Err walopon hasrat nak amik gambar family tak kesampaian (jangan kata gambar family, selca diri sendiri pon takde sepanjang raya pertama), tapi raya pertama berjaya berada di kampung halaman di kala pagi raya.
Dannnn....... tengok lembu disembelih setelah sekian lama.
Ia adalah seronok.
Dan oh ya. Kali pertama jugak tengok anak buah baru. Err jujurnya aku pikir aku mungkin tak suka anak buah ni (sila jangan tanya kenapa lalalalala) tapi alkesahnya budak kecik nih tade dosa memang la tengok je pon dah suka. Tsk.
Beliau sangat comel, walopon tak secomel aku pastinya. Wheeee~
Proses merebahkan lembu.
Gigih pakcik sedara aku suruh amik gambar lembu sebelum disembelih. Yang ni sangat gagah perkasa, lebih lima kali try berdiri lepas disembelih. Semangat nak hidup yang sangat kuat, darah masih memancut-mancut tapi tetap gagah sampaikan tali pengikat kaki putus. Skeri jugak la.
Proses melapah.
Si kakak. Err... dan bapak beliau.
Baru perasan bahawasanya aku lupa amik gambar di kecik.
P/S: Congrate pada yang bertunang tuh. Muaturun gambar adalah selepas kome nikah, sekian. Lalalalala~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan