Dah lama jugak Sabtu diisytiharkan sebagai Hari Tanpa Beg Plastik. Rata-rata pasaraya menggalakkan penggunaan semula beg plastik dorang dan pelbagai insentif dibagi, dalam bentuk extra point dan sebagainya. Dalam masa yang sama dorang tetap mengeluarkan beg plastik untuk pengguna yang takde beg sendiri tapi dengan caj 20sen setiap satu.
Dua dalam satu, menyokong usaha kerajaan dalam meminimakan sampah berbentuk plastik dan menjana keuntungan lebih dalam satu masa yang sama. Kalau dah namanya bisnes. Keke~
Justeru, salunya aku dan bebudak rumah memang la mengelak untuk kua shopping barang rumah pada hari Sabtu, sama ada malas kena extra caj untuk beg plastik, ataupon memang malas nak bajet bape banyak beg plastik nak kena bawak memandangkan kitorang kalo shopping memang sah setroli penuh.
Jadi, tak penah la dapat tengok betapa berjayanya usaha kerajaan yang satu neh.
Cuma, hari ni bila kua [terpaksa kua katanya], singgah sebentar di Aeon Big (formerly known as Carrefour), keliatannya ramai yang bawak beg serba guna memasing
Kiranya, ada kesan jugak la Hari Tanpa Plastik neh. Walla~
P/S: Oh tukang menulis ni memang dah plan nak beli barang so memang bawak jah sesiap beg serbaguna sendirik ye. Kedekut 20sen. Lalalalal~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan