Rabu, 21 Ogos 2013

Nothing Last Forever

Ini adalah belangkas. 

Alah, kalo dalam karangan bahasa Melayu kononnya asik berkepit tamo lepas bak belangkas katanya. Ni la binatangnya belangkas. Tersangkut kat pukat, tapi sekor je. Yang lakinya tak plak tersangkut sama. Punya la so-called hidup sama kalo boleh mati pon nak sesama.



Front view - belangkas betina yang penuh telur katanya.


Back view - besar gabak binatang air payau ni.



Binatang dua alam ni, tak mati-mati lepas berejam atas darat, justeru aku tak pasti boleh masak sup untuk dimakan ke tak. Kata depa yang menangkap bendalah ni boleh je makan, sedap katanya.

Tak berani la plak nak try, lalu belangkas yang terpisah dari lakinya neh bapak aku lepaskan je kat sungai belakang rumah. Hidup lagi ke tidak, wallahu a'lam.



P/S: Nothing last forever, belangkas pon mati asing-asing. Enough said.





Tiada ulasan: