Jumaat, 12 Julai 2013

Samat Puasa~!

Puasa adalah salunya terasa lebih lama dari hari-hari biasa. Selang lima minit tengok jam adalah benda biasa. Tak cukup jam tangan, tengok jam kat PC, jam dinding, dan jam kat henpon.

Tapi puasa tetibe jadi laju tak sedar-sedar je dah tinggal seminggu, adalah puasa pada 4 tahun lepas. Puasa pertama selaku pekerja.

Dan tahun ni, macam tahun-tahun sebelum ni jugak, masa laju semacam. Balik-balik je dah azan Maghrib. Tsk~

Dan kalo kena dengan gayanya, tahun ni mungkin tahun pertama beraya sambil bekerja.

Satu masa dulu tak penah terpikir pon ada orang yang balik raya hanya 2 hari, atau mula bekerja pada raya ketiga, atau balik raya hanya pada malam raya.

Tapi tu lah, kehidupan adalah selalu di luar sangkaan, supaya kehidupan tuh tak bosan. Sentiasa ada unsur kejutan di mana-mana. Walopon hakikatnya aku tak sukakan kejutan, surprise, atau seangkatan dengannya, tapi pilihan yang ada cuma terima apa adanya.




P/S: Macam kelakar plak room mate yang sorang neh gigih syahdu syahdan semata-mata puasa hari pertama puasa bukan bersama famili. Keke, sampai bantut selera makan tuh. Siannn~

Tiada ulasan: