Last Part~
CERITA LAPAN
“Puan Salmiah, anak puan dah sedar!”
Bagai disimbah air dingin, mata Puan Salmiah terbuntang. Bibirnya terkunci, tapi langkah terus diperlebar. Ada setitis air hangat mengalir dari kelopak mata kirinya. Hatinya disapa sebak. Pilu dan kesyukuran berbaur jadi satu.
“Amirah, kau sedar juga.. mak dah takut separuh mati, siang malam mak berdoa mintak dipanjangkan umur kau nak…”
Tubuh Amirah diraihnya ke dalam pelukan. Dikucup kedua- dua belah pipinya, dahinya, ubun-ubunnya, lambang kasih ibu yang tiada tara. Esakan di mana-mana.
“Mak…kenapa Miera kat sini? Apa dah jadi? Kenapa kaki Miera macam ni mak?”
“Miera accident sayang. Kaki Miera patah, kena simen, tapi nanti boleh baik,” Puan Salmiah mengusap ubun-ubun anak kesayangannya. Dikirai-kirai rambut Amirah yang separas bahu.
“Miera mimpi macam-macam mak, ada suara…”
“Miera koma, seminggu.”
Amirah teringatkan daerah kontang yang ditempuhnya sepanjang komanya. Banyak benarnya. Dia pasti, itu petunjuk supaya dia belajar dari silapnya. Selama ini, Amirah memang seorang yang selalu menghambakan diri kepada nafsu ingin tahunya. Malah, dia bukanlah seorang yang tahu menghargai apa, atau sesiapa di sekelilingnya. Pengalaman aneh itu, seperti memberi ruang kepadanya untuk berubah.
Amirah terkenangkan Haslia. Serta merta dia dirundung sayu.
EPILOG
Masing- masing membisu tanpa bicara. Hanya angin yang berhembus malas. Haslia menoleh. Amirah masih kaku pada posisi yang sama.Haslia menarik nafas panjang lalu diluahkan perlahan. Cuba bertenang. Mengimbas- imbas semula luahan mereka beberapa detik tadi. Tiada apa lagi. Semuanya dah dikatakan. Lunas.
“Miera, saya mahu peluang kedua untuk persahabatan kita,” ujarnya dalam satu nafas. Jelas menyatakan hasrat yang tertanam.
Amirah masih pegun. Seketika dia memberanikan diri beradu pandang dengan Haslia.
“Selama ini saya hanya melihat setiap sesuatu dari sudut yang saya mahu, tapi hari ini, setelah memandang dengan mata hati, saya yakin, tak kira berapa banyak kita lakukan kesilapan, yang penting ialah mengakuinya, dan bertekad takkan ulangi kesilapan yang sama. Haslia, saya juga mahukan peluang kedua.”
Haslia terpempam. Huluran tangan Amirah disambutnya. Ada keikhlasan di saat menyalaminya erat.
Amirah…terima kasih kerana berubah akhirnya. Alhamdulillah hai Tuhan!
P/S : Benda neh tertulis apabila aku diminta jadik wakil kelas untuk sebuah pertandingan cerpen. Pertandingan tuh plak sebenarnya ada tema, HIJRAH.
Dan tatau macamana cerita neh menang tempat ketiga.
Sampai sekarang blom ada tajuk. Hoh~
Antara kali terakhir tulis cerpen, sekarang kematian idea trus. ^^
Tiada ulasan:
Catat Ulasan