Jumaat, 26 April 2013

It's War~!

Question.
Adakah hari ni hari sume orang buat pakatan untuk mencarik pasal dengan aku?

Lepas satu, satu carik gadoh.

Dari customer kepada branch staff & branch manager.

Uff~

Ia adalah pengalaman yang tinggi harapan supaya tak perlu berulang.

Tidak. Tidak. Jangan la berulang. Bateri ketabahan adalah semakin berkurangan. Tsk~


P/S: Peace no war wahai anda~!


Selasa, 23 April 2013

The Bomoh's Apprentice

Novel dalam bahasa asing pertama yang dibaca keseluruhannya.

The Bomoh's Apprentice by Goffrey S.Walker

Cerita yang best.



P/S: The 2nd book, wait for me.

Jumaat, 19 April 2013

Busana Pengantin

source: here

Comel kan?
Pada yang kawan saya yang dah beraura pengantin tuh, sila amik pot.
Sebab kan, macam comel jeh. ^^

Lalalalalala~





P/S: Tingin update blog tanpa ada isu. Lalalalala~

Khamis, 11 April 2013

Selasa, 9 April 2013

Face the Fact~

Face the fact dalam kamus aku ialah kena menerima apa saja kenyataan yang datang, kalo pon bukan dengan hati terbuka, tapi sekurang-kurangnya tidak ke tahap menafikan hakikat yang dah terpateri.

Cemanapon, selaku sorang manusia yang memangnya bersikap pelupa & kadang kala akal pikiran tak terkendali dengan sewajarnya maka sesekali prinsip tuh terlanggar jugak.

Justeru, setelah beberapa ketika kepeningan dengan macam-macam ilusi ketakutan dan kerisauan rekaan minda atas & bawah sedar, akhirnya sampai jugak di laluan yang sepatutnya. Alhamdulillah~

Lalu, tatkala ketakutan tuh didepani, dan apabila kerisauan yang fana tuh diketepikan, lantas jawapan pon terpapar.

Alhamdulillah sekali lagi, hakikat bahawasanya kenyataan adalah lebih manis dari mimpi, terbukti. Heh.

Bagaimanapon, moral of the story is, hobi baru berjalan-jalan bersama buku merah nampaknya harus dihentikan serta merta demi mengelak masalah yang sama berulang.
[ooo mummy can I continue I really love it~]

Kedua, rezeki yang ada mesti dinikmati seadanya - saving adalah penting, tapi saving sampai risau sepanjang masa adalah bukan caranya.

Ketiga, errr. Bai.



P/S: As always, bila serunuk, akan ada yang tak serunuk berlaku. Dan yang tak serunuk tuh adalah sesuatu yang bebetul tak serunuk. Shiro. Tapi tuh la, tak segalanya di bumi kekal. Sobsobsob~


Selasa, 2 April 2013

Korea Trip : Food

Ini adalah entry bergambar bertemakan makanan, sekian timekasih. ^^


Manjoo - 1st snack kat sana yang mesti cuba. Tepung bakar la lebih kurang [sukati jeh penjelasan sendirik hahaha] berintikan kastad. Syedap~! 3000won 12 bijik.


Hello Kitty Coffee House - sangat recommended. Sangat comel & sedap. Waffle dia pon sedap, tebal tapi rangup. Cafe Latte 4200 won, waffle dah lupa rege.


2nd day - mackerel grilled [btw ikannya blom sampai masa neh wahahaha]. Bagaimanapon gambar di atas hanya memperihalkan side dish yang sedap dan yummy~ Oh ye, air teh panas yang tak bape ada rasa ada disediakan. Area Insadong [kot.] 6000 atau 7000 won. Beta lupa mianhae.


Salah satu cafe latte yang diminum. Coffee Cojjee adalah JaeJoong JYJ's punya kedai. Sedap, tapi agak mahal. Bagaimanapon dah lupa harga tersebut, sekian. Oh ya, sesat-sesat untuk jumpa coffee house yang satu neh.


Shrimp beger kat Myeong-dong. Beberapa saja rasanya, tapi friesnya yang mana takde dalam gambar adalah agak sedap, lain dari fries biasa. 5000 won bersama fries & air berkarbonat. Ada jugak squid beger bagaimanapon tak sempat nak bedal member in crime punya sebab terlalu asyik makan dan bersembang.


Perhatian, ini hanya side dishes yang boleh direfill sampai ahjumma annoying asik mintak refill wheeee~
Ya, ikan goreng celup tepung tersebut bukanla main dish, itu adalah side dish. Sekian.
Dan oh ya, daun salad tak salad tuh adalah paling sedap. Nampak macam daun biasa taruk sos apakah tapi rasa ala-ala kerabu. Betul. Tak tipu langsung. Sangat sedap. Mnitak refill lebih tiga kali. Sekian.


Ini ialah main dish. Tofu sup aka sundubu jjigae. Haram tak suka tofu tapi bedal jugak. Erk, masalah di sini ialah, yang sedap tuh tak dapat dipastikan apakah main dish, atau side dishnya.


Coffee. Sekali lagi, sedap. Terutama bila HOT cafe latte diminum sambil berjalan-jalan dalam suhu 3-4 darjah celcius. Nyaman~


Nami Island - 5000 won. Nasik goncang. Nasik dalam bekas besi yang panas, dan dibekalkan bersama sepasang glove comel kaler oren celoreng tahan panas. Bekas besi yang mengandungi nasik putih, kimchi & telur digoncang digelek-gelek selama seminit, lalu dibuka dan di atas adalah hasilnya. 
Kesimpulan, sedap.


Masih Nami Island - snack. Pau inti kacang merah panas-panas. 1000won.


Rupa steam bun red bean. Sila sebut dengan betul, penat aku berlatih menyebut dengan tepat tanpa kesalahan tatabahasa dalam satu nafas. Jugak, sedap.


Snack lagi. Namdaemon. Jugak inti kacang merah. 1000 won. Sangat sedap.


Street snack jugak - Namdaemon. 1000 won. Inti brown sugar & cinnamon. Ada ala-ala pritzel Aunt Anne rasa dia.


Dinner. Sambal sotong dengan rasa yang sedap - sotong tersebut dibakar rasanya & Ikan bakar bersaiz besar serta sundubu jjigae. Sedap & murah - 19000 won.
Menu yang semata dalam hangul, tapi jangan risau kerana anda boleh berbahasa Inggeris dengan staffnya.
"You can speak English to me." kata salah sorang mamat waiter yang tinggi & muka tak berapa nak Korea pada kitorang yang termangu-mangu merenung menu di dinding.


Last dinner - kerana berada di area Itaewon pada malam terakhir maka terpaksa dinner kebab. Itaewon ada banyak restoren halal malangnya kebanyakan adalah makanan timur tengah yang tak berapa nak kena di tekak. Tapi hadap saja. Itu adalah kebab ayam bersama nasik. Sangat mengenyangkan.


Tamat entry bergambar bertemakan makanan. 




P/S: Saya sangat rindu street iced cafe latte di Namdaemon yang sangat sedappppp dan berharga 2500 won.

Mac~

Mac sepatutnya bulan yang mengujakan.

Cuma, perjalanan takdir bukan kita yang menentukan. Beberapa hari sebelum my very 1st oversea trip to South Korea, arwah nenek aku meninggal.

Dan dengan sedikit drama di ofis, aku akhirnya bercuti 13 hari berturut. 2 minggu.

Justeru, percutian yang sepatutnya penuh keterujaan dan ketakjuban di negara 4 musim tuh adalah sedikit sukar. 

Still, ia adalah antara pengalaman mahal & indah. 

Cuma, menunggu aku di bumi bertuah Malaysia, adalah keputusan untuk sekeping perjalanan yang takkan boleh diundur ke belakang.

Jawapan yang bukan semata 'ya' atau 'tidak', tapi penjelasan demi penjelasan yang memerlukan sungguh kompleks dan berselirat.


###########################################################


Highlight kepada entry yang selibut serabai neh adalah, neuron otak sedang kebuntuan.

Kalau la ia selogik 1 + 1 = 2. Atau semudah hukum tarikan graviti. Atau kalau payah sikit mungkin semacam sipir 24. 

Anything but this.

Bebetul One Shot neh. No turning back. 

Our life should be all about us, malangnya tak sume semudah tuh. Kerana manusia adalah hidup bermasyarakat. Aiyayayyaaayy~



P/S: Sila jangan botak berpikir.