Isnin, 24 Oktober 2011

Know me Not

Speechless kekadang.

Meski aku sorang penulis dan realitinya pon aku juga sorang yang banyak mulut, tapi adakala terlalu payah nak ungkapkan tentang beberapa perkara.

Heh, maapla, aku memang tegar anggap diri adalah sorang penulis, walopon dalam sejarah penulisan aku hanya penulis cerpen picisan, penulis sajak suatu ketika dulu, dan ada la menangi beberapa pertandingan penulisan kekecik.

Kisah menulis, adalah kerana persekitaran waktu kecik yang menyukarkan aku berkongsi rasa dengan sesiapa. Bukan la kerana institusi keluarga yang pincang, keluarga aku sempurna adanya. Cuma, mungkin jarak antara aku dan adik yang agak dekat menyebabkan perhatian lebih tertumpu ke situ berbanding aku.

Ia bukan la sesuatu yang menyedihkan, malah aku gembira sebenarnya sebab persekitaran itu lah yang membentuk aku yang sekarang.

Lalu, menulis adalah sesatunya cara aku gunakan untuk berkongsi rasa.

Sejak berusia lebih kurang 9 tahun. Hanya menconteng kisah-kisah di buku 555.

Dan tulisan tuh selalu dibaca memember sekelas. Apa yang membencikan adalah, dorang akan sesuka menukar kisah aku, ditambah itu dan ini, dan ada yang akan menukar jalan cerita yang selalunya bertemakan kekeluargaan kepada kisah cinta picisan.

Seyes, ia sungguh annoying.

Namun, kerana aku jahil berterus terang, maka kebencian dan ketidaksukaan tuh hanya terpendam diam.

Pakej kepada habit bertahun lamanya tuh, menjelang remaja, seperti anak-anak muda yang lain, aku berdarah panas, sumbu pendek, nipis telinga, dan seumpamanya yang membawa erti betapa aku sorang yang baran.

Cuma, makin masa berlalu, aku ditemukan dengan pelbagai watak berlainan. Dalam watak-watak tuh ada yang menjadi teman nan akrab, dan ada yang mampu jadi pencorak yang menjadi punca aku mulai berubah.

Selaku sorang yang normal, aku juga penat dengan amarah yang tak penah padam. Lalu, banyak yang berlaku sikit sebanyak membolehkan aku mengubah diri dan sikap.

Aku masih dalam proses memperbaiki diri. Dalam masa yang sama menjadi si sesumpah yang bijak menyamar sesuaikan diri dengan persekitaran.

Tapi, bak kata orang, pandai mana ikan berenang, tertangkap jugak dek bubu. Heh, asalnya aku adalah pemarah, bukan penyabar, dan memang telinga nipis, justeru tatkala tak daya mengepung sabar, maka tetap jugak akan terserlah sikap sebenar tuh.

Dan, ia sungguh annoying bila kebenaran tersingkap.


P/S: Sukar untuk pahami ada yang boleh menerima sesorang adanya dia.
Aku benci bila ada yang menyentuh rasa diam-diam macam nih.

Tiada ulasan: