Selasa, 19 November 2013

So-called 'Innocent'

Sekali lagi, dilabel 'baik' serta 'sopan-santun penuh tatasusila' adalah kelakar.

Bak kata si bijak pandai, usah dinilai sebuah buku dari muka depannya. Malangnya, ada satu perkara yang dinamakan 'pandangan pertama' aka 'first impression' [macam buruk je bunyiknya dalam bahasa Melayu keke]. Selaku manusia yang memang selalunya akan menilai dari apa yang keliatan.
Dah namanya pon menilai pakai mata~keke

Gitu la life, sorang yang kelihatan gagah perkasa dari segenap segi, mungkin sorang yang penuh emosi dalam sesetengah perkara/keadaan, dan sebaliknya.

Dan bila apa yang fakta tu terbentang, itulah yang dikatakan yang aneh dan tak terjangka.

Sedang manusia memang suka menduga-duga sendiri tanpa cuba pahami apa sebenarnya yang tersirat. Dan kadang-kadang suka untuk mengharap yang bukan-bukan hingga kecewa sendiri bila harapan ranap bila saja kebenaran terpampang.


***********************************


Kesahnya, aku yang memang dikurniakan berair muka penuh inesen kerap disalahertikan. [tak pasal-pasal masuk kisah aku haha]

Konon spesies inesen yang putih bersih tatau pape yang perlukan guidance sepanjang masa, spesies yang redha apa saja adanya, spesies yang penyabar tentang apa saja, pendek kata spesies yang penuh suci nurani segalanya.

Lalu, bila perawakan sebenar sorang aku dipertontonkan, bukan sikit yang dulunya memanggil diri deme kawan, satu demi satu menjauhkan diri. Lagi best bila kawan jadi seteru.

Hanya kerana aku tak menepati piawaian watak anganan delusi deme.

Alkesahnya, ni adalah satu kekejaman aku depani sejak dulu. Funny fact.

Tu pasal orang kata jangan menilai sesape dari luaran, kan dah frust sorang-sorang. Dan frust-kan orang lain sama. Tak pasal-pasal aku kurang kawan kan. Sila simpati sekian timekasih.



************************************


Tapi, kerana aku percaya kelebihan dan kekurangan sesorang adalah pada titik/perkara yang sama, justeru dengan memanipulasi fakta neh, imej inesen adalah imej paling sesuai dipraktikkan di opis.

Justeru, demi memastikan segalanya kekal sempurna, pengiraan yang tepat adalah penting. Opismate & hosmet tak boleh dipertemukan, kalo tak sume imej inesen serba suci murni aku kat opis akan hilang ditelan kabus. ^^
Mampos hosmet aku gelak guling-guling kalau dengar opismate aku cakap aku senyap.

Kerana inesen tuh hanya apa yang terlihat, sedang hakikat yang tersimpan adalah sebaliknya. Wheeee~





P/S: Mixed feeling so ramble about nothing haha.

Tiada ulasan: