Khamis, 5 September 2013

Ace is back~!!

Alhamdulillah... si shomel Ace dah bleh on mobile data~!

Tak payah kusut kepala nak beli tipon lain lalallalalalal~

Alkesahnya pi Samsung Service Centre kat tingkat 4 Low Yat, kendian deme tolong formatkan, free of charge gitu (kesahnya aku penah tanya kat kekedai baiki tipon kalo format RM50 katanya), pastuh dah bleh on mobile data balik.

Mobile data adalah penting terutamanya bila time kat kampung. Adalah penting untuk ada line tenet supaya tak mati kebosanan terutama bila abang aku asik bising aku tengok TV siaran berbayar yang atas nama beliau tuh bukak channel yang beliau tak gemor seperti channel 391, 393, 180, dan seangkatan dengannya.

Mobile data jugak penting bila mata gagal lelap di tetengah malam, boleh jugak aku selak memana page cte seram ke main lompat-lompat blog secara bacaan senyap ke atau apa-apa saja yang patut.

Yang lebih penting lagik, disebabkan bulan neh dah terLEBIH budget serta TERpakai dwet emergency maka hasrat kononnya nak rembat Xperia Z perlu la dibatalkan. Jadi timekasih si Ace yang comel sebab berjaya berfungsi seperti sepatutnya.

Angan-angan untuk upgrade tepon kepada yang lagi best perlu la ditangguh hingga ke tahun depan sekurang-kurangnya. Bak kata orang tua-tua, ukuq baju biar la di badan sendirik. Tepon ensem ohsem adalah kehendak semata-mata, toksah duk beriya sangat, tadi dah berkenan Xperia Ultra Z plak aisehmen Ace yang ada tuh dah cukup baguih. Sila bersyukur apa yang ada, sekian~~~




P/S: Ace ialah comel. Heheheh~

Tiada ulasan: