Sabtu, 24 November 2012

It's Saturday

A whole Saturday for myself. Finally.

Setelah berhempas pulas menyelesaikan operasi pindah rumah, bercuti-cuti Mesia ke Langkawi yang sungguh panas berbanding KL - yang sentiasa la lembap aci petang je ujan, aci tengahari ujan - selama 3 hari 2 malam, balik ke kota ibu kota dan sambung keje selama nam hari, hujung minggunya ke Podiksen pulak untuk majlis nikah & kenduri kawen hosmet - bertabahan di bilik berekon penuh serunuk selama 3 hari 2 malam jugak - balik kota ibu kota lagi dan sambung keje selama lima hari, akhirnya hari ni adalah hujung minggu pertama melepak di rumah sewa baru dengan amannya.

Uff. Ia adalah apa yang dinamakan kepenatan.

Dan, mengjangkakan keje minggu neh bakal mencabar kekuatan, tapi rupanya, tidak sama sekali.

Call alhamdulillah makin normal. Makin ke tahap-tahap biasa walaupon asik dapat call pepelik dan jenuh nak bercakap. [sorang cs pon reti penat & malas bercakap walla]

Apa yang di luar jangka adalah, minggu neh adalah minggu sakura berguguran. Walla~ [yeyyy mood putus pius datang lagi sila abaikan saya]

Cuma, penghujung minggu, heh, apa yang dinamakan realiti tuh menghentak minda yang makin tenggelam dalam angan yang tatau bila nak habis.

A conversation.

Yang dah semacam simbahan air dingin ke wajah. Terseret ke panas bahang mentari di dunia serba nyata dari nyaman bayu menghembus di sejuk mimpi khayalan.

Tapi still, walo se-best mana berangan, kenyataan adalah yang terbaik. Menerima apa saja selaku hakikat adalah jauh lebih baik dari teruskan mencipta ruang serba manis dalam pikiran.

Baikla, balik kepada dunia serba nyata nan fana, minggu depan adalah keje balik lambat, harus lepas Isya' baru balik. Justeru sila bertabah.

Dan cik annual leave, bila agaknya nak approved ye? Saya nak beli tiket balik kampung neh.



P/S: Fefeeling macam stalker pulak. Aigoo~

Tiada ulasan: