Rabu, 13 Julai 2011

Cuti & Cuti~

Baik, dah hampir pasti.

Raya nih alhamdulillah kak scheduler yang baik hati adjustkan jadual maka aku & budak-budak batch baru dapat jugak cuti 3 hari. Raya pertama, kedua ngan ketiga. Maka hampir pasti aku akan balik pada malam raya yang mana kemungkinan besar hanya akan tiba menjelang tengahari raya.

Tengahari pun tengahari la, paling tidak pon dapat balik.

Justeru, compulsory leave plak yang awalnya aku planning nak amik pada raya haji nih nanti tak kesampaian sebab cuti panjang hanya bleh diamik hingga hujung Oktober. Menjelang November takde sape leh bercuti panjang, maka aku decide untuk bercuti seminggu masa puasa.

Sekurang-kurangnya masa puasa tuh ada jugak ada adik beradik yang lain kat umah.

Hoh, masa kekecik asyik gaduh, dah tua-tua bangka camnih baru nak reti rindu lama tak jumpa.

Kali terakhir jumpa adik aku yang sorang tuh aku dah tak mampu ingat. Yang pasti beliau ada beli tepon baru, aku blom dapat tengok. Dan bulan soploh tahun lepas aku lak beli tipon Cap Singa Laut, pon beliau belom tengok.

Apakah kali terakhir jumpa beliau adalah raya puasa tahun lepas? Ottoke? Aigoo...

Tetiba ada sesi imbas kembali, situasi tengah bertekak, mak aku cakap, kekecik masa duk sesama neh, gaduh-gaduh-cakar-cakar, dah tua duk jauh-jauh nak cakap pun dah malu-malu sebab lama tak jumpa.

Masa tuh aku pikir, huh, tak dulik. Tak mungkin pon terjadik.

Huh, kena atas batang idum sekarang.


P/S : Lepas je dapat apply cuti tadi terus tade mood nak keje. Keke~

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

hehe
nasib ko mcm aku dulu

skang aku leh cuti raya seminggu... eh 9 hari. yahoooo

nmEsfie berkata...

haip, mana leh gelak...