Selasa, 18 Jun 2013

Yogjakarta Trip: Tempat-tempat Menarik

1. Candi/Temple

Prambanan
-Kalau dari airport boleh terus ke sini, dalam 10-15 min.
-Bayaran masuk 30,000 IDR.
-Dari Prambanan pon ada pakej untuk ke Ratu Boko, harga pakej 45,000 IDR tapi besar kemungkinan ada caj lain sebab caj Ratu Boko berdasarkan kerakyatan.

Ratu Boko-Lokasi jauh sikit dari Prambanan, dan terletak di kawasan agak tinggi.
-Sepanjang perjalanan ke Ratu Boko akan melalui kawasan sawah di mana keseluruhan proses bermula dari menyemai benih, hinggalah menuai, masih menggunakan cara tradisi. Satu pemandangan yang menarik dan unik bagi yang tak penah tengok. Macam aku yang sempat membesar dengan tradisi neh takde la pelik sangat, cuma rasa refreshing macam balik ke zaman dulu kala.
-Bayaran masuk adalah mahal pada aku, 123,500 IDR - katanya berbeza mengikut kerakyatan, untuk Indonesian hanya 25,000 IDR. Alasannya insurans untuk keselamatan pekebendalah tatau.
Tapi bersama tiket masuk disertakan sekali satu tiket untuk free soft drink kat restoren berdekatan. Seyes, restoren tuh punya pemandangan memang superb.


2. Gunung Merapi

Strongly recommended.
Lokasi kat Kaliurang, kira-kira sejam atau lebih, dari epot.
Bayaran masuk hanya 3,000 IDR, tapi untuk merayap-rayap tengok bekas-bekas kampung selepas letusan terakhir 26/10/2010 ada 2 pilihan. Sama ada naik motorsikal atau naik jeep.
Dengan jeep 3 trip, short (250,000), medium (350,000) atau long (450,000) per jeep tak kesah bape orang.
Ni adalah antara part paling best waktu kat Yogjakarta, jadi ada satu entry khas untuk neh.


3. Kraton
Spesies istana, lupa plak nama penuhnya apa.
Lokasi dekat Malioboro, dari epot tak jauh, dalam 15 - 20 min.
Bayaran masuk 12,500 IDR.


4. Pasar Beriharjo
Obviously tempat untuk tipiskan bil rupiah.
Tak jauh dari Kraton tadi, pon tak jauh dari Malioboro
Kitorang pegi pada weekdays, jadi tak la crowded dan okeh jeh nak shopping.
Ada macam-macam, barang-barang untuk kawen kat tingkat paling bawah.
Ala-ala Pasar Besar Siti Khadijah.


5. Jalan Malioboro
Seperti namanya, terletak di Malioboro.
Sangat banyak gerai/kedai di sepanjang jalan.
Happening belah petang sikit, timing ala-ala pasar malam la.
Kalau dari epot sebenarnya boleh jeh naik bas, 3,000 IDR jeh, bleh turun di perhentian Malioboro 1 (atau Malioboro Pertama), Malioboro 2, dan Malioboro 3.
Kalau amik teksi 50,000 IDR.


6. Solo
Yang neh jauh sket la, lebih kurang 2 jam dari bandar.
Ada kraton apatah nama dia kat situ, sangat besar.
Tapi tutup awal, hari Jumaat tutup 12.30 tengahari, jadi kalau nak ke sana kena gerak awal pagi. Kitorang dah gerak awal malangnya tak sempat sebab terlajak kat Pasar Beriharjo. Tsk.
Solo pon pemes dengan hasil batek, walopon mahal sikit compare dengan Pasar Beriharjo (kedai kat Solo ekslusif sikit ala-ala butik & terima kad kredit), tapi masih murah kalau compare dengan RM.
Ada pasar traditional jugak malangnya tak sempat pergi sebab tour kitorang cakap kitorang dah spend banyak aritu jadi tak payah pegi. Sengal punya tour. Haha.


Prambanan


Prambanan - peralatan gamelan kot, dan kebetulan masa kitorang sampai ada yang tengah persembahkan gamelan (?).


Prambanan - di laluan keluar.


Ratu Boko - free soft drink bleh didapati kat sini, restoren Boko Sunset.



Pemandangan yang santekkk sangat.



Masih Boko Sunset, bleh duduk jugak kat kusi atas tangga tuh. Natural feeling katanya.



Gunung Merapi



Kraton kat Malioboro



Pasar Beriharjo


Kraton kat Solo. Tak masuk pon sebab dah lama tutup, dan agak skeri masa neh sebab dah senja dan azan maghrib sedang berkumandang.


Kraton kat Solo - err, skeri pon kitorang masuk sket sekadar amik gambar.



Solo - bukan gambar paranormal, tuh hasil asap rokok inche tour yang asik smoke berputung-putung.



**Rate kitorang masa neh 1,000 IDR ~ RM0.32



P/S: Jangan lupa asingkan 100,000 - 150,000 IDR untuk bayaran tax time balik nanti, kang ada jugak yang tak balik Malaysia. Amount tuh mungkin berbeza ikut airport. 
Kitorang dipesan hosmet tax adalah 150,000, tup-tup 100,000 IDR. Lepas confirm dengan petugas kat situ mencicit kitorang shopping habiskan baki 50,000 IDR. ^^


Tiada ulasan: