Waah~! Sehari yang mengujakan hari neh.
Aku nak bercerita pasal keje.
Baru semalam, salah sorang colleague yang satu batch ngan aku, dapat customer sengal la sket. Kerana dia jugak sorang agent baru, maka ada banyak jugak la menda yang dia tak pasti. Justeru mulanya dia dah salah bagi maklumat, kendian dia mintak maaf dan betulkan balik.
Malangnya itu adalah customer yang sangat suka carik pasal, maka dia menyalahkan kawan aku tuh selaku sorang agent yang tak accurate. Mungkin tensen terpaksa handle customer tuh lebih sejam, kawan aku neh gi jumpa TL dan tanya apakah dia perlu letak jawatan?
Tak mungkin la, dah namanya orang maka buat silap adalah biasa. Dah admit, dah betulkan maklumat, cukup-cukup la. Kesian member aku pepening sebab tuh.
Hoh, baru semalam jugak dekat setengah jam nasihatkan member aku tuh sila bertabah, kononnya masih banyak pesel lagi orang yang bakal ditemui nanti.
Hari ni, hari aku lak kena nasihatkan diri sendiri untuk bertabah. Sebab hari nih adalah hari customer kerek-banyak-cekadak sedunia.
Setengah jam pertama dapat customer yang sungguh unbelievable. Rasa nak tenung telefon ngan pancaran laser sampai pecah pon ada.
Sama cam kawan aku, aku pon tak terlepas bagi info salah. Orang tanya lain aku cek lain. Bila dorang membebel-bebel baru la tersedar dah salah. Jadi apa lagi boleh buat, admit, mintak maaf dan betulkan.
Ada antaranya yang tanya sama ada aku neh baru ke, dan ngan tulus iklas aku bagitau aku memang baru.
Ada yang boleh terima, ada jugak yang cam customer tadi; sangat tak puas hati dan tanya, cemana aku leh salah cek? Aku reti wat keje tak, keje duduk je ke, tak reti wat keje ke, dan maca-macam lagi soklan-takleh-jawab ditanya.
Huh, bak kata trainer tempohari, telan saja la sume jadam tuh.
Tambah lak, aku baru je pon keje, pelajaran tuh sume.
Baru setengah jam hari nih, blom lagi jam-jam berikutnya.
Dan untuk kali pertama, selepas dua bulan keje, aku balik lambat setelkan kes yang ada. Huh, bajet baik. Keke, walhal sangat suka bersegera balik lupakan keje sume benda sebaik shift tamat.
Sampai GL lak tanya bila aku nak balik.
1 ulasan:
ko jgn jadi cerewet lak
ada masa ko jugak jadi customer tmpt lain. keke
Catat Ulasan