Khamis, 7 Julai 2011

Kek Ooolalalalaa~

Secret Recipe. Sangat sinonim ngan cheese cake.

Tapi..... cam penah aku cakap, aku neh memang jakun sket. Aku cuma kenal Secret Recipe dalam beberapa tahun ni je. Tambahan lak famili aku jenis yang tak makan kek sangat. Maka takde la aku peduli pasal kedai kek bagai.

Kedai-kedai kek cam Muhibah, Cinta, antara yang femes dan senang didapati kalo kat tempat aku tuh.

Beza kek Secret Recipe dengan tempat lain?
Mesti la ada.

1. Paling ketara adalah harga.
Plus, tuh antara faktor utama nak berbelanja.
Satu slice Secret Recipe selalunya menyamai 2 slice kek lain.

2. Saiz
Yang nih tak la berbeza sangat, tapi sekiranya kek tuh mahal, maka saiznya akan lebih kecik.

3. Rasa
Nih pun antara yang paling ketara jugak.
Secret Recipe yang kadang-kadang kelihatan tak worth it ngan harga sehidangan makan tengahari akan terubat ngan rasanya.
Andai namanya Black Forest Cheese, terasa la Black Forest Cheesenya, andai tuh Blueberry Cheese, terasa la Blueberry Cheesenya, etc.

Jadik, decide. Nak pencuci mulut senilai makan tengahari dengan hiasan, rupa dan rasa yang complete, atau kek biasa-biasa saja.


Blueberry Cheese : Syedappppp~ ^^


Chocolate Indulgence : Terasa coklatnya~


Chocolate Strawberry : Too sweet even for Kelantanese like me... haha


Chocolate Chip Walnut : Kaya dengan walnut. Sesuai bagi penggemar kekacang tuh. Aku excluded.


pics cr : Secret Recipe


P/S : Heh, sesekali layan tekak dengan Secret Recipe apa salahnya. Hari-hari? Mampus muntah cheese.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pernah masuk sekali ja kot secret reciper. tu pon 5 thn lalu

nmEsfie berkata...

aku pon dh lama x masuk, singgah kiosk je. keke~