Katarsis by Anastasia Aemilia
Katarsis berdasarkan novel nih adalah proses meluahkan bebanan minda yang dijalani watak-wataknya demi melenyapkan trauma.
Trauma sorang pembunuh silam.
Trauma mangsa pembunuh bersiri.
Trauma pembunuh bersiri yang gilakan kesakitan.
Trauma masa dan dosa-dosa lalu.
Bermula dengan watak si Tara yang katanya sesatunya mangsa aka saksi yang terselamat dalam pembunuhan kejam sebuah keluarga - mangsa lain dibunuh dan dikerat/dipotong/dicincang hingga tak berbentuk mayat yang sempurna - sedang si Tara dikurung dalam sebuah kotak - sebijik macam kotak di cover novel - selama beberapa hari, nyaris mati dek keracunan karbon dioksida.
Buku neh agak berat, setiap watak ada peranan tersendiri - dan toksah sesekali kesiankan watak-watak yang kelihatan seolah mangsa keadaan.
Mangsa atau pemangsa, kedua-duanya ada sisi gelap tersendiri.
Uh-oh. Mungkin boleh kesiankan watak doktor tuh.
Tara sendiri adalah watak yang penuh dengan masalah mental sejak kecik - matang sebelum usia di mata masalah mental yang tak kelihatan menyebabkan watak ni kadang-kadang terlalu kejam - sama ada di usia kanak-kanak yang sepatutnya suci & inesen, atau di kala usianya menjangkau remaja - darah yang mengalir umpama hiburan yang mendatangkan satu keseronokan dalam ketakutan.
Watak Heru, yang sekali imbas sekadar berperanan saksi mata pembunuhan Moses oleh Tara, sebenarnya adalah tunjang penyebab plot berkembang.
Ello yang muncul tiba-tiba jauh lebih kejam, mangsanya dipilih secara rawak, tiada pola tepat. Kegilaan untuk merasakan apa tuh kesakitan kerana watak neh tak punya deria untuk merasa erti sakit secara fizikal.
Terlalu banyak kegilaan dalam novel neh.
Jangan kome gila hilang akai baca buku neh sudah.
P/S: Aku kurang gemor buku terjemahan Indonesia sebab bahasanya tak agak nak sama dengan bahasa Melayu, tapi buku ni boleh la dikecualikan. Selain bahasa yang dah tak pelik sangat, jalan cerita adalah boleh layan. Jangan sampai ngigau malam sudah. ~
2 ulasan:
teringin juga nak baca novel... tp oleh kerana buku sekolah lagi banyak.. maka rentikanlah cita² nk baca novel ke.. ape ke.... huhuhuh
budak2 skolah mmg kena baca buku skolah je haha
Catat Ulasan