Khamis, 10 Oktober 2013

Seronok : A Review

Ini buku FIXI - penerbitan yang para penulisnya bebas berkarya tentang apa saja. 'Apa saja' yang bermaksud sepenuhnya APA SAJA.


Seronok - Saat Omar



Penulisnya Saat Omar - yang aku tak pasti gender beliau.

Buku ni adalah menakutkan, dan berkemungkinan mendatangkan trauma kalau temanya gagal dihadam bebetul. Keseraman yang tak serupa dek buku thriller atau buku kesah hantu, setan & iblis, serta ilmu-ilmu hitam bagai.

Ini ketakutan yang bakal menyebabkan berdirinya bulu roma dan berlakunya perpeluhan dingin. Ngggg~

Ia kisah sorang penyiasat persendirian yang punya degree yang sepatutnya membolehkan beliau jadi sorang seniman - pelakon, penyanyi, penulis skrip - atau apa saja yang berkaitan seni dan karya.

Watak utamanya sendiri adalah hakikat kecelaruan lepasan SPM dengan keputusan yang tak berwarna pelangi di mana main sauk apa saja kursus di universiti asalkan berjaya genggam segulung ijazah.

Keseluruhannya, ini adalah berkenaan kecenderungan menyukai kaum sejenis aka gay. Lesbian tak diketengahkan dalam kes ni.

Kalau rasa tak mampu menerima wujudnya golongan semacam ni maka suka aku nasihatkan sila skip buku ni.

Tapi, suka atau tidak, benci atau jijik, golongan semacam ni memang ada. Sama ada dorang ni hanyut dengan kencenderungan yang tak sepatutnya tu, cuba melawan dan cuba berubah kepada straight, atau terima saja selaku satu cubaan untuk dorang.

Ketiga-tiganya ada dalam SERONOK.

Amirul, si penyiasat persendirian yang enjoy dengan kecenderungan salahnya.
Bakar, si pelakon drama yang famous yang cuba berubah dengan mengahwini sorang waitress di salah satu club yang salu dikunjunginya.
 Sazali, college student yang menerima apa saja adanya.

Uh-oh, secara peribadinya aku suka watak cool mak Amirul. Sangat cool dan tak memaksa anak dia kawen dan seumpamanya sepertimana mak-mak biasanya buat bila anak-anak depa dah 30-an tak kawen-kawen.

Tapi ayatnya cukup macho, "__jangan sampai mak hilang sabar dan pinangkan mana-mana anak dara kat kampung ni untuk kau."

Oh-oh-oh! Ada satu problem dengan jalan cte SERONOK. Agak-agak kat tetengah buku, plot dia tetibe menjunam. Memang boleh dikatakan tak naik-naik sampai mood nak sambung baca agak ke laut.

Justeru, sila baca time lapang, dan sila makan jajan sambil makan. Err... tapi bahaya jugak makan sambil baca buku ni. Uff.



P/S: ~

Tiada ulasan: