Kerja. Kerja. Dan kerja lagi.
Lately keje ni banyak sangat ye. Bila agak-agaknya nak kurang sikit & bagi beta can nak baca novel sambil goyang kaki makan gaji buta.
Pfft. Angan-angan melangit sangat kan.
Btw, antara sesi last team building hari tuh, salah sorang trainer tuh ada cakap, no such thing as loyalty kat sesatu company. Kalau dapat better offer with better benefit why hesitated. Gerak jelah. Tapi higher payment means higher commitment, sila terima kenyataan jelah.
Bak kata mak aku, merungut banyak keje jauh lebih baik dari merungut takde keje.
Dedua pon merungut, tapi at least yang bergelar pekerja nih ada satu hari dalam sebulan yang deme mampu tersenyum menatap angka-angka berganda dalam akaun.
Kata sang trainer, ingat lagikah kome betapa laju anggukan kome sanggup apa saja semata nak dapatkan kerja, walhal sekarang segala sumenya nak komplen berjela.
Ayat inche trainer yang satu tuh memang terus menusuk masuk ke tulang hitam.
Alkesahnya, walopon aku suka jugak berangan nak bertukar keje, tapi mengenangkan rezeki keje aku tak semudah orang lain, dan betapa payah untuk dapatkan posisi sekarang neh, bertabah jahla.
Bak kata trainer lagik, at least senyum extra lebar sket setiap hujung Mac. Inspirasi katanya. Wheee~
P/S: Last month. Semoga sehat lagi 30 hari. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan