Rabu, 13 Julai 2011

Cerita Pendek : Cerita Lima

CERITA LIMA

Penghujung 2005

Pintu dihempas kasar. Berdentum bunyinya. Sara dan Kamilah saling berpandangan, kemudian sama-sama mengangkat bahu. Sekadar melihat tingkah Amirah yang tak ubah singa baru beranak. Menakutkan!
“Kenapa ni Has? Takde angin takde ribut, mengamuk apahal?” soal Sara.
Mereka baru saja selesai menghadapi kertas subjektif bagi subjek Pendidikan Syariah Islam, bagi Sijil Pelajaran Malaysia tahun itu.
“Soalan spot semalam… tak kena satu pun,” lambat- lambat Haslia menjawab.
Sara tergelak. Sinis.
“Berharap sangat dengan soalan ramalan, sape suruh!” bidasnya.
Tangannya lincah mengutip kertas- kertas yang bertebaran ditiup angin kipas. Disusunnya lalu ditindih dengan sebuah buku tebal.

Haslia terdiam. Dia sendiri setuju dengan pandangan Sara. Malah, saat Liana beria- ia mahu memberi soalan- soalan ramalan tersebut, dia bagai acuh tak acuh. Menerima hanya untuk menjaga hati Liana. Tapi, Amirah yang bersungguh- sungguh benar mahu dia memintanya dari Liana.

Gembira benar Amirah dengan soalan- soalan itu. Dia yakin dia pasti mampu skor A1 subjek tersebut. Cuma, kadang- kadang manusia terlupa. Kita yang merancang, tapi Allah juga yang menentukan.

Siapa sangka, soalan- soalan ramalan itu langsung tak mengenai sasaran. Sudahnya, Amirah marah- marah. Habis nama Liana diseranahnya. Haslia juga terasa tempiasnya. Cuma Haslia lebih tertanya- tanya, mengapa Liana begitu? Sengajakah dia, atau ada perkara yang tak siapa tau berlaku? Haslia nekad, dia perlukan kepastian.

Hening malam itu. Beberapa jam sebelumnya jerit pekik Amirah lantang kedengaran. Bilik yang dihuni empat anak gadis itu sepi kini. Semuanya gara- gara Haslia. Amirah pula menghilang entah ke mana.

Tiada ulasan: