CERITA SATU
Awal 2004
Tergesa-gesa dia melangkah menuju ke kelas. Loceng yang menandakan waktu rehat akan tamat bakal berbunyi sedikit masa sahaja lagi. Amirah tertoleh-toleh sebelum menyelongkar beg Haslia. Tak jumpa! Amirah mula resah, dia tunduk, memicing pandangan ke dalam laci. That’s it! Dia tersenyum. Sebuah buku setebal 200 mukasurat berkulit tebal segera dicapainya. Serentak, loceng berbunyi nyaring. Amirah bergegas ke tempat duduknya di penjuru kelas. Buku tersebut segera disogok ke dalam beg sekolahnya. Degupan jantung yang tadinya menggila mulai reda.
Berbondong-bondong pelajar kelas 4 Sains 6 memenuhi kelas semula setelah setengah jam meredakan minda dari asakan ilmu-ilmu duniawi dan ukhrawi. Haslia dan Liana turut menyertai gerombolan pelajar-pelajar tersebut. Pandangan mereka berlaga dengan renungan aneh Amirah. Liana sekadar tersenyum. Punggungnya dilabuhkan ke kerusi. Tapi Haslia mengesan sesuatu. Bukunya tampak berbeza dari susunannya yang biasa. Aliran darah dalam tubuhnya mula tak menentu. Tangannya segera menggagau ke dalam laci. Sah! Buku tebalnya tiada di tempat asal. Haslia mengerling ke arah Amirah. Hatinya berkata sesuatu.
CERITA DUA
Amirah berjalan tanpa arah. Jalan di hadapannya terbentang lurus. Dia terus melangkah. Sekitarnya putih berkabus. Langsung tiada bunyi-bunyian. Burung-burung berterbangan, tetapi kicauannya tak kedengaran. Sungai di hadapannya mengalir lesu, namun tiada bunyi deruan seperti yang biasa dilihatnya. Pemandangannya juga aneh. Seluruh pemandangan hanya berwarna hitam dan putih. Bak siaran televisyen lewat dua dekad yang dulu- tak berwarna!
Pelbagai persoalan mula mendera pertimbangannya. Tempat apa ni? Kenapa aku di sini? Pemandangan dan suasana yang menarik, tapi tanpa warna – warni dan bunyi! Kenapa begini? Dan...kenapa segalanya berkabus? Ini mimpi, atau sekadar sebuah ilusi? Kenapa aku bersendiri?
- Ini duniamu Amirah!
Satu suara tiba-tiba bergema. Amirah tersentak!
‘Siapa tu? Jangan cuba takut-takutkan aku, tunjukkan diri!’ Amirah bergelintar. Namun sekelilingnya hanya kabus. Kabur.
- Takut pada aku? Tak kenal aku? Amirah… ini duniamu, hati engkau! Aku ini engkau Amirah. Engkau!
Aku? Matanya melingas.
2 ulasan:
wah. ni citer bersambung eh
ye btol.....
Catat Ulasan