Ahad, 1 Disember 2013

Selfish

Kadang-kadang perlu untuk pentingkan diri sendiri. Bak kata pepatah Melayu, buat baik berpada-pada. Berbuat baik tuh tak salah, malah digalakkan. Tapi bukanla ke tahap menyusahkan diri sendiri.

Dan, bukan la mudah untuk puaskan hati sume orang.
Well, mustahil mungkin.

Hakikatnya, ada sesetengah perkara mungkin patut biarkan saja Si Luncai dengan labu-labunya. Satu masa nanti, suatu masa yang ditakdirkan nanti, kenyataan sendiri yang akan tertampar tepat di wajah.

Waktu tu, ia mungkin semacam simbahan air dingin di subuh hari.

P/S: Sila bertabah~

Tiada ulasan: