Semalam 16/7/12 adalah tarikh pasangan SS-AA disatukan. Kenduri deme insyaAllah bertarikh raya ke5 & raya ke7, semalam hanya pernikahan dengan kenduri kecik & sesi outdoor (kot).
Justeru Sabtu tuh dek sedikit kesulitan aku, Lean & ustazah Una bertolak dalam ko 12 tengahari dari Kamunting ke Baling. Dan aku yang tetibe cuai menyebabkan kitorang terpaksa berpatah balik lepas bertolak kira-kira lima menet, kononnya tertinggal purse yang rupanya ada dalam beg sandang dalam bonet. Haip~
Majlis pernikahan berlangsung kira-kira 1330 & kitorang hanya tiba tatkala tetamu lain beransur balik, waktu jam hampir 1500.
Lepas menjamu selera pengantin ajak join sesi outdoor di bendang.
Dari sekadar pemerhati tak pasal-pasal kitorang disuruh jadik pelakon tambahan deme posing plak.
Menjelang 1700 kitorang terpaksa mintak diri memandangkan memasing tak pasti perjalanan balik Kamunting walopon tujuan asal ialah pengantin lelaki nak tunjuk rumah dia untuk kesenangan kenduri nanti.
Dan tatau kenapa & macamana, tetibe sampai turn aku salam dengan Puan Pija, tetibe ada sesi emo bagai. Perasaan yang hampir sama waktu di majlis kawen si Arjuna satu masa dulu - dan ini adalah antara sebab aku tak suka pegi member punya kenduri. Hoh~
Sebahagian dari pose pengantin yang sempat disnap. Dengan izin tuan punya badan ia aku publishkan.
Lokasi outdoor
Aksi sang pengantin di bawah arahan cameraman
Copycat Ustazah Una & Lean di bawah arahan aku selaku cameraman
Kalo dah nama pengantin tengah candid pon berseri-seri penuh bahagia
Speechless 1
Speechless 2 : Nampak cool tapi hakikatnya pengantin lelaki tengah nangis sambil senyum sebab tak cukup gagah :p
Satu.Dua.Tiii~ga~!
Speechless 3
Giliran pengantin jadik cameraman yela cameraman pon married kapel yang tetibe teringin nak posing jugak
Sedang bersembang dengan pengantin pompuan bila tetibe pengantin lelaki muncul kat pintu
Selamat pengantin baru buat pasangan SS-AA, sila bertabah dalam menanggung tanggungjawab yang rasanya tak seindah sesi outdoor (?).
P/S: Sesi gambar hanya akan diupload setakat neh saja untuk mengelakkan deme-deme yang blom kawen terasa aura jeles. Tamat~!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan