Weird dan pelik bilamana lebih banyak terdiam dari becok sentiasa.
Awal bulan aritu cuti lebih seminggu kat kampung, dan kua jumpa member sekolah menengah. Dedua member yang aku jumpa tuh memang member rapat, dan memang dalam mode terkejut bila salah sorang dari dorang maklumkan dirinya baru je dirisik dan andai jodoh panjang akan melangsungkan pertunangan Jun nanti. Majlis nikah mungkin awal tahun depan.
Heh, tekejut sebab tak sangka. Tuh je pon.
Balik sini plak baru je salah sorang hosmet bagitau perkara yang sama.
Heh, feeling dia lain bila member rapat yang bagitau berita seumpama neh.
Sebab kedua terbesar meletakkan diri dalam mode weird bila selepas bercuti lama dan masuk keje balik tetibe antara soklan pertama ditanya,
Isu kecik je asalnya, bila password revoked/locked atau terlupa kena la reset. Cuma kerana berurusan dengan sistem yang sepatutnya tak mendatangkan masalah, tetibe ada akaun yang dah direset tapi masih locked. Justeru customer memang akan call balik suruh reset balik.
Dan. Bila terpaksa buat panggilan kali kedua, memang akan ada yang tak puas hati lalu menuduh previous person in charge tak buat keje.
Buat silap, tersilap atau tersalah dalam keje, adalah sesuatu yang tak boleh dielakkan, justeru aku tak kesah ditegur.
Cuma, yang mendatangkan keajaiban bila colleague yang menegur mendakwa ramai yang mengadu kat dia betapa selalu sangat dapat komplen dari customer yang aku handle sebelumnya.
Aku bukan special person yang ada sebarang specialty yang menghalang dorang dari directly menegur aku. Aku bukannya someone yang perlu di-handle with care.
An ordinary staff.
Kenapa tak direct cakap je? Seyes pelik.
Dan situasi neh meletakkan aku dalam langkah sangat berjaga-jaga bila buat keje lately. Secara otomatik jugak menyebabkan mulut terasa terkunci walo untuk berbasa basi.
Untuk sesorang sesukabercakap cam aku, ia sungguh membebankan.
P/S: Dalam mode menyesuaikan diri. Haip~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan