat termasuk adik Nerdy, planning berjalan agak lancar.

Sebelum 0900 bertolak dari Taman Jaya, dan tak perasan la pukul brapa sampai memandangkan sangat excited. Sampai saja di Sg Gabai, memang masih tade sorang pengunjung pun. Parking free, park je la memana bawah pokok tuh. Dan nak masuk bayar RM1 per head.

Sangat cantik, bersih, dan air terjunnya sangat tinggi. Terasa cam panjat anak tangga kat kuil Batu Caves untuk tiba ke atas - yang lebih seronok untuk mandi manda.

Slide~ Yuhuuu


Sepanjang pendakian ada beberapa pondok disediakan, rasanya memang untuk tujuan melepaskan penat lelah sementara kumpul tenaga panjat lagi anak tangga. Hoh~
Dan, rasanya kali pertama aku tengok ada guni-guni besar disediakan di kebanyakan tempat untuk membuang sampah. Walaupun cuma guni, namun sekurang-kurangnya boleh memuatkan sampah-sampah cam plastik atau botol-botol air.

Tak heran la, kawasan sekitar memang bersih dari sebarang plastik sampah dan seumpama dengannya.

Pendek kata, andai bawak famili dari kampung sekalipun, boleh berbangga dengan kebersihan kat situ.

Hari bekerja, pagi-pagi plak tuh, memang tade orang. Maka tempat tuh cam kitorang la punya. Dan kali nih melepas gian slide sepuas hati, balas dendam tak boleh slide kat Tambun tempohari.



Lepas azan zohor baru la kitorang gerak balik. Masa tuh baru la ramai pengunjung sampai. Ada yang datang berfamili-famili. Dari yang kecik cinonit atas dukung sampai la atuk-atuk.

Kat situ ada dua tandas yang disediakan. Kat bawah, dekat ngan tempat masuk, satu lagi kat tempat kitorang mandi. Yang kat bawah tu tatau sebab aku tak masuk, tapi yang kat atas tuh agak kurang selesa la, pintu kebanyakan takleh dikunci dari dalam.

Tapi kesimpulan trip kali nih, memang berbaloi.

Bajet : bekfes - sosej, nugget & handmade sandwich, air, serta minyak, setiap sorang Rm6.50.

Seronok~!


P/S : Trip ngan hosmet masih dalam perbincangan tapi ada ura-ura nak ke air terjun jugak. Walla~

Cerita Opis : Caller

Petang semalam hujan, lebat tuh tidak, tapi langsung tak berenti sampai ke malam. Justeru bertemankan Cik Tenuk yang bertayar dua tu sah-sah la lencun. Malangnya plak, baju lak kaler ala-ala lembut gituh, cuma nasib baiknya kain jenis tebal sket, buatnya pakai cotton maka masakla.

Kebetulan plak, meter minyak dah menyala-nyala merah. Terpaksa la berenti di stesen minyak memana, dengan separuh lencun. Aisehh..

Sampai rumah plak atas sebab-sebab tertentu maka lambat mandi plak, akibatnya hari nih pepagi lagi dah ada aura-aura demam. Justeru, call pertama disambut dengan suara ala-ala sengau.

Baru je nak mintak nomo IC dah si caller tanya soklan non-related-yang-sah-sah-sepatutnya-tak-leh-jawab.

"Miss, you have flu ah? Your voice__"

"Ah, y-yes. Im sorry miss."
Mute sekejap, batuk-batuk.

"Ahhh... because the weather ahhh... yesterday raining-raining.."

"Y-Yes, miss,"

"You ah.. taking care of yourself__"

Hah, 1st time ada yang concern camnih, tapi soklan tuh sebenarnya buat aku terpikir apakah sengau melampau suara aku sampai boleh cam?

Hari nih, hari dapat soklan-non-related-serbasalah-nak-jawab agaknya.

Last call plak, sebab ada sikit pengiraan, sambil aku tekan-tekan kalkulator klasik tuh caller pon bersuara - bosan agaknya senyap lima nam saat.

"Cik nih orang KL ke?"

Kerana closed question maka senang la nak jawab.

"Tak encik."

"Hsbis tuh cik orang mana?"

Aku dah tersenyum, payah btol, tak jawab karang katanya sombong. Jawab kang, dah consider melanggar tatasusila ke-professional-an akunyer position yang kununnya sungguh professional neh.

"Kejap ye encik, saya kira jap."

"ooh, ok-ok."

Bila dah nak setel, aku tanya soklan penghabisan, ada pape lagik?

"Ahh... Cik, Cik neh orang mana?"

Aigoo...



P/S : Selamat Hari Mesia & Hari Merdeka~
Aku sambut cam biasa - di tempat keje. ^^

Selasa, 13 September 2011

Tarikh

Kesinambungan kepada entry special neh, rupanya ada kesah menarik di sebalik senyum berseri cik SS di hari pertunangan beliau.

Kerana cik SS adalah sorang yang punya koleksi kekawan keliling pinggang, dan beliau juga adalah sorang yang akan sedaya cuba memenuhi undangan kekawannya, maka tatkala hari bahagia beliau ramai la kekawan yang dah dijemput. Besar la harapannya agar kekawan beliau dapat hadir terutama member kamceng beliau.

Namun, kerana takdir hanya berlaku dengan izin-Nya, walau macamana berusaha sekalipun, apabila ia dah ditakdirkan takkan berlaku, maka itu la keputusan yang takkan mungkin tergugah.

Justeru, salah sorang member cik SS, meski dah dimaklumkan majlis adalah pada raya ke4, macamanapon dah tersalah menyangka majlis adalah pada hari Ahad walhal raya ke4 adalah Jumaat. Jika Ahad maka tak mampu la beliau ke sana kerana sudah perlu bertolak balik ke Perak kerana Isnin sekolah dah pon bukak.

Sorang lagi kawan cik SS plak, set dengan betul bahawasanya majlis adalah pada raya ke4, namun pada raya ke3, beliau terkeliru dengan pertanyaan salah sorang member sehingga menyangka majlis cik SS adalah pada hari tersebut. Maka, pada raya ke4, beliau pun bersenang lenang beraya hingga terlupa nak sahkan sendirik dengan puan punya badan bilakah majlis sebenar.

Justeru agak kuciwa la cik SS sampai dengar kata bersendu syahdu jugak. Tsk~

Jangan risau ye cik SS, kawen kang gtau awal-awal, beta cop off siap-siap naa.


P/S : Sabtu neh salah sorang member satu Asasi lak kawen, Selamat Berbahagia la gamaknya dan mintak maap la, beta keje pada hari tersebut, tak dapek hadirkan diri ye.

Jumaat, 9 September 2011

Kelija~

3 hari off berakhir dah pon. Maka esok akan memulakan keje cam biasa balik. Ecece.. feeling cam la cuti lama benar.

Justeru esok memang dah ada case yang mesti difollow up dengan jayanya, yang mana kena bertabah sebab nak kenca caap dengan orang yang sungguh bergantung pada logik akal dia sorang saje.

Once dah pikir dia betul, meski orang lain jugak tak salah, tapi tetap sangat susah nak faham bahawasanya bukan dia saja sesatunya makhluk bernyawa atas muka bumi neh.

Fuh, berbelit kan ayat di atas?

Pendek kata, aku perlu bercakap dan menjelaskan perkara yang sama lagi sekali.

Ari nih adalah shoping mood. Dalam perjalanan balik ke rumah aku singgah Maju Junction, maka terbeli selai blaus. Kendian sambil lalu depan Sogo tersinggah Kedai Pakaian Murah kat tingkat satu yang gabung kedai dengan Sentuhan Jelita. Test tiga lai baju dan sambar selai lagi blaus.

Sambil jalan-jalan ke LRT Masjid Jamek, tersinggah satu kedai tudung, beli plak dua lai tudung. Aigoo..

Bila mood shopping datang aku akan shopping till drop. Oh, salah. Akan shopping sampai kepingan dalam purse menipis dan singgah ke mesin mencucuk dwet lagi sekali lalu habiskan jugak hasil cucukan yang tuh.


P/S : Tempahan kueh raya dah tade ke skang neh? Tingin lak nak order tart nenas sebekas dua.

Isnin, 5 September 2011

Special Entry : SS.AA - Congrate~

Ini kisah sorang teman yang selalu singgah di laman neh sama ada selaku silent reader mahupun sebagai watak utama entri-entri sendiri. Kisah usai tamat pengajian. Kisah si pingitan yang ketemu lorong teruskan perjalanan hidup yang tak hanya berakhir tatkala skrol ijazah digenggam.

SS. Beliau masih single hingga hujung tahun lepas.

Awal tahun ni apabila beliau mula mengajar selaku cikgu ganti beliau mula menerima risikan dari pelbagai arah. Persis drama Melayu bunyinya tapi bagi yang mengenali beliau memang sukar mengelak dari tertarik dengan personaliti yang sedia sebati.

Selaku sorang yang sentiasa jelas dengan kehendak, agak pelik bila beliau teragak untuk memberi jawapan paling tepat untuk soalan apakah belaiu masih available.

Dan setelah beberapa ketika beliau memberi jawapan jitu - single, but not available.

Hint kepada jawapan tersebut adalah AA.

Maka seluruh list kekawan beliau di mukabuku diselongkar, namun seyes susah untuk dikenal pasti kerana hint tersebut terlalu umum.

Hingga la, kira-kira dua bulan lepas, rezeki mempertemukan kitorang di kota ibu kota neh. Dan beliau bukan la berkeseorangan. Kali nih bersama AA-nya.

AA dan beliau?? Sekali pandang umpama samseng Kampung Dusun dan si pingitan penuh sopan. Kontra.

Tapi bila seharian bersama dorang, dari KL Sentral - KLIA - Putrajaya - KLIA - KL Sentral - Universiti, kontra tuh makin lama makin sirna. Heh, dah macam jigsaw puzzle, sana rongak sini coverkan, sini berlubang sana tampalkan.

Cuma, kata orang, andai kita sorang mulut bak bertih jagung, maka pasangan pasti sorang yang bak simpan emas dalam mulut. Petua yang satu nih tak berkesan untuk SS - AA neh.

Plot seterusnya apabila bahasa yang mula bertukar, dari aku-hang kepada awak-saya-penat-anak-tekak-aku-gelak, kepada satu hari raya yang menyaksikan keduanya menyarung persalinan serba kuning meraikan hubungan separa rasminya terikat.

Sorang di ceruk selatan negara, sorang lagi tah-hutan-mana-tengah-semenanjung, ironinya adalah sekampung. Justeru titik pertemuan adalah di kota ibu kota.

Selaku pemerhati dari jauh, aku ucapkan taniah pada dorang, semoga jodoh korang berpanjangan dan sentiasa dalam rahmat Tuhan.

Kata orang zaman bertunang banyak dugaannya, sila bertabah ye masing-masing.

Oh ya, walopon korang dah booking aku selaku mama angkat katanya pada bakal ana-anak korang andai ada rezeki nanti, sila maklum bahawasanya panggilan yang dibenarkan hanya kakak. No macik-macik.



P/S : Taniah jugak kat kembar SPASian sayer yang jugak mengikat tali pertunangan raya neh, mengejutkan sungguh anda neh ye. ^^

P/S/S : Planning asal nak taruk gambar macam-macam tak terlaksana dek asik poblem bila upload gambar. Senget sana sini, blur suka hati. Isk~

Jumaat, 2 September 2011

Kompleks Sukan Bukit Jalil

Dari Bukit Damansara ke Kampung Baru = Bangsar - KL Sentral - Masjid Jamek - Jalan Imbi - Jalan Tun Razak - Highway ke Kompleks Sukan Bukit Jalil - Kuala Lumpur - Jalan Tun Razak - Jalan Tun Perak - Kampung Baru.

 Ya... perjalanan yang tah berapa puluh km selama hampir dua jam. Gitu la natijahnya bila tiga pat tahun di bumi KL hanya reti naik public transport dan tetibe menggatal nak menunggang Cik Tenuk ke sana sini. Berbekalkan GPS yang tak reti-reti cari Kampung Baru atau Hospital Kuala Lumpur, maka main redah sesuka kaki menekan gear dan sesuka tangan memulas minyak maka tah ke mana-mana aku sampai.

Moral of story, rajin-rajin la belajar geografi. Takde la perabih dekat dua jam semata-mata menda yang leh sampai dalam doploh minit.

Alkisahnya, sekadar nak meneman adik aku yang baru saja nak balik beraya Rabu neh mencarik tiket, kononnya nak ajar beliau naik monorail la, STAR la, dan kerana baru habis keje maka mengada la nak ke rumah sewa adik aku yang letaknya depan pagar HKL dengan Cik Tenuk, mana la tau tah ke mana-mana aku sampai.

Tobat teringin nak menangis bila dan tersasar ke Kompleks Sukan Bukit Jalil, sudah la highway, tang mana saja nak u-turn. Terpaksa la meredah saja ke depan sambil menangis banjir-banjir dalam hati.

Setelah selamat tiba di perkarangan rumah sewa adik aku, kitorang pun berjemaah berjalan kaki ke stesen STAR Titiwangsa yang subhanallah jugak la nak sampai. Selamat beli tiket kitorang isi karung yang kelaparan, kendian jalan-jalan sampai ala-ala buhsan kat The Mall.

Dan selaku santapan mata serta lidah, singgah di Secret Recipe hadap Rasberi Chesse dan Black Forest.

Balik, dan bertemankan si Tenuk maka aku menempuh perjalanan balik. Alhamdulillah main redah akhirnya selamat sampai. Hoh, banyak pelajaran btol ari nih.

P/S : Erk... sebetulnya cane nak ke Kampung Baru?

Ahad, 28 Ogos 2011

Raya di Perantauan

Tajuk yang membawa maksud - takbir raya yang bakal kedengaran dalam perjalanan menuju ke kampung. Selagi blom cecah tangga rumah, consider di perantauan la tuh... Begitu la logik tajuk entry saya pada Ramadhan 28 neh.

Haip, siap ada explanation bagai pasal tajuk.

Hari ini yang merupakan ari off mungkin akan digunakan untuk berjalan-jalan sikit di Masjid Jamek atau di mana-mana yang boleh dicapai dengan public transport, itu pun bergantung pada tahap kerajinan la. Andai tak rajin maka akan duduk bersila di rumah tenung dinding saja.

Sebetulnya teringin nak makan beskut batang buruk. Wahh wahh. Tapi sepanjang puasa neh memang tak berkesempatan pun nak jenjalan kat mana-mana. Wahh wahh. Apa nak dikata, sepanjang puasa asyik dapat shift habis kul 1900, makanya sampai rumah saja dah azan maghrib. Asyik bukak puasa ngan angin je.

Justeru, teringin la nak bersesak-sesak sementara masih ada kesempatan neh, teringin jugak nak bawak balik kueh raya memandangkan tade bawak balik pape langsung kecuali diri dan perut.

Tapi seperti yang dimaklumkan, terpaksa merujuk kepada skala kerajinan. Sudah la ari nih bukak pose sesorang, hosmet terakhir dah pun selamat bergerak balik kampung sejam lepas. Aigoo~

Macam tak caye je puasa terakhir akan disambut di kota ibu kota neh. Terpaksa buat-buat tak sedar sebenarnya, karang tangkap syahdu sesorang haru je. Tapi tape la, sekurang-kurangnya bleh jugak balik raya walopun nanti tempoh ada kat rumah sesilap lagi kejap dari tempoh dalam bas, orang lain ada je kena keje pagi raya. yang tuh lagi syahdu apa.

Well, adik aku pun keje petang raya, aku bleh jugak merasa balik walopon ada kemungkinan hanya akan sampai menjelang zuhur hari raya.

Di kesempatan neh, nak ucapkan selamat hari raya, maap atas salah silap sama ada sedar atau tidak. Berhati-hati di hari raya, makan jangan sampai comot, nanti kena baju raya rugi. ^^

P/S : Uuuu yeah... esok malam akan bertolak, raya~!!

Sabtu, 27 Ogos 2011

Magis Manis Coklat

Coklat yang boleh memakbulkan hajat.
Hanya fikirkan apa yang diinginkan, makan coklat tersebut, dan tada.. it's yours.

Coklat~


Tapi, setiap perkara tentu saja ada bayarannya.

Untuk coklat yang special tentu saja bayarannya berbeza - sesuatu yang paling berharga akan diambil sebagai pertukaran.

Mungkin kecantikan, kekayaan, anggota badan, atau apa saja yang merupakan terpenting.

Umpama mitos si duyung yang menukarkan suaranya demi sepasang kaki.

Sinopsis yang menambat hati~

Menarik, tapi menakutkan.

Coklat yang sinonim dengan sesuatu yang indah, comel, penuh kecantikan, kelembutan, diperincikan dari sudut yang berbeza hingga terlihat misteri.

Magis Manis Coklat by MIZUHA Rino


Apabila hanya masa depan yang belum tentu dalam genggaman yang terbayang, apa saja syarat bukan penghalang. Cuma, yakinkah segala akan sesempurna apa yang diangankan?

Paling comel kat muka belakang ada brief description pasal jenis-jenis coklat yang ada dalam komik neh.

Khamis, 25 Ogos 2011

Hidden Charge^^

Sekarang sume menda boleh dapat hanya dengan berteleku depan lappy, kunyah kerepek bertemankan segelas coke, akses ke internet, dan baring-baring menekan-nekan keybod atau melarikan tikus ke sana sini.

Yang paling best tentu antaranya ialah shopping. Bagiyang mudah mencarik saiz, boleh saja klik blaus cantik serta kasut unik sana sini, bagi yang terasa trendy, boleh je jengah sesawang tayang macam-macam shawl, dan bagi yang berniaga pun boleh sesaja lepak sesama famili sambil uruskan bil itu ini.

Cuma, adakah sume yang gemarkan kemudahan shopping sambil melarikan jemari nih sedar tentang wujudnya hidden charge yang dinamakan dengan pelbagai nama, umpamanya admin fee, processing fee, atau pun, cross boarding fee?

Istilah hidden charge aku pakai kat sini sekadar menggambarkan, charge neh takkan muncul dalam invoice yang customer terima, sebaliknya hanya akan tertera pada penyata atau bil nanti.

Cemana charge camni boleh dikenakan tanpa pelanggan sedar sama sekali?

Andai korang perasan, dalam apa saja urusan, pasti ada Term & Condition atau T&C yang mesti diklik agree sebelum sebarang urusan dapat diteruskan. Soalnya, bape kerat gamaknya yang luangkan masa menatap segala T&C yang penuh istilah-sukar-hadam-font-kecik-cinonit tu? Selalunya 'I Agree" ditekan selaju mungkin untuk penjimatan masa dan menyelamatkan bijik mata dari merenung memenda cinonit camtuh.

Ironinya, kat situ la ada dinyatakan tentang hidden charge tersebut.

Heh, ada tips untuk tau bila masa akan dikenakan charge tuh. Contohnya, cross border fee selalunya 0.08% dari harga asal.

Katakan sepasang kasut berharga RM100. Dalam invoice memang akan tertayang tepat-tepat RM100, tapi dalam penyata akan ada beberapa short form yang menyatakan base merchant tersebut seterusnya jumlah sebenar adalah RM108, iaitu RM100 + RM8 cross border fee.

Cross border fee neh bila urusniaga dalam ringgit tapi kerana merchant based kat oversea umpamanya Apple yang based kadang kat Hong Kong, Singapore dan sebagainya, cross border fee neh memang sah-sah ada.

Justeru, untuk elak dari rasa tertipu di kemudian hari better semak balik kat manakah base merchant barang tuh.

Admin fee 1% plak adalah biasa, selalunya bila charged dalam matawang asing maka sah-sah la akan ada admin fee 1%, dan harganya akan berubah bergantung pada currency pada waktu pembelian barang tersebut.

Misalnya bagi pengguna iPhone atau iPad yang mendonlod memacam aplikasi. Harga yang tertera mungkin $1.99, tapi bila ditukar pada ringgit akan jadik RM3.20 yang mana sebetulnya jumlah tersebut adalah jumlah yang dah ditambah admin fee 1% tadi.

Currency hari neh 25082011 ialah USD 1= RM 2.91.

Ramai yang tak sedar dek kekecikan jurang jumlah tersebut, tapi andai diteliti, memang ada caj lain yang ditambah.

Walaupun beza hanya beberapa sen sekalipun, selaku pengguna, paling tidak akan terasa kurang berpuas hati.

Justeru, sila bertabah menghadam segala T&C terutama bila melibatkan jumlah yang besar.


P/S : Berbuih mulut mengulang tayang perkara sama hari nih~

Selasa, 23 Ogos 2011

SMO & PSI

Sesape yang pernah ke Kelantan dalam usia pelajarnya, tentu biasa dengan nama-nama kedai buku seperti Pustaka Seri Intan, Syarikat Muda Osman, Pustaka Johan, dan beberapa macam lagi.

Syarikat Muda Osman atau SMO antara yang paling lama bertapak, sejak aku masih bebudak sekolah rendah lagik. Awal sekolah menengah Pustaka Seri Intan atau PSI pula muncul. Pustaka Johan pula memang sezaman dengan SMO cuma mungkin kerana kedudukan yang kurang strategik maka kedai buku yang satu neh tak la sepemes mana berbanding SMO dan PSI yang bebetul sebelah stesen bas.

Sementara menunggu bas, kadang langkah sengaja dipanjangkan ke kedua-dua kedai nih, apatah lagi di hari panas terik, sekurang-kurangnya boleh la menyejukkan badan memandangkan kedua-duanya berair-cond. ^^

PSI dan SMO kedua-duanya sederhana besar, menyajikan pelbagai buku terkini, dan harganya pun lebih kurang sama. Bezanya, PSI kerap mengadakan sale, manakala SMO meskipun tanpa sale, kebanyakan buku-buku di situ akan diberikan potongan 10%. Seingat aku tak pernah pun aku bayar harga yang ditunjukkan di buku, sebaliknya pasti ada potongan 10%.

PSI pulak, andai ada sale boleh tahan gila jugak, kadang cecah 30%-40%, terutama untuk buku-buku lama.

Yang paling heaven adalah pilihan pen dan pensel mekanikal, atau lebih pemes dengan panggilan, pensel tekan.

Pilihan yang superb. Dari Kilometrico, Carera, Pilot, dan macam-macam jenama yang tak pernah dengar pun. Dari berharga 50 sen hingga lah lima nam ringgit sebatang.

Justeru, zaman belajar aku tak hadapi sebarang masalah untuk mencari buku, pembalut buku, alat tulis dan seangkatan dengannya. Cuma, keadaan sedikit berbeza apabila mula berada di KL. Terasa sangat sukar mencari walau sebatang pen yang bebetul aku suka.

Pilihan yang ada hanya koperasi. Dan, apalah yang ada di kedai cinonit dengan pilihan super terhad tuh.

MPH plak, tak berapa serasi dengan aku. Mungkin kerana terlalu besar dan aku sering hilang arah di dalamnya. ^^
Cakap jela aku memang suka sesat~ Lalala


P/S : Saya yang suka pen dan notepad. ^^

Jumaat, 19 Ogos 2011

Hang-Aku to Awak-Saya~

Referring to this entry, gambar yang diattach di situ sebetulnya gambar crop. Heh, kerana pada masa itu ada beberapa perkara yang masih blom pasti maka aku tamo la jadik tukang heboh dulu, kena tunggu tuan punya badan hebohkan sendirik dulu.

Makanya, di bawah aku sertakan gambar crop dan gambar asal. Takde la jauh mana bezanya pun. ^^



Cropped version~

Orinigal pic~ Sila pokes pada pasangan belah kanan~
*ish, apahal lak gmbr neh...mls upload lain. lalala~


Pasangan paling kanan tuh bakal separa rasmi terikat raya keempat nih andai tade aral insyaAllah. Kerana deme tuh adalah member-member, maka percakapan tuh mestila beraku-kau, atau kerana slang utara memasing, maka jadik la hang-aku.

Justeru aku dan beberapa lagik member sesaja la duk berbincang, apakah deme akan kekal berhang-aku cenggitu?

Tarikh gambar tersebut adalah Jun, dan hari nih ada rezeki jumpa lagi bebudak berdua tuh, perkara pertama selain kereta baru itu, yang aku kesan adalah perubahan kata ganti diri yang digunakan.

Tetibe je aku pasan bahawasanya bahasa dorang dah bunyik sedikit tak sama, dah ala-ala lembut bak ditiup bayu je. Dan bertukar, tade hang-hang dah, dah berawak-saya dah pulak.

Selaku member yang sungguh jujur, dan-dan tu jugak aku gelak sambil tepuk-tepuk cermin kete baru itu.

Ni baru dalam poses persiapan majlis deme, dah lepas raya nanti, aku rasa bahasa tuh akan berubah lagik sekali, mungkin akan membahasakan nama plak. ^^

Uit uit.. membahasakan nama? Keke~ Pikir je aku terasa nak gelak selama soploh minit tak berenti.


P/S : Pape pun, tahniah kat anda berdua. Oh, salah. Tahniah kepada awak-awak berdua. Keke~

Ahad, 14 Ogos 2011

Kisah Arjuna : Jalan Alternatif Gua Musang

Pontianak katanya berasal dari wanita mati beranak sulung. Justeru, satu masa dulu mayat wanita yang kehilangan nyawa tatkala bertarung melahirkan kandungannya pernah diazab dengan bermacam cara semata menghilangkan ketakutan masyarakat yang rata-rata masih jahil tentang iman dan Islam.

Antara yang paling popular adalah saat matinya bakal ibu bersama kandungan yang tak sempat dilahirkan, mulut jenazah tersebut akan disumbatkan dengan seketul emas, kononnya menghalang daripada menghilai panjang saat dibangkitkan semula selepas kematiannya. Malah, di ketiaknya juga diselitkan emas, beralasankan menghalang mayat yang bakal dibangunkan semula selaku makhluk menakutkan itu untuk terbang tinggi.

Dan beberapa pantang larang lagi yang nyata karut dan merapu.
Kisah pontianak bangun dari kubur, menghilai dan membunuh binatang ternakan pernah seketika menggerunkan seisi nusantara. Namun, bila arus modenisasi mula menular, perlahan-lahan isu itu mula dilupakan, hingga lah beberapa tahun ini kisah ini diperkatakan semula – difilemkan.

Hakikatnya, makhluk ini adakah bebenar wujud? Sesiapa pernah menemuinya?


Penghujung Julai 2011
Jalan alternatif Gua Musang
Senja


Arjuna bersama si ibu dan si ayah baru saja menghantar si adik ke salah satu IPG di Terengganu, dan berpandukan GPS yang kadangkala sedikit mereng beliau terpaksa melalui jalan Gua Musang.

Dalam perjalanan tetibe si Arjuna terasa sedikit pening, namun dek semangat jantan kononnya, beliau meredah juga perjalanan yang tinggal separuh. Lalu, di simpang tiga yang sepatutnya beliau terus sahaja untuk ke Kota Bharu, separa sedar haluan diubah, lantas laluan menghala – laluan alternatif ke Gua Musang.

Heh, bagi yang maklum, laluan sepanjang Chebong hanya ditemani hutan meninggi kiri dan kanan. Si ibu yang asalnya arif tentang hal itu bagaimanapun sekadar berdiam diri, dengan sangkaan si Arjuna maklum dengan jalan yang dilaluinya.

Lantaran itu, tatkala haluan diubah, si ibu sedikit tertanya namun malas menyoal.
Separuh perjalanan, hujung langit makin merah warnanya, menunjukkan waktu hampir maghrib. Waktu yang sama, ketiga-tiganya tetiba terpandangkan sebuah rumah kayu nun tersergam dalam hutan sana.

Persis kisah yang biasa didengari, rumah kayu yang agam, gagah berdiri, namun sekitarnya gelap, bak tak berpenghuni. Spooky mula terasa di mana-mana.

Si ayah yang gemarkan reka bentuk rumah kayu meminta perjalanan dijedakan seketika, teringin memerhatikan ruamh tersebut dengan lebih teliti katanya. Arjuna meski terasa sedikit keseraman sekadar menurut.

Tetibe juga kedengaran suara nan halus lagi panjang, seolah-olah sebuah hilaian. Tetapi si ayah berkeras mengatakan itu adalah bunyi decitan tayar kereta di jalanan.

Heh, di jalan nan sunyi sepi cenggitu?

Enggan berlama-lama, ketiga-tiganya segera meloloskan diri ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan.

Klimaks kisah nan panjang neh, apabila tetibe si Arjuna terasa pening semula dan kelopak matanya terasa berat. Mengantuk tiba-tiba menyapa. Namun malas memberhentikan perjalanan apatah lagi masih bertemankan belantara, minyak ditekan jugak.

Si ibu yang berada di seat belakang, yang sedari mula merasakan spooky di mana-mana, tiba-tiba terasa tangannya tersentuh sesuatu yang halus, lembut dan panjang. Dan sebaik pandangan ditelitikan, yang terbentang adalah seorang perempuan dengan rambut menggerbang sedang memaut leher si Arjuna dari belakang.

Heh, pontianak, kuntilanak, atau apa saja. Tapi itulah, makhluk seumpama perempuan berpakaian serba putih dengan kuku panjang dan rambut menggerbang.

Pontianak tersebut berambut hitam yang sangat panjang, menggerbang, dan sedang memeluk leher si Arjuna.

Si ibu yang walopon tergamam, masih sempat berdesis. “Binatang nih rupanya, aiseh.”
Lalu meraih keberanian yang masih ada, mata dipejam dan membaca Ummul Kitab serta Al Ikhlas tiga kali. Waktu mata dibuka semula, kelibat sang pontianak sudah pun hilang.

Waktu dikhabarkan tentang hal ini, Arjuna dengan bingung bertanya, bagaimana dia boleh menghala ke laluan yang tak pernah diambil?

P/S : Pontianak berambut hitam rupanya ye…

Sabtu, 6 Ogos 2011

Kita Merancang~

Banyak yang berlaku di luar perancangan, bak kata yang selalu diungkap, kita merancang Allah saja menentukan.

Meskipun cukup ramai yang maklum tentang hal ini, tapi cukup sikit yang sentiasa berwaspada akan berlakunya keadaan tuh secara tetibe.

Selaku manusia normalnya sangat tak gemarkan apa saja perancangan berubah di saat akhir, apatah lagi jika perubahan tersebut membawa kesan yang bukan sedikit pada mereka, sama ada secara lansung atau tidak.

Hari ni, lagi dua jam shift nak habis tetibe password aku revoked. Dan yang boleh reset password tersebut hanya bekerja pada weekdays. Justeru, no other choice, aku kena balik. Yang menyedihkan, dengan bertitlekan Emergency Leave aka EL. Tambah malang, esoknya jugak aku keje, maka jumlah EL terpaksa dipaksa tersebut adalah 2 hari. Tidakkkkkkk...............

Isk. Tuh la yang cuba aku elakkan. Kalo kat tempat lama, yang mana payment hanya berdasarkan hourly basis, EL bermaksud cuti tanpa gaji. Dah la tuh, akan bagi kesan tak cantik kat performance keje aku.

Sekarang, walopon EL tuh tak bagi kesan pape kat gaji sebab pakai monthly basic, tapi yang sangat menggerunkan adalah dua perkara.

Pertama, tolak jumlah Annual Leave, AL.
Gigih je aku tak amik AL sebab nak kumpul cuti balik kampung.

Kedua, sangat bagi kesan pada performance.
Sudah la aku neh masih dalam probation period lagik.

Nak nanes guling-guling rasanya.....

Tapi, bak kata orang jugak, everything happen for a reason.
*Baik... itu pinjaman lirik 2PM, keke.

Makanya, mungkin nih adalah masa untuk aku berehat, sebab sejak demam tiga pat hari lepas anak tekak aku still tak bape ok. Dan athu tak aku gigih menahan diri tal minum ais. Seksa sungguh.... *nanes lagi


P/S : Sila sehat tekak....

Rabu, 3 Ogos 2011

Pagi Hari~

Wohooo... pagi-pagi buta menaip.

Pagi nan ceria ini aku tak mampu nak sambung tidur cam selalu walopon keje lambat lagi, penangan tdo seharian semalam. Alkesahnya semalam yang merupakan off day, aku boleh demam tetibe.

Hoh, nasib baik demam tak teruk.

Justeru pagi neh dah agak ok. Malam tadi kena paksa makan panadol. Rumet nan baik ati bleh bagi ubat demam kaler biru. Haih, tobat pahit~
Apa spesies ubat tah...

Tapi pagi neh gamaknya dah semakin ok, terbukti apabila menghadap sahur dengan siap bertambah nasik. Heh, orang sehat pon makan ala kadar je pepagi buta, aku yang tak bape nak sehat boleh makan ngan berselera. Keke~

Act, hari nih agak nebes nak keje, arini implement sistem baru. Maka kemungkinan untuk aku terkial-kial agak besar. Walopon konon cam gigih study manual semalam (?) dan hari ni, tapi manual dan praktikal tobat la berbeza.

Maka hanya mampu tengok dan lihat saja la apa jadik arinih. InsyaAllah la tade unsur-unsur kejutan yang boleh memendekkan umur. Haih.


P/S : Surat cinta untuk Atok kiriman aku dah disiarkan, kelakar plak komen-komen kat situ.
Sah-sah la aku baca je, nak reply pape cam keseganan melampau je. Keke.
Lalalalala~

Selasa, 2 Ogos 2011

Balik~

2 Ramadhan, tak sabar menghitung hari nak balik kampung. Lalalala~

Ahad neh dah start cuti, puasa kat kampung, yuhuuu~

Puasa tahun nih agak mencabar gak la, sebab shift habis kul 1900, sampai je umah dah azan. Tapi at least orang lain ada gak yang keje sampai 2000, lagi sedih.

Raya kedua nanti salah sorang schoolmate merangkap senior akan melangsungkan majlis pernikahan, justeru puasa neh mesti sibuk buat beliau.

Maka dengan sukacitanya aku ucapkan selamat melangkah ke gerbang perkahwinan.

Perlu ke packing sekarang memandangkan arini je ada masa?

PACKINGGGGGGGGGGGGGGGGGG~
Lalalala....

Oh, mood ala-ala happy dalam demam mungkin disebabkan Mr Simple, comel btol lagu tuh.


Mr Simple by Super Junior
cr : LoveKpopSubs6


P/S : Lalalalala~

Ahad, 31 Julai 2011

Ramadhan

Esok puasa. Tau tau je dah puasa lagi. Cepat je putaran bumi keliling matahari.

Tahun macam biasa puasa lg di tempat sama dengan hosmet yang sama. Dah masuk tahaun ke berape tah.
Kalau ada beza sikit, salah sorang adik aku turut memulakan karier di KL neh ha. Tapi tatau akan punya kesempatan atau tidak bebukak sesame nnti.

Justeru aku mengambik kesempatan ucapkan selamat menyambut puasa. Sesame la memeriahkan puasa nih dengan serba aneka amalan baik.

P/S: Hari pertama puasa bukak puasa tengah jalan gamaknya...

Khamis, 21 Julai 2011

Orientation Session~

Seharian sesi orientasi kat HQ.

Hoh, sejak zaman dedulu sampai sekarang, aku antara yang tak sukakan sesi cenggini. Tak nafikan, sesi neh sangat membantu bagi junior, sama ada dalam sesi belajar, atau pun keje.

Tapi, sesi orientasi jugak adalah medan yang boleh mendatangkan trauma sepanjang hayat. Keadaan tuh boleh diakibatkan oleh certain senior yang bukan je suka membuli malah suka layan junior macam junior adalah spesies parasit yang berpotensi merosakkan bangsa dan tamadun.

Heh, cam senior yang super hebat segala tuh tak penah jadik newbie yang serba tatau.

Justeru, kerana kebanyakan pengalaman masa orientasi atau pape saja program yang dikendalikan senior mendatangkan kenangan serba ngilu, selalunya aku akan cuba mengelak atau kekadang dapat escape ngan jayanya. ^^

Tak kesah la dapat escape sebelum program bermula, atau semasa program berlangsung. Penah je zaman skol menengah aku sangat tak mampu bertoleransi dengan senior yang tak berenti provok peserta yang ada masa tuh tentang betapa kitorang tak reti bersyukur ngan kemudahan yang ada.

Kononnya zaman senior super Saiyan tuh bahan bacaan dan sumber kat library adalah sangat limited, berbanding zaman kitorang yang bahannya lebih banyak. Kata diorang para junior tak bersyukur tak reti maksimumkan penggunaan sumber yang ada.

Dorang pasang CCTV agaknya dalam library tuh dan spend masa tenung rakaman doploh pat jam sehari agaknya.

Dan takleh blah, masa dinner ada masalah sket, ada sket miscommunication antara dorang menyebabkan makanan je sampai, air lak takde. Maka ada la beberapa peserta yang bertanyakan minuman, sopan je kot tone dan gaya yang dipakai, tapi jawapan dari para senior super terer tuh sarkas ala-ala singa terlatih.

"Korang tak leh ke bersyukur apa yang ada??"
Sarkis, sarkas, sarkastik, plastik.

Hoh, susah ke explain je yang air sampai lambat sket. Tak suruh senyum dari telinga ke telinga sambil mintak maap berlagu-lagu syahdu pon, bagitau je apa jadi.

Kebetulan masa tuh aku ada sikit masalah gastrik, tetibe je sakit menyucuk-nyucuk. Maka aku mintak nak balik, tak tahan kononnya. Walhal lebih kepada tak tahan ngan dorang.

Jawapannya adalah, sila bertahan, program masih berjalan. Telan la apa ubat yang ada, saran diorang.

Sah-sah la jawapan tuh bukan jawapan yang saya perlukan.

Kerana itu zaman darah masih menggelegak, maka aku ngan bijaknya tepon bapak aku tengah malam tuh jugak, mintak beliau datang amik.

Waktu masa tuh? 2.30 pagi.

Kerana dini hari macam tuh bapak aku dah tidur, maka aku bertahan hingga subuh esok hari.

Lepas subuh jugak bapak aku datang, depan-depan senior aku seret beg balik. Tapi salah sorang senior super Saiyan berdiri depan aku, mata merah menyala-nyala. Kalo beliau adalah spesies maging, mungkin dah dibahamnya aku.

Heh, sempat bertekak. Kerana bapak aku agak jauh, maka beliau tatau apa terjadi. Yela, kitorang bertekak mulut je. Saling bertentang mata, berbalas-balas cakap. Pakai jurus dalaman je kata orang kampung.

Kesudahannya, tetentu la aku menang. Tuh pun sampai aku balik, mata senior tuh tajam merenung. Kalo mata tuh leh pancarkan laser dah lama terbakar kawasan tuh.

Mana taknya, turn aku provok beliau, berlenggang penuh gaya seret beg.

Aku yang sememangnya tak sukakan orientasi, makin bertambah-tambah rasa tak suka, dan orientasi terus kekal sebagai imej kelam yang menakutkan dalam ingatan.

Zaman asasi, kerana kedudukan asasi yang sangat la sejengkal dengan rumah, maka aku selalu berpeluang balik tanpa sempat orientasi bermula. Malah, zaman tuh aku lebih kenal batu kerikil kat jalan tar sepanjang asasi ke rumah dari muka-muka para senior.

Zaman keje, tak mampu nak lari. Kena la hadapi apa yang ada. Cuma zaman keje neh tak lalu la orang-orang besar tuh sume nak dera-dera junior. Justeru seharian neh dipenuhi dengan talk, talk, dan talk.

Sikit sebanyak masuk la otak, walopon tatau la input yang masuk tuh lebih banyak atau mungkin lagi sikit compare dengan sesi makan yang tak berenti.

Breakfast, nescafe/tea & kueh 2 jenis.
Minum pagi, nescafe/tea & mee goreng + karipap.
Lunch, nasik puteh, ayam masak merah, tauhu sambal, sayur, fishball soup, ulam, sambal belacan & air oren.
Minum petang, nescafe/tea & kueh 3 jenis.


P/S : ^^

Jamuan Puasa~

Salah sorang adik aku cakap, baby je yang tidur 10 jam ke atas. Dan beliau penah samakan aku ngan baby.

Sleeping Baby : Google

Tang tidur je. ^^

Salunya tdo ala-ala hibernate neh time off je. Tapi sesekali buat masa keje best jugak.

Sebelum kul 2000 tidur, bangun menjelang 0630. Keke~

Penat tang apakah tatau la.

2 hari lepas opis ada buat makan-makan. Mewah kot. Nasik apa tah, yang kaler-kaler pastu ada kismis-kismis bagai tuh, lauk siap ada 3 jenis ngan 1 sayur.

Ayam masak rendang, ikan bersos thai, udang masak merah ke masak sambal tah, yang pasti kaler merah. Sayur kubis bunga ngan brokoli. Kendian pencuci mulut lak tembikai susu. Air lak, iced lemon tea.

Iced lemon tea neh tak bape mesra kat anak tekak aku, tapi pas pekena segelas, balik keje tuh trus singgah kedai beli setin, dan masih selamat dalam peti ais sampai sekarang. ^^

Kata senior jamuan tuh jamuan nyambut puasa.

Perghhh. Jamuan sambut puasa camtuh, jamuan raya karang tatau la.


P/S : Dah mandikan si Tenuk petang tadi, dah syomelll~! ^^

Ahad, 17 Julai 2011

Cerita Pendek : Cerita Lapan

Last Part~

CERITA LAPAN


“Puan Salmiah, anak puan dah sedar!”
Bagai disimbah air dingin, mata Puan Salmiah terbuntang. Bibirnya terkunci, tapi langkah terus diperlebar. Ada setitis air hangat mengalir dari kelopak mata kirinya. Hatinya disapa sebak. Pilu dan kesyukuran berbaur jadi satu.
“Amirah, kau sedar juga.. mak dah takut separuh mati, siang malam mak berdoa mintak dipanjangkan umur kau nak…”
Tubuh Amirah diraihnya ke dalam pelukan. Dikucup kedua- dua belah pipinya, dahinya, ubun-ubunnya, lambang kasih ibu yang tiada tara. Esakan di mana-mana.
“Mak…kenapa Miera kat sini? Apa dah jadi? Kenapa kaki Miera macam ni mak?”
“Miera accident sayang. Kaki Miera patah, kena simen, tapi nanti boleh baik,” Puan Salmiah mengusap ubun-ubun anak kesayangannya. Dikirai-kirai rambut Amirah yang separas bahu.
“Miera mimpi macam-macam mak, ada suara…”
“Miera koma, seminggu.”

Amirah teringatkan daerah kontang yang ditempuhnya sepanjang komanya. Banyak benarnya. Dia pasti, itu petunjuk supaya dia belajar dari silapnya. Selama ini, Amirah memang seorang yang selalu menghambakan diri kepada nafsu ingin tahunya. Malah, dia bukanlah seorang yang tahu menghargai apa, atau sesiapa di sekelilingnya. Pengalaman aneh itu, seperti memberi ruang kepadanya untuk berubah.

Amirah terkenangkan Haslia. Serta merta dia dirundung sayu.


EPILOG

Masing- masing membisu tanpa bicara. Hanya angin yang berhembus malas. Haslia menoleh. Amirah masih kaku pada posisi yang sama.Haslia menarik nafas panjang lalu diluahkan perlahan. Cuba bertenang. Mengimbas- imbas semula luahan mereka beberapa detik tadi. Tiada apa lagi. Semuanya dah dikatakan. Lunas.

“Miera, saya mahu peluang kedua untuk persahabatan kita,” ujarnya dalam satu nafas. Jelas menyatakan hasrat yang tertanam.

Amirah masih pegun. Seketika dia memberanikan diri beradu pandang dengan Haslia.
“Selama ini saya hanya melihat setiap sesuatu dari sudut yang saya mahu, tapi hari ini, setelah memandang dengan mata hati, saya yakin, tak kira berapa banyak kita lakukan kesilapan, yang penting ialah mengakuinya, dan bertekad takkan ulangi kesilapan yang sama. Haslia, saya juga mahukan peluang kedua.”

Haslia terpempam. Huluran tangan Amirah disambutnya. Ada keikhlasan di saat menyalaminya erat.
Amirah…terima kasih kerana berubah akhirnya. Alhamdulillah hai Tuhan!



P/S : Benda neh tertulis apabila aku diminta jadik wakil kelas untuk sebuah pertandingan cerpen. Pertandingan tuh plak sebenarnya ada tema, HIJRAH.

Dan tatau macamana cerita neh menang tempat ketiga.

Sampai sekarang blom ada tajuk. Hoh~

Antara kali terakhir tulis cerpen, sekarang kematian idea trus. ^^

Jumaat, 15 Julai 2011

Flat 3A : A Review



cr : uploader

Flat 3A.

Tayangan hari nih. Asalnya cuak nak tengok, sebab takut sama je ngan cite-cite Melayu seram lain.

Tapi nampaknya RM11 dan off day hari nih berbaloi jugak.

Kalau sebuah movie disamakan ngan sebatang pokok, maka cerita neh adalah sepohon yang banyak dahan. Filem neh fokus pada dahan demi dahan, yang mulanya kelihatan seolah-olah dahan-dahan dari pokok berlainan.

Cabarannya adakah dahan-dahan tuh boleh disatukan sebagai pokok yang sama yang berkongsi akar yang serupa.

Dan pengarah filem neh berjaya dalam cabaran tuh.

Filem neh kisah sepasang kekasih yang gugurkan kandungan luar nikah diorang, dan si perempuan yang dihantui rasa bersalah kerap nampak yang bukan-bukan, hingga la berpindah ke rumah baru.

Rumah baru tuh blok 4, tapi ada certain tempat no 4 tak digunakan, maka blok tuh namanya blok 3A.

Rumah yang disewa tuh plak adalah milik sorang bomoh pemes kat kawasan tuh, yang mana bomoh tuh tetibe hilangkan diri. Justeru penduduk kat situ pelik jugak cemana ada orang leh menyewa kat situ.

Bermula kat situ la, si perempuan tadi terjumpa ngan sorang budak pompuan masa gi buang sampah.

Budak pompuan tuh adalah budak yang hilang sejak 3 bulan sebelum tuh, yang mana sebenarnya dah mati pun.

Mak budak tuh plak, dah nyaris nak gila pon hari-hari tunggu orang pulangkan anak dia. Adik si ibu neh, adalah sorang yang berkebolehan bantu orang kerasukan dan seantara dengannya.

Memula aku pikir cite nih pon akan sama ngan cte lain gak, di mana scene yang baik lawan yang jahat akan berakhir dengan bacaan ayat suci kumat kamit, dan berakhir ngan bukaan tapak tangan dengan laungan Allahuakbar.

Tapi tidak. Ayat Quran dibaca ngan jelas, dan tak kesah la sama ada yang bacanya tuh memang pelakon tersebut atau dubbing, tapi kat situ ada bezanya. Kalo tak asal baca je mulut kumat kamit, tang baca mantera bukan-bukan gigih pokus kat mulut, berusaha sangat nak bagi penonton dengar memenda pelik tah pape tuh.

Dan pada satu babak mulanya jugak aku pikir cte nih adakah sama ngan cte Khurafat yang mana pokok pangkal kesah tersebut adalah kisah silam watak utama?

Tapi jugak tidak.

Cte neh adalah kisah yang boleh diterima akal. Bermula dengan kegilaan kepada harta, yang mengheret kepada perkembangan jalan cerita.

Personally aku menilai sesebuah cte adalah pada ending, yang mana andai endingnya boleh memberi jawapan pada hampir 2 jam berteleku dalam panggung nan sejuk, maka ia adalah cte yang baik bagi aku.

Apahalnya aku tengok cte nak release tension tetibe kua panggung masih pikir-pikir cemana nak kaitkan satu babak ngan babak lain, dah satu keje namanya.

Keke. ^^


P/S : Berapa bintang nak bagi? Heh, aku alergik bab-bab bintang neh.

Cerita Pendek : Cerita Enam

CERITA ENAM

- Sunyi, Amirah?
Suara ghaib itu terdengar semula. Amirah bingkas bangun, melilau- lilau.
- Berhenti mencari, Amirah. Aku di sini, seperti tadi, tapi kau takkan menemuiku, selagi kau tak mampu melihat dengan mata hati.
‘Mata hati?’
- Maukah kau dengar kicauan burung, desiran angin, aliran air? Maukah kau lihat alam yang berwarna- warni, dan hilangkan kabus ini? Maukah, Amirah? Maukah kau berteman, Amirah?
‘Aku mahu pulang…pulangkan seluruh hidup yang aku nikmati sebelum ini…aku merayu! Pulangkan aku ke tempat asal!’
Amirah memekik. Burung- burung yang sedang hinggap di ranting terkejut dan segera terbang menjauh.
- Belum fahamkah engkau, Amirah?
Diam. Hanya esakan kedengaran.
- Tadi, kau mendengar irama alam, bila kau mendengar bicaraku, dan aku mendengar ceritamu.
Senyap. Masih mengongoi minta dihantar pulang. Tapi dalam masa yang sama Amirah mula memasang telinga.
- Apabila kau bercerita, kau mahu orang mendengarnya. Begitu juga, apabila orang lain bercerita, kau harus mendengarnya. Inilah komunikasi. Sebaliknya, jika hanya seorang yang berbicara seenaknya, sedang yang lain harus membisu seribu kata, itu monolog ertinya. Kau hanya bermonolog, untuk dirimu!
Amirah tergamam. Kata- kata itu entah mengapa menusuk ke hatinya.
‘Jadi…apabila aku memaksa, dan kau terdiam, maksudnya aku perlu menghormati hak itu?’
- Benar. Seperti engkau, orang lain juga punyai rahsia yang mengaibkan untuk dikongsi kepada semua. Dan seperti engkau, orang lain juga benci didesak!
Amirah tertunduk.
‘Tapi aku selalu mendesak. Jika gagal, aku merajuk. Dan dengan itu, aku dapat memenuhi rasa ingin tahu tentang sesuatu.’
- Hahaha!
‘Aku selalu memalukan sahabat- sahabatku. Selalu mempergunakan mereka untuk kepentingan sendiri. Malah, aku tak mahu mereka lebih dari aku.’
- Hahaha!
‘Daerah kosong ini, seperti dunia yang aku cipta dalam diriku. Aku hanya melihat apa yang aku mahu lihat, dari sudut sendiri. Aku tak pernah mahu melihat dari pandangan orang lain.’
- Jalan lurus ini, adalah jalan yang kau lalui atas kelukaan orang lain. Kau selalu melukakan perasaan teman- temanmu, tapi kau tak mau menyedarinya, sebaliknya, kau selalu merasa terluka jika sahabatmu enggan menurut keinginanmu. Inilah jalan lurusmu, tanpa mau memahami orang di sekitarmu!

CERITA TUJUH

Penghujung 2005

“Saya pun tak sibuk- sibuk nak tau, kenapa pulak awak sibuk?! Lain kali buatlah lagi! Menyusahkan orang je tau tak! Bodoh!”

Bodoh!
Kata- kata itu terngiang- ngiang di telinganya sejak semalam. Malah, saat kertas Bahasa Arab bermula, Haslia masih mampu mendengar dengan jelas herdikan amarah Amirah.

Haslia gagal menahan dirinya dari terus mengepung sabar. Tiga hari yang sudah, Amirah kelihatan cukup sugul. Sepertinya terlalu memikirkan kewarasan perbuatan Liana terhadap mereka. Pernah beberapa kali, Haslia dan Sara terlihat Amirah menangis di bilik air. Matanya merah kesan tangisan, tapi Amirah menafikan apabila ditanya. Malah, Haslia perasan, Amirah mulai tak berselera menjamah makanan.

Pembacaan Haslia terganggu. Ketenangannya menelaah pelajaran demi menghadapi SPM yang sedang dijalani, tergugat. Haslia sedar, dia perlu melakukan sesuatu untuk memulihkan semangat Amirah. Dia mahu Amirah bangkit semula. Untuk Amirah, dia akan pastikan Liana berikan penjelasan yang sewajarnya kepada Amirah. Haslia nekad, walaupun sebenarnya dia meletakkan persahabatannya dengan Liana, malah persahabatannya dengan Amirah, dalam risiko.

Niatnya suci, cuma Haslia salah perkiraan. Malam itu, beberapa jam sebelum mereka berempat menghadapi subjek seterusnya dalam SPM, Sara mendedahkan kebenaran. Pahitnya kenyataan, bagai duri dalam daging. Walaupun melukakan, segalanya Haslia telan tanpa tangis. Hanya batinnya yang merintih sakit.

Rupanya selama ini, tangis Amirah, adalah kerana bencikan dirinya.Amirah memang seorang yang dimanjakan, maklumlah, satu- satunya anak perempuan. Mungkin kerana itu dia terdidik, tak siapa boleh melebihi kemampuannya. Sedangkan sepanjang SPM, Haslia kelihatan cukup tenang, walaupun hatinya tak lepas bergelora bergelora bimbang. Seingat Haslia, Amirah pernah menangis di hadapannya, dan dia, lantas menarik tubuh gadis itu ke pelukannya. Hangat terasa tika air mata Amirah menitis ke bahunya.

Amirah…penghinaan apakah ini? Kau bencikan aku, tapi menangis di pelukanku? Lalu, untuk apa mempelawaku tinggal bersama menyewa di bilik ini jika dengan menatap wajahku bisa membius seluruh kesabaranmu?

Haslia gagal menemui jawapan.

Tiga bulan berlalu, sepantas kilat yang memancar bagi mereka yang berlumba- lumba dengan waktu. Sepanjang tiga bulan, Haslia bagai menokhtahkan hubungannya dengan Amirah. Seperti tiada ruang walau seinci untuk Amirah dalam dirinya. Bukan lagi gurisan yang mencalar, bahkan nyalaan yang membakar.

Siapa sangka, Amirah dan Liana kemudiannya sama- sama mendapat peluang melanjutkan pelajaran ke tempat yang sama, Pusat Matrikulasi Kulim, Kedah. Sara dan Kamilah bagaimanapun lebih senang memilih untuk meneruskan pengajian di tingkatan enam. Bagi mereka, Sijil Pelajaran Tinggi Malaysia (STPM) adalah matlamat sebenar. Haslia sebaliknya diterima masuk ke Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Indera Petra, dalam jurusan Diploma Syariah.

Persahabatan…siapa kata mampu berkekalan selamanya?