Khamis, 15 November 2012

A Place Called Home

Akhirnya, unifi selamat diaktipkan balik kat rumah baru.

Setelah beberapa sesi-senak-otak-cari-rumah-sewa, akhirnya kitorang dapat jugak satu unit apartment (?) kat tempat yang sama, berbeza blok jeh. ^^ Alhamdulillah.

Sesi-sesi pindah-randah barang dari sebesar-besar & seberat-berat benda ke sekecik-kecik cinonit cinoit menda, yang kasarnya mengambik masa lebih kurang 2 minggu, akhirnya awal bulan nih kitorang sume secara rasminya berpindah.

Walopon rumah sekarang lebih kecik berbanding rumah dulu, tapi tapela, masih dalam proses cuba menyayangi (?) rumah baru.

Setakat neh, Astro blom masuk, jadik kakak Shunny masih kebuhsanan nan amat dek ketiadaan TV & channel-channel peberet beliau. Nasib baik la unifi ada Hypp TV, jadi boleh la tengok TV jugak. Sila bertabah kakak Shunny, Astro is coming, soon, harapnya laaa.

Oh yer, dan kali neh aku dapat apa yang lama aku nak, bilik yang dihuni hanya 3 orang, bukan 4. Finally. Dan, mesti disebut ialah, bilik aku ada kipas syiling.

Walla~! Selama neh pakai kipas duduk, lebih pat tahun yer, akhirnya dapat kipas syiling harus la seronok & ala-ala jakun gtu, wehehehe~



P/S: A set of smile. I want it some more. Lalalala~


Tiada ulasan: