Ahad, 29 Disember 2013

Siblings

I always say this, when one of siblings getting married, I cant help but feel bad. Not to mention the funny feeling they're taken from me.

But that's it. They wont stay single forever.  

Well, nothing much can be done. Accepting is always the best way.





P/S: March is only three months from now. Tsk~


Sabtu, 14 Disember 2013

Everland dalam Kenangan~

I miss Seoul, too.


Fresh tulip~


Everland~


Cute sheep~


3,500 won isn't cheap, but better than nothing to eat. But well, it was pretty tasty. Keke~


Uff... don't bother to ask, I did nothing wrong to ride this.


A very beautiful garden full of fresh tulip.


So pretty~

** All pic taken at Everland **


My very 1st oversea trip.

Tatau la sama ada taun depan masih boleh ber-oversea trip ke tidak. Highly unlikely jeh. But well, we'll see. Hehe~

Buat masa sekarang buku merah sedang dinafikan kewujudannya.




P/S: Saya suka kesejukkan Seoul~ Whee~

Rabu, 4 Disember 2013

Ahad, 1 Disember 2013

Wish

Once again, be careful of your wish.

Alkesahnya, pisang tak sepatutnya berbuah dua kali, cuma tuh la, manusia merancang Allah je yang tentukan. Lalu pisang pon kadang-kadang berbuah banyak kali jugak la.


####################################


Justeru, menerima apa adanya ia adalah lebih baik.





P/S: More time for myself I guess. Haha~



Selfish

Kadang-kadang perlu untuk pentingkan diri sendiri. Bak kata pepatah Melayu, buat baik berpada-pada. Berbuat baik tuh tak salah, malah digalakkan. Tapi bukanla ke tahap menyusahkan diri sendiri.

Dan, bukan la mudah untuk puaskan hati sume orang.
Well, mustahil mungkin.

Hakikatnya, ada sesetengah perkara mungkin patut biarkan saja Si Luncai dengan labu-labunya. Satu masa nanti, suatu masa yang ditakdirkan nanti, kenyataan sendiri yang akan tertampar tepat di wajah.

Waktu tu, ia mungkin semacam simbahan air dingin di subuh hari.

P/S: Sila bertabah~

Jumaat, 29 November 2013

Tingkap Johari

Tingkap Johari.

1. Saya tahu, mereka pon tahu.
2. Saya tahu, mereka tak tahu.
3. Saya tak tahu, mereka tahu.
4. Saya tak tahu, mereka pon tak tahu.

Salah satu topik kegemaran aku dalam subjek Kemahiran Hidup.

Realistik dan hampir tepat.


P/S: Kemahiran untuk hidup.

Ahad, 24 November 2013

Berani

Berani kerana benar.

Tapi keberanian tuh takkan datang camtuh jeh andai kebenaran tuh tamo diakui.

Lantas, ketakutan jugak yang akan beraja.

Justeru, berani kerana benar tu satu hal.
Berani mengaku kebenaran tuh pon lagi satu hal yang berbeza.




P/S: Tak la takut sangat, cuma tak berapa nak berani je. ^^

Selasa, 19 November 2013

So-called 'Innocent'

Sekali lagi, dilabel 'baik' serta 'sopan-santun penuh tatasusila' adalah kelakar.

Bak kata si bijak pandai, usah dinilai sebuah buku dari muka depannya. Malangnya, ada satu perkara yang dinamakan 'pandangan pertama' aka 'first impression' [macam buruk je bunyiknya dalam bahasa Melayu keke]. Selaku manusia yang memang selalunya akan menilai dari apa yang keliatan.
Dah namanya pon menilai pakai mata~keke

Gitu la life, sorang yang kelihatan gagah perkasa dari segenap segi, mungkin sorang yang penuh emosi dalam sesetengah perkara/keadaan, dan sebaliknya.

Dan bila apa yang fakta tu terbentang, itulah yang dikatakan yang aneh dan tak terjangka.

Sedang manusia memang suka menduga-duga sendiri tanpa cuba pahami apa sebenarnya yang tersirat. Dan kadang-kadang suka untuk mengharap yang bukan-bukan hingga kecewa sendiri bila harapan ranap bila saja kebenaran terpampang.


***********************************


Kesahnya, aku yang memang dikurniakan berair muka penuh inesen kerap disalahertikan. [tak pasal-pasal masuk kisah aku haha]

Konon spesies inesen yang putih bersih tatau pape yang perlukan guidance sepanjang masa, spesies yang redha apa saja adanya, spesies yang penyabar tentang apa saja, pendek kata spesies yang penuh suci nurani segalanya.

Lalu, bila perawakan sebenar sorang aku dipertontonkan, bukan sikit yang dulunya memanggil diri deme kawan, satu demi satu menjauhkan diri. Lagi best bila kawan jadi seteru.

Hanya kerana aku tak menepati piawaian watak anganan delusi deme.

Alkesahnya, ni adalah satu kekejaman aku depani sejak dulu. Funny fact.

Tu pasal orang kata jangan menilai sesape dari luaran, kan dah frust sorang-sorang. Dan frust-kan orang lain sama. Tak pasal-pasal aku kurang kawan kan. Sila simpati sekian timekasih.



************************************


Tapi, kerana aku percaya kelebihan dan kekurangan sesorang adalah pada titik/perkara yang sama, justeru dengan memanipulasi fakta neh, imej inesen adalah imej paling sesuai dipraktikkan di opis.

Justeru, demi memastikan segalanya kekal sempurna, pengiraan yang tepat adalah penting. Opismate & hosmet tak boleh dipertemukan, kalo tak sume imej inesen serba suci murni aku kat opis akan hilang ditelan kabus. ^^
Mampos hosmet aku gelak guling-guling kalau dengar opismate aku cakap aku senyap.

Kerana inesen tuh hanya apa yang terlihat, sedang hakikat yang tersimpan adalah sebaliknya. Wheeee~





P/S: Mixed feeling so ramble about nothing haha.

Sabtu, 16 November 2013

Saturday : 'No Plastic' Day

Dah lama jugak Sabtu diisytiharkan sebagai Hari Tanpa Beg Plastik. Rata-rata pasaraya menggalakkan penggunaan semula beg plastik dorang dan pelbagai insentif dibagi, dalam bentuk extra point dan sebagainya. Dalam masa yang sama dorang tetap mengeluarkan beg plastik untuk pengguna yang takde beg sendiri tapi dengan caj 20sen setiap satu.

Dua dalam satu, menyokong usaha kerajaan dalam meminimakan sampah berbentuk plastik dan menjana keuntungan lebih dalam satu masa yang sama. Kalau dah namanya bisnes. Keke~

Justeru, salunya aku dan bebudak rumah memang la mengelak untuk kua shopping barang rumah pada hari Sabtu, sama ada malas kena extra caj untuk beg plastik, ataupon memang malas nak bajet bape banyak beg plastik nak kena bawak memandangkan kitorang kalo shopping memang sah setroli penuh.

Jadi, tak penah la dapat tengok betapa berjayanya usaha kerajaan yang satu neh.

Cuma, hari ni bila kua [terpaksa kua katanya], singgah sebentar di Aeon Big (formerly known as Carrefour), keliatannya ramai yang bawak beg serba guna memasing

Kiranya, ada kesan jugak la Hari Tanpa Plastik neh. Walla~




P/S: Oh tukang menulis ni memang dah plan nak beli barang so memang bawak jah sesiap beg serbaguna sendirik ye. Kedekut 20sen. Lalalalal~

Jumaat, 15 November 2013

Herbalife & Kenyang

Oh tidak, aku bukan la pengedar Herbalife atau pape spesies protien shake nih. Nih adalah sekadar perkongsian sebuah pengalaman consume Herbalife.

Aku penah consume Herbalife, selama sebulan.

Diet bukan la penyebab pasalnya aku diet dan aku adalah ala-ala minyak dan air, tak berapa nak ngam.

Alasannya, adalah out of curiosity.

Aku sangat tertanya-tanya bebetul ke segelas protien shake boleh membekalkan rasa kenyang sepanjang hari. Macam propa jah.

So aku beli la satu. Satu je, masa tu berharga RM170. Sekarang memang dah naik sebab tak lama lepas aku beli tuh pon memang harga dah nak naik. Dan aku beli tuh pon beberapa tahun yang lepas.

Aku adalah orang yang agak mudah lapar. Justeru sangat teruja nak tau apa rasanya kenyang dengan hanya mengambil segelas Herbalife sebagai ganti sarapan dan segelas lagi sebagai ganti makan malam.

Dan ulalala. Beberapa hari pertama memang agak struggle sebab dah terbiasa makan kueh dua tiga ketul dan nescafe ais, perut agak berbunyi-bunyi jugak. Masuk hari keempat dan kelima dah terbiasa. Dan memang rasa perut penuh.

By the way antara syarat lain ialah kena minum air paling kurang 3 liter sehari. Cabaran terbesar buat aku yang memang la malas minum air kosong neh. Alasan minum air banyak-banyak ialah supaya protien yang diambik tuh dapat ditransport ke bahagian yang sepatutnya, kalau tak minum air kira sesia la amik proties shake tuh.

Kala tengahari boleh makan nasik macam biasa. Herbalife untuk malam dan pagi jeh. Dan sebotol tuh memang ngam-ngam untuk sebulan.

Memang ia mendatangkan satu perasaan sentiasa kenyang.

Yang mana memang la bagus untuk orang yang nak kurangkan berat. Memang berat aku turun sekilo dua dalam masa sebulan tuh. Without exercise langsung. Bermodalkan protien shake ganti breakfast & dinner. [sebenarnya asalkan protien shake tak kesah la atas nama jenama apa hasilnya memang agak lebih kurang bak kata Kevin Zahari tak pasal-pasal aku petik nama beliau kat sini mohon ampunnn.]

Cuma, aku kemudiannya memang stop terus.

Sebab selalu rasa kenyang, bila makan nasik dah tak rasa nikmat lagi. Nikmat makan semasa lapar dah takde.

Dan bila kua jalan-jalan teringin makan jajan, snack etc., perasaan tuh sume tak dapat dilayan lagik, sebab sentiasa rasa kenyang.

Itu la sesatunya sebab kenapa aku berenti consume Herbalife. Wheee~






P/S: Ini bukan entry promote Herbalife, sekian. Lalalala~


Selasa, 5 November 2013

Drama

Hidup ni umpama drama.

Cheesy line tetap diucapkan bila tiba masanya.

Plot berselirat dengan pelbagai watak tambahan aka picisan wujud di mana-mana.

Proses mendepani konflik dan usaha menyelesaikan masalah tetap ada.

Ya, bak drama dan novel.

Dan, bak drama, penonton pon ada. Keke~

Cuma, watak penyelamat atau watak cameo yang berperanan selaku penyelamat, tak datang-datang. Jadi, masih ada beza antara drama dan realiti katanya.




P/S: Eksaited & nervous dalam masa yang sama adalah scary.

Isnin, 4 November 2013

News

It's a news. Which I cant clarified whether it's a good news or a bad one.

Well, at the very least I can say it's definitely not a bad one. Wheee~



############################################


Aku memang la suka citer-citer misteri nusantara, seram-ngeri, thriller, epik dan seangkatan dengannya. Cuma, ia adalah suka selaku sorang penonton.

Bila mana unsur-unsur kejutan serta perkara tak terancang diterapkan selaku salah satu elemen dalam plot turun naik hidup sorang aku, ia adalah tidak seronok.

Walopon eksaited tuh tetap wujud, ia datang seriringnya nervous tahap dugong. Kenal tak dugong? Binatang besar yang kononnya dikaitkan dengan duyung nan mitos tuh.

Ya, key word kat sini adalah 'besar'.

Justeru, being me, aku tunggu dan tengok jahla. Walopon Allah jeh yang tau betapa menunggu tuh memerlukan kesabaran yang bukan sikit. Yang mana, sabar dan aku adalah sesuatu yang tak berapa nak ngam. Ulalalala~




P/S: Action do speaks louder than word. Tapi, gambar with caption is needed sometimes. Like... now?

Ahad, 3 November 2013

Too Much

Too much too handle in one time.

I might die of stress & surprises.

Dum-dum, because I actually don't really like surprises. Well, except for tonnes of money suddenly appeared in my account. Besides that, no, I don't like unexpected things.





P/S: I can see thousands of works waiting. Uff~

Rabu, 30 Oktober 2013

"Live is Never Fair"

Sesetengah orang memang perlu buat keje lebih dari yang lain. Dan obviously, ada yang lebih pakar tak buat keje dari siapkan tanggungjawab yang diberi bayaran setimpal setiap bulan.

Dan kata sesorang trainer ni, learn to accept things.

"Life is never fair." He said, casually.

Dari satu sudut, Islam ada qisas - nyawa dibalas nyawa. You scratched my back, I scratch yours.

Tapi, walopon dibenarkan membalas seperti mana kita diperlakukan, memaafkan adalah lebih baik.



********************************************


Mungkin, peringatan atau teguran bahawa aku kadang emosi dan tak professional dalam menguruskan sesetengah perkara adalah bersifat membina, dan berniat menyedarkan, adalah sekadar sesuatu yang ikhlas dari sorang yang aku hormat.

Mungkin, terlalu esktrem menegakkan so-called hak sorang aku, lidah lebih dulu lancang berkata-kata dengan mengabaikan rasional pikiran.

Well, moral of story, talk less you dum-dum. Well, no offense, because I'm pretty stupid sometimes. Or, always.




P/S: BUT still, don't dare put the blame on me when I did nothing wrong. Never underestimated a sleeping dragon.
Dragon sangatttttt... dragon fly. ^^

Going Downhill

Banyak benda sedang going downhill sekarang.

Yang mana lead kepada satu angan-angan.

RESIGN.










*****************************************************

Tapi, malangnya, carik keje bukanla sesenang carik cacing dalam tanah lembap. Carik keje kadang-kadang macam cari baju yang berkenan di hati di shopping kompleks.

Kadang jumpa, tapi takde kaler yang berkenan.
Kadang ada, tapi saiz pulak tak kena.
Kadang memang sume cantik, tapi tag rege pulak jadik penghalang.

Justeru, duduk diam-diam kat rumah sambil menenangkan jiwa mungkin salah satu cara sebelum esok menahan rasa untuk terus bekerja.






P/S: Pi Sungai Kelantan korek mas bagus sket kot.

Selasa, 22 Oktober 2013

1st Step

1st step.

Setiap pape memerlukan langkah pertama. Dan melangkah kali pertama ke satu arah yang tak sape tahu apa kat depan adalah tak mudah.

Tak semudah disangka.

Dan tak seperti dijangka.

Kadang kat depan ada lorong berbeza yang memerlukan pilihan dan keputusan. Takkan boleh keduanya, hanya satu. Dan tak pernah sesape tahu dengan pasti yang mana satu yang lebih baik dari yang mana.

Umpamanya sebuah percaturan.

Hanya ada satu jawapan. Dan 'tidak' bukanla jawapan yang betul.



P/S: I did it, finally. But I'm curious what's the ending.

Korban & Lembu

Raya Haji yang seronok.

Err walopon hasrat nak amik gambar family tak kesampaian (jangan kata gambar family, selca diri sendiri pon takde sepanjang raya pertama), tapi raya pertama berjaya berada di kampung halaman di kala pagi raya.

Dannnn....... tengok lembu disembelih setelah sekian lama.

Ia adalah seronok.

Dan oh ya. Kali pertama jugak tengok anak buah baru. Err jujurnya aku pikir aku mungkin tak suka anak buah ni (sila jangan tanya kenapa lalalalala) tapi alkesahnya budak kecik nih tade dosa memang la tengok je pon dah suka. Tsk.

Beliau sangat comel, walopon tak secomel aku pastinya. Wheeee~


Proses merebahkan lembu.


Gigih pakcik sedara aku suruh amik gambar lembu sebelum disembelih. Yang ni sangat gagah perkasa, lebih lima kali try berdiri lepas disembelih. Semangat nak hidup yang sangat kuat, darah masih memancut-mancut tapi tetap gagah sampaikan tali pengikat kaki putus. Skeri jugak la.


Proses melapah.


Si kakak. Err... dan bapak beliau.



Baru perasan bahawasanya aku lupa amik gambar di kecik. 





P/S: Congrate pada yang bertunang tuh. Muaturun gambar adalah selepas kome nikah, sekian. Lalalalala~

Selasa, 15 Oktober 2013

Magis : A Review

As expected, buku RAM ni memang kena baca tanpa gangguan. Lalu aku pon baca la sambil tunggu pukul 5 pagi menjelang. Tsk.

Magis, 5 watak utama dipertemukan di hujung usia dunia, lebih kurang 200 tahun akan datang.

Boleh tahan berat jugak tema karya RAM yang ni. Bagi yang tak follow tulisan beliau sebelum ni memang akan mengalami kebejatan minda untuk paham inside connection sesatu watak tu.

Dari satu demi satu watak bertemu, dan akhirnya bertempur sesama, perincian yang paling kurang sepatutnya dalam masa beberapa minggu tu - sebetulnya hanya dalam masa beberapa saat.

Walopon Magis hanya semata-mata imaginasi, pokok pangkalnya tade yang mustahil. Kun fayakun.

Personally aku suka watak Carlos, dan berjaya tamatkan buku ni dengan senyuman sebab finally beliau sedar diri jugak. Keke~

Oh, scene Juvia menyerang orang-orang bapaknya sendiri persis watak awek Rayyan yang khianati bapaknya jugak. Dan aku membayangkan ia berlaku di kawasan yang lebih kurang sama - tanah tandus & kering.

Dan, ending di mana watak Mikhail & Ryu dipertemukan adalah sangat epik.

P/S: Satu jah aku nak komplen. Motip next buku pasal Sunan lagi? Uff...

Isnin, 14 Oktober 2013

Selamat Hari Raya!!

Samat Raya Haji.

Tahun ni aku tak balik malam raya macam tahun-tahun sudah. Serik kesahnya. Konon sangat serikkk..

Aci balik malam raya je, sampai mesti lepas orang dah setel lapah daging. Ada la pukul 1130am ke, 1200pm ke baru sampai.

Naik la bas pukul 9.00 malam ke, 10.00 malam ke, 1.00 pagi ke, memang sampai rumah orang dah bersiap nak semayang zohor.

Justeru tahun nih aku aku balik di kala pagi raya, dengan flight ekeke. Nasib baik la Air Asia murah, kalo tak memang naik jela bas patbelas jam.

Kalo sempat mungkin bleh semayang raya esok pagi. Kalau dan la. Haha~




P/S: Raya!!


Khamis, 10 Oktober 2013

Seronok : A Review

Ini buku FIXI - penerbitan yang para penulisnya bebas berkarya tentang apa saja. 'Apa saja' yang bermaksud sepenuhnya APA SAJA.


Seronok - Saat Omar



Penulisnya Saat Omar - yang aku tak pasti gender beliau.

Buku ni adalah menakutkan, dan berkemungkinan mendatangkan trauma kalau temanya gagal dihadam bebetul. Keseraman yang tak serupa dek buku thriller atau buku kesah hantu, setan & iblis, serta ilmu-ilmu hitam bagai.

Ini ketakutan yang bakal menyebabkan berdirinya bulu roma dan berlakunya perpeluhan dingin. Ngggg~

Ia kisah sorang penyiasat persendirian yang punya degree yang sepatutnya membolehkan beliau jadi sorang seniman - pelakon, penyanyi, penulis skrip - atau apa saja yang berkaitan seni dan karya.

Watak utamanya sendiri adalah hakikat kecelaruan lepasan SPM dengan keputusan yang tak berwarna pelangi di mana main sauk apa saja kursus di universiti asalkan berjaya genggam segulung ijazah.

Keseluruhannya, ini adalah berkenaan kecenderungan menyukai kaum sejenis aka gay. Lesbian tak diketengahkan dalam kes ni.

Kalau rasa tak mampu menerima wujudnya golongan semacam ni maka suka aku nasihatkan sila skip buku ni.

Tapi, suka atau tidak, benci atau jijik, golongan semacam ni memang ada. Sama ada dorang ni hanyut dengan kencenderungan yang tak sepatutnya tu, cuba melawan dan cuba berubah kepada straight, atau terima saja selaku satu cubaan untuk dorang.

Ketiga-tiganya ada dalam SERONOK.

Amirul, si penyiasat persendirian yang enjoy dengan kecenderungan salahnya.
Bakar, si pelakon drama yang famous yang cuba berubah dengan mengahwini sorang waitress di salah satu club yang salu dikunjunginya.
 Sazali, college student yang menerima apa saja adanya.

Uh-oh, secara peribadinya aku suka watak cool mak Amirul. Sangat cool dan tak memaksa anak dia kawen dan seumpamanya sepertimana mak-mak biasanya buat bila anak-anak depa dah 30-an tak kawen-kawen.

Tapi ayatnya cukup macho, "__jangan sampai mak hilang sabar dan pinangkan mana-mana anak dara kat kampung ni untuk kau."

Oh-oh-oh! Ada satu problem dengan jalan cte SERONOK. Agak-agak kat tetengah buku, plot dia tetibe menjunam. Memang boleh dikatakan tak naik-naik sampai mood nak sambung baca agak ke laut.

Justeru, sila baca time lapang, dan sila makan jajan sambil makan. Err... tapi bahaya jugak makan sambil baca buku ni. Uff.



P/S: ~

Isnin, 7 Oktober 2013

Monday Blues

Saya arif dan saya maklum, Senin adalah hari yang kurang digemari.

Selain hujung minggu baru saja habis, kena start hadap keje yang belambak-lambak-sampai-mati-pon-tak-habis, dan kena pakai kain baju formal beserta kasut keletuk-keletak, Senin adalah hari yang memang paling tak disukai golongan yang bergelar pekerja.

Tapi, orang lain pon syahdu jugak di kala Senin menjelang tiba. Tak payah la extreme sangat sampai orang yang tak bersalah sekadar merenung ke depan lalu terpandang anda yang sedang menapak terus dihadiahkan jelingan maut barang sedas dua.

Ia adalah awkward tau tak.

Lepas tuh konon nak cover rasa bersalah tersebut dengan lalu lagi sekali dan buat-buat angguk kepala kononnya ada-pape-kah.

Oh no no no. Terlambat itu sume.

Anda adalah sorang yang scary sebab suka moody. Tsk.





P/S: Semoga akan ada satu hari di mana orang itu ber-mood macam orang lain. Lepas tu ada hati tanya kenapa takut dengan beliau.
Yo! Beliau memang tak makan orang tapi sekali tengok ala-ala macam makan orang. Sekian.


P/S/S: Entry mengutuk orang. Lalalalala~

Ahad, 6 Oktober 2013

BlogWalking~

Baik. Dah start balik peel menerjah blog secara bacaan senyap.

Uff... kalo dah start memang tak reti nak stop.

Yaaaa..... aku memang la salah sorang pembaca senyap di luar sana yang suka follow sesatu blog lalu dengan gigihnya membeklog entry deme dari yang latest sampai la entry pertama blog tersebut.

Ada yang aku terus follow sebaik habis entry pertama. Ada yang aku baca save link dulu, baca berhari-hari (ala-ala budak study time minggu study) baru follow.

Uh-oh, dan sekiranya deme ada blogger pemes aku memang tak prefer untuk deme perasan kewujudan aku supaya deme tak terterjah blog yang serba personal ini.

Kenapa? Haip.... dah nama blog personal, opkos la isi kandungannya terlebih merapu. Sekian saya yang segan wakaka.



P/S: Bai. Nak sambung jalan-jalan kat blog orang. Lalalalala~

Sabtu, 5 Oktober 2013

Minggu Penat

Finally.

Tamat minggu yang memenatkan neh. Err sebenarnya belom la tamat lagi pon, ada 3 customer nak kena tepon balik decline request deme. Ooo tidak saya tak suka menyampaikan berita buruk, tapi apa nak buat, bukan sume yang kita ndak boleh dapat kan.

Semoga-semoga inche budiman para customer memahami adanya.

Uh-oh. Perkara menarik minggu ni, lepas sekian lama ketemu lagi si kerempeng yang suka makan. Sejak dulu-dulu aku memang kagum dengan deme-deme berbadan kering kalah tiang letrik tapi tang makan kalah aku.

Perkara menarik kedua minggu ni, err.. sebenarnya tak menarik, tapi cerita sedih. Salah sorang member aku tersalah login ID orang lain, lalu dia dianggap tak datang keje.

Apakah itu sume.... jebal! Do something please, sila la buat sesuatu untuk selamatkan status beliau pada hari tersebut.

Baik, merapu takde point dah neh.




P/S: Motip shopping barang budak-budak kecik nak kena cecah satus, kain pasang aku pon baru nam hengget semeter?

Selasa, 1 Oktober 2013

Kerja

Kerja. Kerja. Dan kerja lagi.

Lately keje ni banyak sangat ye. Bila agak-agaknya nak kurang sikit & bagi beta can nak baca novel sambil goyang kaki makan gaji buta.

Pfft. Angan-angan melangit sangat kan.

Btw, antara sesi last team building hari tuh, salah sorang trainer tuh ada cakap, no such thing as loyalty kat sesatu company. Kalau dapat better offer with better benefit why hesitated. Gerak jelah. Tapi higher payment means higher commitment, sila terima kenyataan jelah.

Bak kata mak aku, merungut banyak keje jauh lebih baik dari merungut takde keje.

Dedua pon merungut, tapi at least yang bergelar pekerja nih ada satu hari dalam sebulan yang deme mampu tersenyum menatap angka-angka berganda dalam akaun.

Kata sang trainer, ingat lagikah kome betapa laju anggukan kome sanggup apa saja semata nak dapatkan kerja, walhal sekarang segala sumenya nak komplen berjela.

Ayat inche trainer yang satu tuh memang terus menusuk masuk ke tulang hitam.

Alkesahnya, walopon aku suka jugak berangan nak bertukar keje, tapi mengenangkan rezeki keje aku tak semudah orang lain, dan betapa payah  untuk dapatkan posisi sekarang neh, bertabah jahla.

Bak kata trainer lagik, at least senyum extra lebar sket setiap hujung Mac. Inspirasi katanya. Wheee~





P/S: Last month. Semoga sehat lagi 30 hari. Amin.

Selasa, 24 September 2013

Octo

Lagi pasal Team Building.

Salah satu misi (?) yang kitorang kena buat dalam Amazing Race la sangat hari kedua tuh, adalah kena melukis Octo. 

Tapi bukan sebarangan lukis la, marker pen tuh diikat dengan benang-benang yang bersimpul di hujungnya., ala-ala puppet show tuh. Peraturannya, tableh pegang kertas, kena pegang benang di bahagian yang disimpul aka bebetul hujung benang, sume orang kena pegang benang tuh, dan kena lukis seiras yang boleh dengan Octo yang diprint.

Comel perangai, dorang print yang comel, kitorang kena lukis sendiri-sendiri, reramai menggunakan puppet marker, huh.





Hasil lukisan kitorang bertujuh, comel kan?



Seyes aku rasa menda neh adalah mustahil nak buat, tapi kelakarnya bila siap comel la pulak. Keke~




P/S: Lalalalalala~






Sabtu, 21 September 2013

Team Building: River Crossing

Team Building-nya sehari setengah jah, dari pagi semalam 9.00am sampai 1.00pm tadi, tapi apakah perasaannya macam seminggu lamanya tak online mengadap lappy. Ish3~

Kerana xde sebarang expectation maka keseluruhan team building neh adalah seronok.

Paling best ialah so-called river crossing.

Pakai kadbod buat bot (nak eksen sikit kitorang punya bot paling ensem ohsem thanks to RM keke), pastuh kena menyeberang swimming pool. Tapi tak berkayuh ala-ala manja gituh memang takde harapan la nak lepas kan. Kesahnya berpaut dekat tali yang direntang antara kolam renang. Satu hujung ikat, lagi satu hujung kena ada orang buat-buat gagah perkasa tarik kasi tegang supaya penyeberang dapat menyeberang dengan selamat.

Part yang paling best ialah kena ada dua orang turun dalam kolam untuk tampung bot tuh sebelum berlepas(?), salah sorangnya adalah aku.

Alkesahnya zaman kekecik dulu teringin la sangat nak kolam renang, bila dah besar-besar tinggi plak tak naik-naik jadi katanya aku tak boleh turun nanti aku yang terbenam tak naik-naik.

Aku bagi moral of story dulu; sila la mendengar nasihat orang berpengalaman.

Memang aku terbenam, jengket hujung kaki pon air bebetul bawah hidung.




Sesatunya bot yang lain dari yang lain bak kata trainer. Kembang hidung sat hahahaha



Bot sedang menyeberang~



Proses penstabilan sebelum berlepas.



P/S: Walopon terbenam tak kira nak seronok jugak. Lalalala~





Rabu, 18 September 2013

Gambar

Raya haji nanti saya nak amik gambar famili.

Tahun ni macam kali pertama jah sume orang berkumpul ramai-ramai lepas kitorang memulakan kerjaya (kononnnn) memasing. Justeru saya nak amik gambar famili!

Tak penah ada, jeles huh.

Lepas tuh frame bebesar letak dekat ruang tamu.




P/S: Macam pat minggu lagi jah raya haji ni.... cepat la cepattt..

Selasa, 17 September 2013

Betrayal (?)

It hits me again. Uff~  

Being happy for other people isn't an easy task. Well at least it ISN'T for me.

Worse, this is the hardest ever.

Somehow it is similar to being betrayed by closest person ever.

Well, not that bad but close to it. Even if this has nothing to do with betrayal. 



P/S: Due to tensen katanya, malam ni hadap cheese & telur goreng lagi. LAGI. Tapi sedap la plak makan dengan paratha. Bila gigit kelihatan la lelehan cheese & telur... nyum! Wheee~


Isnin, 16 September 2013

Public Holiday : Makan Time~

16 Sept 2013 - my very 1st public holiday tahun neh~!

Dan sehari sebelumnya adalah off day, justeru ia adalah heaven~~

Atas pujukrayu ajakan kakashunny Ahad tuh kitorang ke Rembau, kenduri adik opismate beliau. Huh, kakashunny adalah sorang yang sangat rajin pi sume kenduri.

Dalam setengah jam nak sampai ke rumah kenduri kitorang asik lalu gerai-gerai cendol yang nampaknya sangat la best. Justeru, balik dari kenduri kitorang memang dah plan nak jugak singgah salah satu atau salah dua gerai-gerai tersebut.

Singgah la kat kedai cendol Leman Dawi.

Cendol Leman Dawi


Orang sedang beratur. Sume rupa baru balik kenduri jah~


Uff... sampai beratur orang, punya la ramai.

Owner, inche Leman Dawi adalah askar pencen & jangan terkujat tengok beliau bercakap tak berenti pasai sejarah dunia - err kalo datang sorang memang seriau jugak la.

Walopon nampak sangat menarik dengan keramaian orang dan boleh tambah cendol, air gula serta ais, malangnya tak lebih macam indah khabar dari rupa.

Cendol~


Cendolnya ada rasa kapur sket, dan air gulanya sangat la cair.

Aku amik cendol kacang & jagung RM2.50, rasa macam makan ABC tanpa susu dengan ais yang dah cair. Gitu la lebih kurang. Takla teruk sangat tapi mungkin expectation dah terlebih tinggi justeru agak kecewa la dengan rasa cendol itu.

Tamat pasal Rembau, di hari yang cuti umum neh serta kakashunny yang kali pertama jugak bercuti bersama-sama rakyat Malaysia nasib la keje untuk Jepun public holiday dorang sket keke justeru kitorang kononnya nak la pi makan kat Humble Chef - kedai pasta RM5 kat Plaza Damansara tuh aka sebelah opis aku hahaha - malangnya deme tutup pasai cuti umum.

Lalu kitorang ke SS15 Subang, hajat di hati nak singgah di Warung Bonda tapi mungkin belom bukak pasai masa tuh baru pukul 2 pm lantas kitorang pon singgah jah la kat Cilipadi.

Boleh tahan classy kedai dia bila masuk sebab ada bahagian dalam yang boleh tahan cozy. Ada wifi katanya tapi tatau la mana satu aku pon tak tanya pasai memang nak shoru jeh.

Yang recommended kat sini adalah kopi aisnya. Pekat kaw betol. Dan peliknya tak rasa kopi sangat, macam nak ala-ala neslo pon ya jugak, yang penting adalah sedap. ^^


Kopi ais (RM2.00)~


Kitorang order nasik goreng cilipadi (RM4.50) & nasik goreng seafood (RM6.00 kot~). Alkesahnya nasiknya sama je - ala-ala nasik goreng campak sayur kubis cincang sket pastuh campur telur - bezanya nasik goreng seafood tuh ada udang & sotong. Nasik goreng cilipadi lak penuh dengan cili potong. Kesimpulannya aku rasa nasik goreng kangkudang aku sedap sikit kot. Lol~

Sebenarnya ari Sabtu malam tuh kitorang dah pon ke SS15 Subang tuh, dinner katanya. Kat KStreet. Boleh tahan la makanannya, tapi yang penting sesekali boleh la, nak selalu-selalu makan kat situ bleh parkinson jugak la time bayar bil.


Shrimp Bibimbap - RM16.90

Honey Dew - RM7.90

Tips nak makan kat KStreet neh, sila la pi time kebuluq. Potion dia adalah besar di mana kalo lapar-lapar manja bibimbap tuh memang boleh makan dua orang. Tapi kalo makan dengan kakashunny boleh makan tiga orang.

Uh-oh, dan aku rasa kimchi dia tak bape sedap sangat banding dengan kekedai yang penah kitorang pi sebelum neh.


Last. Rupanya aku sempat snap sekeping gambar piza Papa John hari tuh. Nyumm~

Papa John's Pizza~




P/S: Makan adalah antara pengalaman paling berharga wheeee~

Sabtu, 14 September 2013

Pendirian?

Ini entry emo.

Pendirian adalah pegangan ala-ala jati diri yang tak sepatutnya berubah walo apa saja berlaku. Sebab, andai sesatu pendirian tuh bleh berubah, maka ia tak lagi layak dinamakan pendirian.

Ia seolah satu entiti yang tersebati dalam diri.

Walopon, dengan membelakangkan pendirian tuh tak la bermaksud menidakkan hukum apatah lagi menafikan kebenaran agama.

Tapi, ia adalah sesuatu pegangan yang sewajarnya membesar bersama seiring usia. Makin dewasa makin ia kukuh dalam jiwa.

Andai, keadaan begitu memaksa, sepertinya kebuluran, sedang yang terhidang hanya bangkai, pengecualian tuh perlu.

Tapi keadaan sekarang, apa daruratnya?

Mungkin ada penjelasan di sebalik sume perubahan drastik gini.
Mungkin memang ada sebab tertentu kenapa semudah tuh segalanya berubah.
Mungkin ada sesuatu yang tersembunyi lalu hanya aku yang gelap zulumat sorang-sorang tanpa paham apa sebetulnya terjadi.


#################################################


Adil bukan la kesamarataan, tapi ia adalah meletakkan hak pada yang sepatutnya.

Dan manusia, selamanya takkan adil.

Sampai bila-bila. Walau sape pon beliau.

Hingga la bila yang benar dibenarkan, dan yang salah diperjelaskan.





P/S: Ia adalah satu kejutan, Hingga speechless override semua yang ada.

Khamis, 12 September 2013

Katarsis : A Review

Katarsis by Anastasia Aemilia

Katarsis berdasarkan novel nih adalah proses meluahkan bebanan minda yang dijalani watak-wataknya demi melenyapkan trauma.

Trauma sorang pembunuh silam.
Trauma mangsa pembunuh bersiri.
Trauma pembunuh bersiri yang gilakan kesakitan.

Trauma masa dan dosa-dosa lalu.

Bermula dengan watak si Tara yang katanya sesatunya mangsa aka saksi yang terselamat dalam pembunuhan kejam sebuah keluarga - mangsa lain dibunuh dan dikerat/dipotong/dicincang hingga tak berbentuk mayat yang sempurna - sedang si Tara dikurung dalam sebuah kotak - sebijik macam kotak di cover novel - selama beberapa hari, nyaris mati dek keracunan karbon dioksida.

Buku neh agak berat, setiap watak ada peranan tersendiri - dan toksah sesekali kesiankan watak-watak yang kelihatan seolah mangsa keadaan.

Mangsa atau pemangsa, kedua-duanya ada sisi gelap tersendiri.

Uh-oh. Mungkin boleh kesiankan watak doktor tuh.

Tara sendiri adalah watak yang penuh dengan masalah mental sejak kecik - matang sebelum usia di mata masalah mental yang tak kelihatan menyebabkan watak ni kadang-kadang terlalu kejam - sama ada di usia kanak-kanak yang sepatutnya suci & inesen, atau di kala usianya menjangkau remaja - darah yang mengalir umpama hiburan yang mendatangkan satu keseronokan dalam ketakutan.

Watak Heru, yang sekali imbas sekadar berperanan saksi mata pembunuhan Moses oleh Tara, sebenarnya adalah tunjang penyebab plot berkembang. 

Ello yang muncul tiba-tiba jauh lebih kejam, mangsanya dipilih secara rawak, tiada pola tepat. Kegilaan untuk merasakan apa tuh kesakitan kerana watak neh tak punya deria untuk merasa erti sakit secara fizikal.

Terlalu banyak kegilaan dalam novel neh.

Jangan kome gila hilang akai baca buku neh sudah.




P/S: Aku kurang gemor buku terjemahan Indonesia sebab bahasanya tak agak nak sama dengan bahasa Melayu, tapi buku ni boleh la dikecualikan. Selain bahasa yang dah tak pelik sangat, jalan cerita adalah boleh layan. Jangan sampai ngigau malam sudah. ~

Rabu, 11 September 2013

Pizza~!!

Dinner pizza selama 3 hari berturut-turut.

Ahad lepas, pi melawat ex-rumet yang demam panas (aku masih percaya itu adalah demam lepas kawen - penat kawen, dan penat pindah, dan sebagainya la).

Beliau ada beli 2 kupon Papa John bernilai RM40 yang expired 2 hari lepas tuh. Dek demam panas yang kejap surut kejap datang balik lalu beliau dengan pasrahnya bagi jeh kat kakashunny.

Dan bila nak redeem kakashunny mesti la kena bawak orang yang mampu makan dalam kadar yang banyak, yang mana tidak lain tidak bukan adalah aku. [Tu pon ada hati nak makan sorang, makan nasik bungkus pon tak mampu habiskan sorang ada hati nak makan Papa John RM40 sorang-sorang. Pfft~]

On the way nak ke IOI Mall untuk redeem, kitorang terserempak hosmet yang baru balik keje, lalu kitorang seret sama pi redeem kupon.

Alkesah, hosmet kitorang tuh rupanya ada beli kupon yang sama - yang ni lagi dasat, beli RM60 - dan expired pada tarikh yang sama. Dan beliau langsung tak ingat!
Tapi yang tuh kena redeem kat Sunway Pyramid.

Lalu, esok malamnya lagi sekali pi redeem pizza lagi. Kali ni, masa nak keluar bertiga, kebetulan salah sorang hosmet lain balik, sama kes jugak, kitorang seret sesama pi Sunway demi menyelamatkan kupon dari ter-forfeited macam tuh je.

Malam ni, rumet aku yang sorang tuh asik menggelisah je kelaparan. Nak masak malas katanya, nak keluar pon tamo, lalu berura-ura untuk call Mc'D atau Domino saja.

Dan walo dah dua hari makan pizza, masih jugak nak call Domino.

Gitu la kesah cemana aku dinner pizza tiga hari berturut-turut.

Oh, minggu depan mungkin call Domino lagi, sebab tadi dorang lambat, lalu kitorang dapat la kupon free regiular size untuk next order.

Rezeki jangan ditolak kata orang.

Oh ya, gambar memang takde, tak sempat snap sume dah menyerbu kelaparan. Lalu yang ada hanya bekas lapik pizza, tak kuasa la nak snap.


P/S: Makan ~ Whee~

Selasa, 10 September 2013

Tart Nenas~

Oh tidak tidak.

Ni memang tart nenas raya, tapi bukanla aku punya walopon aku beli 2 bekas tart nenas untuk raya hari tu.
Aku punya dah lama selamat dimakan.

Ni kakak kakashunny punya. Malam tadi kitorang pi rumah beliau hantar barang. Dan rumah beliau masih ada serdak-serdak beskut raya.

Mata aku asik terjeling-jelingkan tart nenas atas meja. Last skali sambil salam balik aku sadin capai seketul dan makan.

Wheee... Terbaik!

Kulit yang gebu dan ranum, jem nenas yang manis-manis masam. Yang paling best hancur di lidah bukan di tangan.

Aiyayyyaa... Sangat sedap.

Terus kakak kakashunny offer nak tapaukan.

Rezeki jangan ditolak...

Lalu ditapaunya dengan bekas-bekas sekali.


Nampak tak tahap kegebuan tart nenas neh...



Last~




P/S: Makan~

Delay

Salah satu kepakaran aku yang memang terbukti adalah melambat-lambatkan perkara/urusan.

Terer sangat.

Kepakaran yang lain yang berkaitan adalah memberi alasan/sebab-musabab dengan penuh kelancaran bak skrip terancang. Dah namanya cs.

Terer btol.

Kepakaran yang jugak membawa kesan yang lebih kurang adalah overkompiden.

Terer sungguh.

Justeru, berbekalkan ketiga-tiga kepakaran yang tak bape diperlukan neh aku 'berjaya' melewatkan satu 'event' yang tak bape nak event neh. Berjaya membeli masa sebelum pikiran bebetul mampu membuat sebuah keputusan yang jitu dan paling tepat.

Cuma, bagaimana depani hakikat tatkala kenyataan tu terbentang, selamat bertabah.

P/S: Oktober.

Jumaat, 6 September 2013

Coward

Walopon cuba untuk sentiasa sedar beza teori dan praktikal adalah bak gajah besarnya,  tapi bilamana kenyataan terbentang depan mata, bak cerah tersuluh cahaya jelasnya; ia tak semudah yang disangka.

Keberanian untuk katakan apa yang benar-benar tuh rupanya semacam merpati, tampak jinak ditangkap tak dapat.

Kelihatannya senang, rupanya tricky.

Lalu, terpaksa la terima apa adanya sebuah hakikat - pengecut adalah perkataannya untuk sorang yang tak punya keberanian laksanakan apa yang sewajarnya.

Penakut untuk mendepani sebuah kewalahan, sedang mengalah tak bererti tertewas.




P/S: Jalan mati.

Khamis, 5 September 2013

Ace is back~!!

Alhamdulillah... si shomel Ace dah bleh on mobile data~!

Tak payah kusut kepala nak beli tipon lain lalallalalalal~

Alkesahnya pi Samsung Service Centre kat tingkat 4 Low Yat, kendian deme tolong formatkan, free of charge gitu (kesahnya aku penah tanya kat kekedai baiki tipon kalo format RM50 katanya), pastuh dah bleh on mobile data balik.

Mobile data adalah penting terutamanya bila time kat kampung. Adalah penting untuk ada line tenet supaya tak mati kebosanan terutama bila abang aku asik bising aku tengok TV siaran berbayar yang atas nama beliau tuh bukak channel yang beliau tak gemor seperti channel 391, 393, 180, dan seangkatan dengannya.

Mobile data jugak penting bila mata gagal lelap di tetengah malam, boleh jugak aku selak memana page cte seram ke main lompat-lompat blog secara bacaan senyap ke atau apa-apa saja yang patut.

Yang lebih penting lagik, disebabkan bulan neh dah terLEBIH budget serta TERpakai dwet emergency maka hasrat kononnya nak rembat Xperia Z perlu la dibatalkan. Jadi timekasih si Ace yang comel sebab berjaya berfungsi seperti sepatutnya.

Angan-angan untuk upgrade tepon kepada yang lagi best perlu la ditangguh hingga ke tahun depan sekurang-kurangnya. Bak kata orang tua-tua, ukuq baju biar la di badan sendirik. Tepon ensem ohsem adalah kehendak semata-mata, toksah duk beriya sangat, tadi dah berkenan Xperia Ultra Z plak aisehmen Ace yang ada tuh dah cukup baguih. Sila bersyukur apa yang ada, sekian~~~




P/S: Ace ialah comel. Heheheh~

Rabu, 4 September 2013

Novel Review : Wanita Kimono Merah

Wanita Kimono Merah by Syafie Mahyani : Source


Ni buku terbitan Lejen Press, yang katanya sedara adik beradik jugak dengan FIXI.

Berbeza dengan FIXI yang ber-trademark-kan satu perkataan sebagai judul novel, Lejen Press adalah lebih kepada kebebasan menulis dengan menafikan kewujudan Dewan Bahasa dan Pustaka. No italic for foreign language, tiada istilah vulgar words, dan no such things as tatabahasa dan nahu tatasusila.

Bebas adalah BEBAS. Err... bebas ala-ala terlepas mungkin. Keke~

Wanita Kimono Merah ni buku ketiga terbitan dorang nih yang aku baca. Jujurnya buku deme nih agak scary untuk dibaca - scary bukan sebab horror-nya kesah, atau seramnya jalan cerita, tapi andai buku ada label macam cte TV, maka aku pasti hampir sume novel terbitan ni akan dilabel selaku 25SX.

Lapan belas tahun pon belum cukup matang untuk tulisan neh. Suku abad adalah umur yang sesuai.

See see, review aku salu ada unwanted intro. Pfft.

Pada satu hari yang tenang, member sebelah bawak la 'Wanita Kimono Merah' neh ke opis. Lalu aku dengan muka tebalnya sadin capai buku tuh dan selak demi selai.

Bermula dengan kesah sepasang suami isteri Jepun bersama anak dorang yang menumpang hidup di bumi Malaysia yang bleh la dikatakan bahagia, tapi dek dengki, iri dan seangkatan dengannya si suami & si anak kecik tuh dibunuh, si isteri yang sempat lari bersembunyi cemanapon membunuh diri - dari jadi mangsa serakah si pembunuh - dan di penghujung hayatnya bersumpah akan membalas dendam.

Dan bermula la kesah 20 tahun lepas tuh, di mana ada sepasang suami isteri yang lain membeli dan tinggal di banglo tersebut.

Alkesahnya cerita ni agak kejam, sebab watak-watak lain yang takde kaitan dengan kematian famili Jepun tadi mati satu demi satu. Keji plak tuh gaya mati.

Bijik mata kena korek, perut dirobek-robek.

Dan endingnya adalah tragis.

Walopon macam tak puas hati dengan kesudahan kesah neh, tapi buku nih agak menarik untuk dibaca. Oh ya, kalo rasa hati tuh ala-ala taman tergantung Babylon toksah la baca, kang tdo malam mengigau.

Sekian peringatan penuh mesra.



P/S: Bila Magis RAM nak masuk kedai buku ni...

Isnin, 2 September 2013

Pindah~~

Sesi berpindah.



Si isteri.


Si suami. Err... yang blur alam tuh perkenalkan, cik tuan kete.


Bila deduanya pasan kehadiran kamera.



Selamat pindah & samat mengemas. 

Jangan lupa housewarming nanti English session yang ada tart nenas, RV cake untuk kakashunny. Dan Baskin Robbin. 



P/S: Happy happy happy happy living together~ Wheeee~

Sabtu, 31 Ogos 2013

BR

Baskin Robbin 31st~!!!!

Aku dengan ini secara rasminya dengan gagahnya mencadangkan kepada Baskin Robbin untuk mengadakan Baskin Robbin 30 sekali serta Baskin Robbin 31st - TIAP-TIAP bulan juseyooooooooooo~!!



P/S: Bila stress makan eskrem yang sedap adalah sangat seronok. Wheeeee~~~

Sabtu, 24 Ogos 2013

Body Language

Kadang-kadang, body language lebih memudaratkan dari bahasa lidah yang memang diakui bisanya menusuk.

Action speaks louder than words, but action without explanation is leading to misunderstanding. Dan salah tafsir adalah sesuatu yang natijahnya tidak kecik.

Cuma, sekental mana hati untuk perbetulkan semula keadaan? Dan sekuat mana hati yang tersilap pemahaman tadi untuk menerima sebarang penjelasan.

Disalahertikan, pon bukan la satu posisi pilihan.

Umpamanya sang mentimun, bergolek luka, digolek pon terluka.



##############################


Kadang, hati perlu cukup besar untuk menghadam segala macam rasa sentap yang mendatang.

Dan kadang, kotak-kotak di pikiran perlu sedikit besar supaya tak sume perkara diperincikan hingga timbulnya bayangan yang tidak-tidak.

Cuma kadang-kadang, untuk praktikkan apa yang dinamakan serba teori neh, susahnya semacam si tempang bermain bola.



P/S: Here comes the tricky part. To ignore or to avoid it?

Rabu, 21 Ogos 2013

Nothing Last Forever

Ini adalah belangkas. 

Alah, kalo dalam karangan bahasa Melayu kononnya asik berkepit tamo lepas bak belangkas katanya. Ni la binatangnya belangkas. Tersangkut kat pukat, tapi sekor je. Yang lakinya tak plak tersangkut sama. Punya la so-called hidup sama kalo boleh mati pon nak sesama.



Front view - belangkas betina yang penuh telur katanya.


Back view - besar gabak binatang air payau ni.



Binatang dua alam ni, tak mati-mati lepas berejam atas darat, justeru aku tak pasti boleh masak sup untuk dimakan ke tak. Kata depa yang menangkap bendalah ni boleh je makan, sedap katanya.

Tak berani la plak nak try, lalu belangkas yang terpisah dari lakinya neh bapak aku lepaskan je kat sungai belakang rumah. Hidup lagi ke tidak, wallahu a'lam.



P/S: Nothing last forever, belangkas pon mati asing-asing. Enough said.





Kawen La La La Lagi~

Majlis sambut menantu katanya, taniah untuk mempelai bedua~


Penat tanya pengantin cemana belit shawl, bape lai tudung pakai, etc. jawapan - orang pakaikan. Huh~


Encik pengantin eksen dah sah katanya, tak pasal-pasal puan pengantin & rumet puan pengantin sesama so-what-kan beliau sambil hi-5.



Last sekali, selamat kawen~!!



~~


Rabu, 14 Ogos 2013

Sejarah~

Saya tau la saya sedih dua bulan dulu.

Tapi tuh DULU.

Perlu la sesebut lagi hal-hal yang dah berlalu tu. Itu sume sejarah. Toksah duk nak mengenang mengingat sangat. Tsk.

Sila padamkan imej tersebut, masehhhh.




P/S: Tomorrow will be my so-called last day. I guess.

Isnin, 12 Ogos 2013

Raya!

5 Syawal

Selamat Hari Raya~!!

Raya pertama yang disambut di opis, sambil bekerja, bersama-sama member sekerja.

Keje untuk lagi 3 hari sebelum bercuti raya. Dan lepas balik dari cuti, aku akan ditransfer semula ke team Malaysia.

Dan bermula la sesi sesak nafas bekerja.






P/S: I dont see a bright future in front of me lately. Is it time to give up?

Sabtu, 27 Julai 2013

Wish

People said, be careful of what you're wishing for.

Listening to it, but I took it for granted. Being ignorant is not a bliss sometime.

Learning from my very own mistake means a lot. Awfully a lot, that I wish it never happened. But the damaged has been done.

This is my second time learning facing the fact is always the best how bad it is. Because what you're wishing for is so imaginary that you can't see what future would look like.

So, I'm not going to wish for anything this time. I'll just let destiny decide my path. And I wont complaint anything anymore. I'll try my very best to cope with every single obstacle without saying much.

This is embarrassing, that I would like to dig a hole to hibernate for at least few months.



P/S: I'm back. Back~!  

Rabu, 17 Julai 2013

Perantauan~

Tahun lepas gigih sangat la feeling beraya di perantauan. Teringin sangat kannn~~

Heh, tahun ni adalah kenyataan gamaknya. Hanya dapat cuti raya menjelang syawal ke-8. (Well oh well orang offer beberapa hari lepas raya gagah jugak mintak minggu kedua Syawal katanya~)

Why oh why Singapore you guys don't celebrate raya as much as you celebrate Christmas & Chinese New Year. 

Baik. Tamat feeling sedih bagai. Drama sangat.

Alkesahnya kalau tak dapat balik raya ni sebenarnya agak syahdu syahdan la jugak. Ada sorang senior neh walopon macam dah biasa jeh keje time raya tapi bila dah officially confirm kena keje raya merah-merah jugak la mata beliau. Tu pon kampung kat Seremban(?) je rasanya.

Lalu deme yang nun jauh yang masa perjalanan je cecah 8-9 jam neh? Tsk~

Baikla, sempena raya pertama disambut di opis, bekal beskut raya kena la banyak.

Whee~



P/S: Note untuk diri sendiri; sila matikan/senyapkan henpon sepanjang raya pertama untuk elakkan dapat panggilan dari kampung yang akan mengurangkan kegagahan beraya di opis. Sekian.

Jumaat, 12 Julai 2013

Samat Puasa~!

Puasa adalah salunya terasa lebih lama dari hari-hari biasa. Selang lima minit tengok jam adalah benda biasa. Tak cukup jam tangan, tengok jam kat PC, jam dinding, dan jam kat henpon.

Tapi puasa tetibe jadi laju tak sedar-sedar je dah tinggal seminggu, adalah puasa pada 4 tahun lepas. Puasa pertama selaku pekerja.

Dan tahun ni, macam tahun-tahun sebelum ni jugak, masa laju semacam. Balik-balik je dah azan Maghrib. Tsk~

Dan kalo kena dengan gayanya, tahun ni mungkin tahun pertama beraya sambil bekerja.

Satu masa dulu tak penah terpikir pon ada orang yang balik raya hanya 2 hari, atau mula bekerja pada raya ketiga, atau balik raya hanya pada malam raya.

Tapi tu lah, kehidupan adalah selalu di luar sangkaan, supaya kehidupan tuh tak bosan. Sentiasa ada unsur kejutan di mana-mana. Walopon hakikatnya aku tak sukakan kejutan, surprise, atau seangkatan dengannya, tapi pilihan yang ada cuma terima apa adanya.




P/S: Macam kelakar plak room mate yang sorang neh gigih syahdu syahdan semata-mata puasa hari pertama puasa bukan bersama famili. Keke, sampai bantut selera makan tuh. Siannn~

Ahad, 30 Jun 2013

Coffee Shop



B.A.P- Coffee Shop [English Subs+Hangul+Romanization]
Uploader : HDSubs1

A different side of this group.

Glad Jongup & Himchan are getting more part and Zelo is singing too. Uh-uh, and finally Daehyun can rest a bit with lesser part and no high notes. Harharha~

Cant wait to see they perform live for this song but for Zelo's singing part highly unlikely included in live performance I guess. Let just see.

Btw, I dont like Youngjae with those hats. Lalallalala~




P/S: A way of forgetting current issue.~

Rabu, 26 Jun 2013

Smile: Handsome VS Sweet

Smiling is always sweet. 

Tapi bila sorang yang hensem tersenyum, atau, sekadar senyum, ia adalah membunuh. 
Baikla, pembetulan. Ia adalah fraud sebab menyebabkan orang lain hilang tumpuan seketika pada kerja dan sebagainya. Justeru ia adalah gangguan.

Kerana sorang yang hensem tuh sendiri adalah gangguan, jadi apa saja berkaitan beliau adalah gangguan demi gangguan. Adalah tidak wajar menjadi gangguan kepada pihak lain, terutama jika mendatangkan kemudaratan seperti kelajuan denyut jantung atau kecepatan perpeluhan di dahi dan sebagainya.

Tapi, bila sorang yang tak dikategorikan hensem, bermaksud sekadar sorang yang biasa-biasa saja, mungkin sedikit gondol, atau rambutnya digayakan dengan style kelepet  rapat ke dahi, atau mungkin cara berpakaiannya biasa-biasa takde nak skema atau keparat korporat sangat, tersenyum, seulas senyum yang manis, ia adalah, sweet.

Sweet yang mana, ia akan menyebabkan dahi yang berkerut dek pening dengan kerenah orang-orang tertentu, hilang seketika.

Jadi, senyuman yang manis tak semestinya datang dari sorang yang lawa, atau hensem. Tapi memang adalah rare datang dari sorang yang lawa, atau hensem.

Wheee~~~~




P/S: This particular person neh, sweet gle dia punya senyum. Seyes. 1st time terkagum tengok senyum yang manis.

Ahad, 23 Jun 2013

Unexpected

Tomorrow is Monday.

Which is Coaching Day-2.

The next day we'll go 'live' on our own.

Minggu lepas adalah minggu yang skeri. Minggu yang paling tak sangka langsung akan terjadi. Tapi the rest is history, nothing can be changed.

Dan-dan jeh aku kena tukar dari Malaysia ke team Singapore.

Alkesahnya level sama jeh pon, cuma dari hujung sana ke hujung sini, tukar seat jeh pon. Tapi kejutan yang boleh tahan besar untuk aku sebab persediaan dari segi mental memang langsung takde. Tak penah terpikir langsung pon. Mimpi pon tak.

Justeru ia adalah scary. Tsk~!



P/S: Shiro...~

Selasa, 18 Jun 2013

Yogjakarta Trip: Tempat-tempat Menarik

1. Candi/Temple

Prambanan
-Kalau dari airport boleh terus ke sini, dalam 10-15 min.
-Bayaran masuk 30,000 IDR.
-Dari Prambanan pon ada pakej untuk ke Ratu Boko, harga pakej 45,000 IDR tapi besar kemungkinan ada caj lain sebab caj Ratu Boko berdasarkan kerakyatan.

Ratu Boko-Lokasi jauh sikit dari Prambanan, dan terletak di kawasan agak tinggi.
-Sepanjang perjalanan ke Ratu Boko akan melalui kawasan sawah di mana keseluruhan proses bermula dari menyemai benih, hinggalah menuai, masih menggunakan cara tradisi. Satu pemandangan yang menarik dan unik bagi yang tak penah tengok. Macam aku yang sempat membesar dengan tradisi neh takde la pelik sangat, cuma rasa refreshing macam balik ke zaman dulu kala.
-Bayaran masuk adalah mahal pada aku, 123,500 IDR - katanya berbeza mengikut kerakyatan, untuk Indonesian hanya 25,000 IDR. Alasannya insurans untuk keselamatan pekebendalah tatau.
Tapi bersama tiket masuk disertakan sekali satu tiket untuk free soft drink kat restoren berdekatan. Seyes, restoren tuh punya pemandangan memang superb.


2. Gunung Merapi

Strongly recommended.
Lokasi kat Kaliurang, kira-kira sejam atau lebih, dari epot.
Bayaran masuk hanya 3,000 IDR, tapi untuk merayap-rayap tengok bekas-bekas kampung selepas letusan terakhir 26/10/2010 ada 2 pilihan. Sama ada naik motorsikal atau naik jeep.
Dengan jeep 3 trip, short (250,000), medium (350,000) atau long (450,000) per jeep tak kesah bape orang.
Ni adalah antara part paling best waktu kat Yogjakarta, jadi ada satu entry khas untuk neh.


3. Kraton
Spesies istana, lupa plak nama penuhnya apa.
Lokasi dekat Malioboro, dari epot tak jauh, dalam 15 - 20 min.
Bayaran masuk 12,500 IDR.


4. Pasar Beriharjo
Obviously tempat untuk tipiskan bil rupiah.
Tak jauh dari Kraton tadi, pon tak jauh dari Malioboro
Kitorang pegi pada weekdays, jadi tak la crowded dan okeh jeh nak shopping.
Ada macam-macam, barang-barang untuk kawen kat tingkat paling bawah.
Ala-ala Pasar Besar Siti Khadijah.


5. Jalan Malioboro
Seperti namanya, terletak di Malioboro.
Sangat banyak gerai/kedai di sepanjang jalan.
Happening belah petang sikit, timing ala-ala pasar malam la.
Kalau dari epot sebenarnya boleh jeh naik bas, 3,000 IDR jeh, bleh turun di perhentian Malioboro 1 (atau Malioboro Pertama), Malioboro 2, dan Malioboro 3.
Kalau amik teksi 50,000 IDR.


6. Solo
Yang neh jauh sket la, lebih kurang 2 jam dari bandar.
Ada kraton apatah nama dia kat situ, sangat besar.
Tapi tutup awal, hari Jumaat tutup 12.30 tengahari, jadi kalau nak ke sana kena gerak awal pagi. Kitorang dah gerak awal malangnya tak sempat sebab terlajak kat Pasar Beriharjo. Tsk.
Solo pon pemes dengan hasil batek, walopon mahal sikit compare dengan Pasar Beriharjo (kedai kat Solo ekslusif sikit ala-ala butik & terima kad kredit), tapi masih murah kalau compare dengan RM.
Ada pasar traditional jugak malangnya tak sempat pergi sebab tour kitorang cakap kitorang dah spend banyak aritu jadi tak payah pegi. Sengal punya tour. Haha.


Prambanan


Prambanan - peralatan gamelan kot, dan kebetulan masa kitorang sampai ada yang tengah persembahkan gamelan (?).


Prambanan - di laluan keluar.


Ratu Boko - free soft drink bleh didapati kat sini, restoren Boko Sunset.



Pemandangan yang santekkk sangat.



Masih Boko Sunset, bleh duduk jugak kat kusi atas tangga tuh. Natural feeling katanya.



Gunung Merapi



Kraton kat Malioboro



Pasar Beriharjo


Kraton kat Solo. Tak masuk pon sebab dah lama tutup, dan agak skeri masa neh sebab dah senja dan azan maghrib sedang berkumandang.


Kraton kat Solo - err, skeri pon kitorang masuk sket sekadar amik gambar.



Solo - bukan gambar paranormal, tuh hasil asap rokok inche tour yang asik smoke berputung-putung.



**Rate kitorang masa neh 1,000 IDR ~ RM0.32



P/S: Jangan lupa asingkan 100,000 - 150,000 IDR untuk bayaran tax time balik nanti, kang ada jugak yang tak balik Malaysia. Amount tuh mungkin berbeza ikut airport. 
Kitorang dipesan hosmet tax adalah 150,000, tup-tup 100,000 IDR. Lepas confirm dengan petugas kat situ mencicit kitorang shopping habiskan baki 50,000 IDR. ^^


Changes

Belom la sampai 12 jam konon-konon merungut takde perubahan pape lepas chart baru kua, sekali pagi ni kena suruh backup team SG.

Minggu ni training minggu depan start jawab call.

WHAT THE_____

Berubah segala-galanya, tak pasai kena belajar produk aneh-aneh & certain details pasal sistem.

Alkisahnya, aku bukanla calon asal yang sepatutnya, ada 3 calon tapi sume tak boleh lalu aku la bidan terjunnya.

Punye la clueless sampaikan nak pi training sadin berlenggang bawak pen sebatang. Berangan nak amik note atas tapak tangan la gamaknya.



P/S: Tergamam sampaikan lunch pon tak abes. Rare.

Randommmm~

A whole new chart once again~! And no changes of the superiors this time. Aish you never get it when you want it most. Uff... Life can be so unexpected sometimes.

I pity myself. Tsk~


#################################

I say what, forget it.

Refreshing time!!!





빅스(VIXX) - 'hyde' 안무 연습 영상 (Practice 'hyde' dancing Video)
full credit to uploader




P/S: Some things are lame.

Ahad, 16 Jun 2013

Yogjakarta Trip : Deluxe Room ke Motel

Flight blik asalnya pukul 9.00am (cemanapon Air Asia reschedule kepada kol 11.45am), dan kerana hotel kitorang letaknya di Kaliurang, hampir sejam dari epot maka kitorang pon memilih untuk stay sampai malam Sabtu jeh.

Esoknya kitorang pikir untuk stay dekat memana hotel yang terdekat dengan epot.

Cadangan asal kitorang nak amik shuttle bus (yang rupanya sebuah kereta) yang disediakan pihak hotel ke Malioboro, kemudian dari Malioboro last shopping habiskan rupiah mana ada baru lah amik teksi ke epot.

Bagaimanapon kitorang tak perasan pengangkutan tersebut perlu di-book dulu.

Dek budget yang ngam-ngam kitorang buat keputusan untuk terus ke epot, cari hotel dulu dan baru lah pikir cemana nak last shopping.

Lalu amik la teksi (yang pihak hotel tolong call) ke hotel dengan caj 100,000 IDR.

Dari epot, dalam jarak 100m ada sebuah hotel (yang macam hostel) dengan bilik mandi yang berasingan, harga semalam 95,000 IDR, separuh dari hotel kitorang kat Kaliurang.

Walopon berlaku perubahan standard di situ tapi setidaknya jarak jalan kaki dengan epot.

Wheee~

P/S: Hotel 1st ialah Raffles Holiday Jogja Hotel atau Sewu Padi Hotel located kat Kaliurang. Tobat jauh dari bandar. Dan tak bersih sangat la walopon deluxe room.

P/S/S: Rate 1000 IDR ~ RM0.32

3 Kali Breakfast

Gara-gara flight pukol 9.45am & kegagalan cek in untuk flight balik, kitorang dengan nebesnya gerak ke epot sesudah subuh sungguh.

Dalam nebes pon bekpes adalah penting, lalu aku sempat la santap 2 bijik telur separuh masak pagi-pagi buta sebelum azan subuh, dah macam sahur plak. Manakala partner in crime untuk trip kali ni bekpes jugak, tp dengan 100ml shake pink apakah.

Berkat berpagi-pagi barangkali, kitorang sampai kat epot dalam 7.30am dan alhamdulillah urusan cek in setel dalam masa kurang 5 minit. Justeru, partner in crime pon ajak la bekpes - untuk membunuh masa katanya.

Itu bekpes kedua - konon nak minum ayaq jelah, tapi sudahnya siap hadap roti berkeping-keping berinti kaya & butter.

Kenyang alhamdulillah__brrp.

Alkisahnya, dalam flight pon kitorang memang dah prebook, partner in crime takpela, setakat pancake & maple syrup-sambil termenung pon boleh habis. Yang aku plak.... tsk, nasik lemak Pak Nasser.

Blom tengahari dah tiga kali makan, sebu alhamdulillah___brrrp.

Tapi, dek 3x breakfast mungkin,tenaga remain untuk berjalan seharian sampai la pukul 7.30 baru lapar balik. Wheee~

P/S: Harap tak buat la triple bekpes gini lenkalik. tsk~

Selasa, 11 Jun 2013

Ice Room @ Bangi

Located at Bangi, area tepat tak bleh nak cakap sebab sepanjang perjalanan adalah tdo dengan nyenyaknya dan bangun-bangun je dah berada depan kedai tersebut.

Senang je nak cam kedainya, kaler hijau. Keke.

Dekorasi kat dalam simple jeh, tapi seat dia macam best-best sikit.

Ada disediakan wifi, dan passwordnya tertampal cinonit je kat bekas tisu atas meja.

Dah namanya Ice Room, maka santap la sweet treat-nya yang rata-rata berharga RM7.90. Boleh tambah topping atau seumpamanya, RM1 untuk topping pertama & Rm0.50 untuk yang kedua dan seterusnya.

Tapi, kalo kome ada kad AEON bleh dapat dengan harga lebih murah. Kalo ada kad Standard Chartered pon sama, tapi ada syarat tertentu - enjoy RM6.90 per cup (if not mistaken lah) with RM30 min purchase main dish (lebih kurang gini la rasanya ayat dia).

Arituh kitorang berempat, justeru amik 4 italian ice shaved (ikut kata menu la) yang berbeza. Chocolate yang memang sangatttt la cokolat rasa dia, strong sangat rasa sampai flavor lain sume terus tenggelam, Bandung yang ala-ala ABC persembahan dia, rasa biasa-biasa, errr lagi satu tuh tropika apakah nama dia, rasa yang misteri sikit sebab gagal kenal pasti rasa apakah yang tu mahal sikit RM9, dan last sekali Red Bean - memula rasa macam tak berapa nak read bean sangat bila dah lama-lama memang rasa red bean yang tak la strong sangat tapi comel-comel je rasa dia.


Red Bean - tapi dengki la, sebab red bean kat bandung punya flavor kan, laaagi besar.
Uh-oh, hidangan hampir sama dengan gambar, dan ni tanpa tambah pape topping. ^^


Ni bebetol makan sampai abes ye, siap tuang titisan terakhir atas sudu. Wheeeh~



Gambar-gambar lain memang tak sempat snap sebab sume pakat santap dengan segera dek kepanasan pada hari tersebut.

Uh-uh dan oh ya.
Ayaq ais/ayaq suam ada dalam menu dan berharga Rm0.50 segelas.


P/S: Baaaanyaknya kedai makan kat area tersebut. Nyumm~