Rabu, 31 Oktober 2012

Meriyan - Dulu & Sekarang

Meriyan - satu spesies perasaan kemurungan/stress yang dikaitkan dengan ibu-ibu yang baru bersalin & masih dalam tempoh berpantang.

Kurang pasti pulak apa penjelasan sebenar perkataan neh atau adakah ia  wujud dalam kamus dewanbahasa tapi selalunya ia dialami oleh ibu-ibu muda yang baru melahirkan anak.

Lebih kurang macam satu perasaan rendah diri, rasa diabaikan, rasa tak dipedulikan & kekadang ibu-ibu ni sukar menerima kenyataan dorang kini punyai anak.

Selalunya berpunca bila ibu-ibu neh dapat anak dalam keadaan mereka masih kurang bersedia, yang menyebabkan dorang gagal kendalikan pikiran supaya sentiasa berada di tahap waras & normal. Kadang, si ibu neh terasa kurang disayangi suami dek perubahan bentuk badan. Dan ada jugak, si ibu yang trauma dengan kesakitan saat melahirkan bencikan bayi yang menjadi penyebab kesakitan tuh. Neh agak rare la. Ke?

Akibat fikiran yang gagal berfungsi di landasan sewajarnya neh, ada sesetengah kes si ibu enggan susukan bayi, atau lebih teruk enggan uruskan diri sendiri, dan yang lebih dasat penah aku baca dalam magazine zaman bila tah, si ibu sanggup sama ada cuba membunuh si bayi, atau dirinya sendiri.

Scary. Nggg....

Kalau zaman sekarang, jarang berlaku meriyan disebabkan mendapat bayi pada usia muda. Malah kebanyakan mereka yang bersedia untuk memikul komitmen untuk berumahtangga sudah pon sikit sebanyak mempersiapkan diri selaku ibu atau bapa.

Tapi, meriyan masih berlaku. Cuma penyebabnya, selalunya la, tatkala si anak terpaksa dipisahkan dari si ibu.

Alasannya, rata-rata pasangan yang berkahwin kedua-duanya berkerjaya. Justeru, usai 3 bulan cuti bersalin si ibu sudah pon menyarung pakaian kerja & menyambung tugasan yang tergendala. Lalu si comel yang berusia sama ada 3 bulan atau kurang, terpaksa diserahkan kepada nursery. Atau mungkin ditinggalkan di kampung dalam jagaan si nenek.

9 bulan atau sekurang-kurangnya 7 bulan si bayi & si ibu adalah satu, ke mana-mana sentiasa bersama-sama, selepas 3 bulan melihat bayi dalam pelukan, si ibu yang masih cuba menyesuaikan diri dengan telatah si comel, terpaksa berpisah.

Bagi yang kuat & mampu, rasa terkilan dicampak jauh-jauh.

Tapi bagi yang gagal mengepung rasa yang membuak, ia tekanan yang bukan sedikit.



P/S: Ubat untuk penyakit neh? ~

Tiada ulasan: