Jumaat, 15 November 2013

Herbalife & Kenyang

Oh tidak, aku bukan la pengedar Herbalife atau pape spesies protien shake nih. Nih adalah sekadar perkongsian sebuah pengalaman consume Herbalife.

Aku penah consume Herbalife, selama sebulan.

Diet bukan la penyebab pasalnya aku diet dan aku adalah ala-ala minyak dan air, tak berapa nak ngam.

Alasannya, adalah out of curiosity.

Aku sangat tertanya-tanya bebetul ke segelas protien shake boleh membekalkan rasa kenyang sepanjang hari. Macam propa jah.

So aku beli la satu. Satu je, masa tu berharga RM170. Sekarang memang dah naik sebab tak lama lepas aku beli tuh pon memang harga dah nak naik. Dan aku beli tuh pon beberapa tahun yang lepas.

Aku adalah orang yang agak mudah lapar. Justeru sangat teruja nak tau apa rasanya kenyang dengan hanya mengambil segelas Herbalife sebagai ganti sarapan dan segelas lagi sebagai ganti makan malam.

Dan ulalala. Beberapa hari pertama memang agak struggle sebab dah terbiasa makan kueh dua tiga ketul dan nescafe ais, perut agak berbunyi-bunyi jugak. Masuk hari keempat dan kelima dah terbiasa. Dan memang rasa perut penuh.

By the way antara syarat lain ialah kena minum air paling kurang 3 liter sehari. Cabaran terbesar buat aku yang memang la malas minum air kosong neh. Alasan minum air banyak-banyak ialah supaya protien yang diambik tuh dapat ditransport ke bahagian yang sepatutnya, kalau tak minum air kira sesia la amik proties shake tuh.

Kala tengahari boleh makan nasik macam biasa. Herbalife untuk malam dan pagi jeh. Dan sebotol tuh memang ngam-ngam untuk sebulan.

Memang ia mendatangkan satu perasaan sentiasa kenyang.

Yang mana memang la bagus untuk orang yang nak kurangkan berat. Memang berat aku turun sekilo dua dalam masa sebulan tuh. Without exercise langsung. Bermodalkan protien shake ganti breakfast & dinner. [sebenarnya asalkan protien shake tak kesah la atas nama jenama apa hasilnya memang agak lebih kurang bak kata Kevin Zahari tak pasal-pasal aku petik nama beliau kat sini mohon ampunnn.]

Cuma, aku kemudiannya memang stop terus.

Sebab selalu rasa kenyang, bila makan nasik dah tak rasa nikmat lagi. Nikmat makan semasa lapar dah takde.

Dan bila kua jalan-jalan teringin makan jajan, snack etc., perasaan tuh sume tak dapat dilayan lagik, sebab sentiasa rasa kenyang.

Itu la sesatunya sebab kenapa aku berenti consume Herbalife. Wheee~






P/S: Ini bukan entry promote Herbalife, sekian. Lalalala~


Tiada ulasan: