Rabu, 27 Jun 2012

Botol~

Ada satu botol neh, berisi jus epal madu. Khasiatnya antaranya membantu tidur yang berkualiti & pagi yang lebih segar.

Dan ia milik salah sorang hosmet.

Suatu petang usai balik keje, ada sorang rumet ni, habit beliau ialah minum air sebaik sampai rumah, lalu terus menuju ke dapur. Dan terlihat botol jus epal madu tuh waktu minum air. Selaku manusia yang selalu ada perasaan ingin tau, rumet yang neh mengangkat botol tersebut separas mata sambil bertanya apa spesies menda dalam botol tuh.

Aku yang kebetulan kebosanan & dalam mood nak buat lawak bodoh sengaja menjawab:
"Eh botol tuh takleh pegang."

"Kenapa?" beliau menyoal.

Sambil berlalu selekasnya [untuk elak kena sound sebab bakal bagi jawapan bodoh],"... nanti power dia hilang."

Malamnya tatkala empunya just epal madu balik si rumet yang teringin tau tentang kandungan & khasiat jus tersebut segera bertanya significant kenapa botolnya sendiri tak boleh dipegang.

"Sape cakap kat ko tak boleh pegang botolnya?!"

Dan tetentu la nama aku yang berkumandang sebagai jawapan.

"Ko percaya?!!"

Iyer, cik rumet yang tuh percaya dengan seriusnya dengan jawapan aku.




P/S: Aku gelak tak cukup tanah malam tuh.

Ahad, 24 Jun 2012

Mani-Pedi

Done with manicure-pedicure session ari neh kat Subang Jaya.

Groupon la tentunya, pegi dengan harga biasa memang tak mampu la.

Jujurnya, sesi neh rasanya akan jadi yang pertama & yang terakhir. Sorry to say, agak tak worth it.

Sesi tuh agak rough & takla se-best mana. Hasilnya pon biasa-biasa je, hampir sama dengan yang aku salu buat kat rumah pakai kiub 4 segi yang ada 4 jenis permukaan - rata-rata boleh je dapat dekat memana farmasi dengan harga kurang RM10.

Sebab mengapa ia agak tak memuaskan:
1. Aku & member aku duduk sebelah menyebelah tapi treatment step tuh berbeza.

2.Massage yang merupakan antara intipati sesi hanyala sesi sapu losyen lavender bagi rata-rata then daaa.. siap.

3. Proses kilat yang sebelumnya ditaruk sikit wash-off cream kemudiannya dikilat menggunakan sejenis berus yang menyebabkan kesan calar yang bukan sikit kat permukaan kuku. Dan ia sungguh menyedihkan.

Kesimpulannya, jauh lebih baik buat di rumah saja. Tak pon sambil jawab call. Wehehe~
Sesi neh kira experience la, takde la jakun sangat nanti orang duk cakap pasal mani-pedi bagai.



P/S: Some people say, Beauty is Pain.
I tot beauty is very subjective..eh?

Ahad, 17 Jun 2012

Taiping-Baling-Taiping

Semalam 16/7/12 adalah tarikh pasangan SS-AA disatukan. Kenduri deme insyaAllah bertarikh raya ke5 & raya ke7, semalam hanya pernikahan dengan kenduri kecik & sesi outdoor (kot).

Justeru Sabtu tuh dek sedikit kesulitan aku, Lean & ustazah Una bertolak dalam ko 12 tengahari dari Kamunting ke Baling. Dan aku yang tetibe cuai menyebabkan kitorang terpaksa berpatah balik lepas bertolak kira-kira lima menet, kononnya tertinggal purse yang rupanya ada dalam beg sandang dalam bonet. Haip~

Majlis pernikahan berlangsung kira-kira 1330 & kitorang hanya tiba tatkala tetamu lain beransur balik, waktu jam hampir 1500.

Lepas menjamu selera pengantin ajak join sesi outdoor di bendang.

Dari sekadar pemerhati tak pasal-pasal kitorang disuruh jadik pelakon tambahan deme posing plak.

Menjelang 1700 kitorang terpaksa mintak diri memandangkan memasing tak pasti perjalanan balik Kamunting walopon tujuan asal ialah pengantin lelaki nak tunjuk rumah dia untuk kesenangan kenduri nanti.

Dan tatau kenapa & macamana, tetibe sampai turn aku salam dengan Puan Pija, tetibe ada sesi emo bagai. Perasaan yang hampir sama waktu di majlis kawen si Arjuna satu masa dulu - dan ini adalah antara sebab aku tak suka pegi member punya kenduri. Hoh~

Sebahagian dari pose pengantin yang sempat disnap. Dengan izin tuan punya badan ia aku publishkan.


Lokasi outdoor





Aksi sang pengantin di bawah arahan cameraman



Copycat Ustazah Una & Lean di bawah arahan aku selaku cameraman



Kalo dah nama pengantin tengah candid pon berseri-seri penuh bahagia



Speechless 1



Speechless 2 : Nampak cool tapi hakikatnya pengantin lelaki tengah nangis sambil senyum sebab tak cukup gagah :p



Satu.Dua.Tiii~ga~!



Speechless 3



Giliran pengantin jadik cameraman yela cameraman pon married kapel yang tetibe teringin nak posing jugak



Sedang bersembang dengan pengantin pompuan bila tetibe pengantin lelaki muncul kat pintu


Selamat pengantin baru buat pasangan SS-AA, sila bertabah dalam menanggung tanggungjawab yang rasanya tak seindah sesi outdoor (?).


P/S: Sesi gambar hanya akan diupload setakat neh saja untuk mengelakkan deme-deme yang blom kawen terasa aura jeles. Tamat~!

Ahad, 10 Jun 2012

Cooti Tamat~

Kurang 4 jam akan bertolak ke KL semula. Adeh, part paling tak best bila berada di kampung. Wulla~

Hujung tahun neh insyaAllah ada plan cuti-cuti Mesia, salunya akan bergerak satu rumah tapi kali neh berdua(?) dengan salah sorang hosmet. Kekangan masa free kekdahnya. Memasing busy tak hengat maka takde maknanya.

Dan suku tahun pertama tahun depan insyaAllah jugak la nak jenjalan tapi jauh sket la, dan kali neh dengan hosmet reramai.

Malangnya, mak aku adalah sorang yang sangat la tak suka anak dia gi jejauh. Dan walopon aku blom cakap pape pasal planning tahun depan yang perancangannya dah pon bermula tuh, tapi instinct sorang mak cam tetau je. Dan-dan jeh beliau cakap, kalo nak melancong tuh melancong le, tapi dalam Mesia sudah laaa..

[Mak aku ada jenis yang tak suka anak-anaknya berjalan-jalan tatau la kenapa walhal anak-anak beliau sume suka jenjalan adehh]

Lalu aku pon bebuat la tak dengar apa yang beliau cakapkan.

Justeru, otak kena bekerja keras memikirkan cara nak bagitau nanti. Haip, lama lagik kot.


P/S: Adehh.

Khamis, 7 Jun 2012

There's a Girl - The End(?)

Kisah pasal 'there's a girl' baru je bermula selepas agak lama dipikir-pikirkan. Tapi nampaknya kisah pasal gadis tersebut bakal terhenti.

Sebabnya aku akan berpindah tempat di mana takkan lagi akan menatap wajah & ekspresi beliau.

Kisahnya, aku dah dapat TL baru lepas TL lama dah naik pangkat. Sedikit kerisauan di situ walopon sume orang kata asalkan kita buat keje kita tak kesah la sape pon orang atasan.

Hakikatnya ia menggusarkan. Haha~



P/S: Kurang besh sebab posisi baru akan menyukarkan aktiviti meng-usha~ Lalalalala