Ahad, 14 Ogos 2011

Kisah Arjuna : Jalan Alternatif Gua Musang

Pontianak katanya berasal dari wanita mati beranak sulung. Justeru, satu masa dulu mayat wanita yang kehilangan nyawa tatkala bertarung melahirkan kandungannya pernah diazab dengan bermacam cara semata menghilangkan ketakutan masyarakat yang rata-rata masih jahil tentang iman dan Islam.

Antara yang paling popular adalah saat matinya bakal ibu bersama kandungan yang tak sempat dilahirkan, mulut jenazah tersebut akan disumbatkan dengan seketul emas, kononnya menghalang daripada menghilai panjang saat dibangkitkan semula selepas kematiannya. Malah, di ketiaknya juga diselitkan emas, beralasankan menghalang mayat yang bakal dibangunkan semula selaku makhluk menakutkan itu untuk terbang tinggi.

Dan beberapa pantang larang lagi yang nyata karut dan merapu.
Kisah pontianak bangun dari kubur, menghilai dan membunuh binatang ternakan pernah seketika menggerunkan seisi nusantara. Namun, bila arus modenisasi mula menular, perlahan-lahan isu itu mula dilupakan, hingga lah beberapa tahun ini kisah ini diperkatakan semula – difilemkan.

Hakikatnya, makhluk ini adakah bebenar wujud? Sesiapa pernah menemuinya?


Penghujung Julai 2011
Jalan alternatif Gua Musang
Senja


Arjuna bersama si ibu dan si ayah baru saja menghantar si adik ke salah satu IPG di Terengganu, dan berpandukan GPS yang kadangkala sedikit mereng beliau terpaksa melalui jalan Gua Musang.

Dalam perjalanan tetibe si Arjuna terasa sedikit pening, namun dek semangat jantan kononnya, beliau meredah juga perjalanan yang tinggal separuh. Lalu, di simpang tiga yang sepatutnya beliau terus sahaja untuk ke Kota Bharu, separa sedar haluan diubah, lantas laluan menghala – laluan alternatif ke Gua Musang.

Heh, bagi yang maklum, laluan sepanjang Chebong hanya ditemani hutan meninggi kiri dan kanan. Si ibu yang asalnya arif tentang hal itu bagaimanapun sekadar berdiam diri, dengan sangkaan si Arjuna maklum dengan jalan yang dilaluinya.

Lantaran itu, tatkala haluan diubah, si ibu sedikit tertanya namun malas menyoal.
Separuh perjalanan, hujung langit makin merah warnanya, menunjukkan waktu hampir maghrib. Waktu yang sama, ketiga-tiganya tetiba terpandangkan sebuah rumah kayu nun tersergam dalam hutan sana.

Persis kisah yang biasa didengari, rumah kayu yang agam, gagah berdiri, namun sekitarnya gelap, bak tak berpenghuni. Spooky mula terasa di mana-mana.

Si ayah yang gemarkan reka bentuk rumah kayu meminta perjalanan dijedakan seketika, teringin memerhatikan ruamh tersebut dengan lebih teliti katanya. Arjuna meski terasa sedikit keseraman sekadar menurut.

Tetibe juga kedengaran suara nan halus lagi panjang, seolah-olah sebuah hilaian. Tetapi si ayah berkeras mengatakan itu adalah bunyi decitan tayar kereta di jalanan.

Heh, di jalan nan sunyi sepi cenggitu?

Enggan berlama-lama, ketiga-tiganya segera meloloskan diri ke dalam kereta dan meneruskan perjalanan.

Klimaks kisah nan panjang neh, apabila tetibe si Arjuna terasa pening semula dan kelopak matanya terasa berat. Mengantuk tiba-tiba menyapa. Namun malas memberhentikan perjalanan apatah lagi masih bertemankan belantara, minyak ditekan jugak.

Si ibu yang berada di seat belakang, yang sedari mula merasakan spooky di mana-mana, tiba-tiba terasa tangannya tersentuh sesuatu yang halus, lembut dan panjang. Dan sebaik pandangan ditelitikan, yang terbentang adalah seorang perempuan dengan rambut menggerbang sedang memaut leher si Arjuna dari belakang.

Heh, pontianak, kuntilanak, atau apa saja. Tapi itulah, makhluk seumpama perempuan berpakaian serba putih dengan kuku panjang dan rambut menggerbang.

Pontianak tersebut berambut hitam yang sangat panjang, menggerbang, dan sedang memeluk leher si Arjuna.

Si ibu yang walopon tergamam, masih sempat berdesis. “Binatang nih rupanya, aiseh.”
Lalu meraih keberanian yang masih ada, mata dipejam dan membaca Ummul Kitab serta Al Ikhlas tiga kali. Waktu mata dibuka semula, kelibat sang pontianak sudah pun hilang.

Waktu dikhabarkan tentang hal ini, Arjuna dengan bingung bertanya, bagaimana dia boleh menghala ke laluan yang tak pernah diambil?

P/S : Pontianak berambut hitam rupanya ye…

Tiada ulasan: