Jumaat, 31 Ogos 2012

Happy Indipendence Day~

Busy for the whole week.

Weekend neh sepatutnya akan busy jugak dengan 3 kupon yang kena redeem, tapi last minute ada pertukaran jadik weekend neh cuma redeem satu jeh.

Dan kalo takde aral sekali lagi ke Hutan Lipur Kanching. Whee hee~~

Tetibe je rasa macam dah lama tak lepak ngan hosmet. Jadi kali neh sesi berjimba-jimba dengan seronoknyaaaaa.

Hah, hari nih dah masuk 31st Ogos. Selamat Hari Merdeka. Tahun neh pon sama jugak, hari merdeka aku sambut dengan sesi bekerja di opis. Macam tak biasa pulakkkkk kan.
Kalo kena dengan keadaan esok pagi jalan raya akan lengangggg. Part paling best time gi keje.

Dengan harapan yang tinggi, semoga esok call tak la sedasat sepanjang minggu neh, insyaAllah.....amin!



P/S: Kadang jumpa jugak customer yang membebel mak nenek tapi at the end mintak maaf because of her temper. Rasa pelik. Keke~

Isnin, 27 Ogos 2012

Shopping Day

Shopping for almost 12 hours & dapat beli hampir sume yang diperlukan.

Tapi paling penting dah beli wedges untuk kegunaan di waktu-waktu tertentu - contohnya kalo kena suruh gi kenduri temankan hosmet/member. Selama neh bantai je sandal ke, kasut bodoh ke, even crocs conteng-conteng sekalipon.

Apa tah masalah nak pakai comel-comel ayu santek bagai walhal yang nak makan adalah di mulut takde kena mengena pon dengan kasut or handbag yang lagi menyusahkan nak beratur amik makanan je kadang.

Tapi...... since dah kena panahan beracun lagik membunuh oleh hosmet diikuti sesi bebelan yang bakal berbahagian-bahagian dek men bedal pakai je kasut lalu terpaksa la percepatkan proses pembelian wedges yang sebetulnya memang ada dalam perancangan, cuma selalu tertunda dek malas nak mulakan sesi jelajah kedai carik kasut. Dan kesahnya, last beli sandal/kasut/wedges pon last 2 years ke tah, sempena raya.

Dannn... yang terlebih penting adalah dah beli laptop baru.

Untuk adik aku. Dan insyaAllah kalo sumenya ikut perancangan lagi sebulan akan dapatkan balik lappy klasik kesayangan dari beliau.

[Rasa pelik bila lappy berfungsi lancar tanpa hang sikit pon. Macam ketidaksempurnaan pulak rasanya wahahaha]

Jadi entry ini adalah dari lappy baru, wahahaha.




P/S: Dan buang tebiat beli something ridiculous. Tatau bape lama ia akan berada dalam godok sebelum disarung. Keke~

Rabu, 22 Ogos 2012

Lappy yang Dirindui

Sungguh awkward bila 100% online dengan tipon. Skrin kecik dan kena menaip guna ibu jarri semata. Tak boleh tekan 'delete' dan menaip penuh perasaan.

Lappy skang bersama tuan sementara. Harus la bertabah sekurang-kurangnya dalam masa sebulan neh. Aktiviti mendonlod sesuka hati nampaknya perlu dijedakan seketika.


P/S: Gamaknya bakal berconteng selalu la laman sini memandangkan DNO dah tak available.

Sabtu, 18 Ogos 2012

Menjelang Raya

Tahun ni alhamdulillah company buat penyelarasan gaji. Dan selaku antara yang turut mendapat kenaikan neh adalah berita yang menyebabkan terkena kesan Parkinson sementara tatkala menatap akaun gaji.

Syukur alhamdulillah, kiranya tahun ni aku dapat kenaikan dua kali. Seyes seronok. Dan mak aku pon dah tak ralat aku tak jadi cikgu. Hehe.

Cuma, bak kata orang kemalangan tak berbau.

Tengah malam tadi tetibe dapat call dari famili kat kampung. Memang pelik sebab tak penah dorang call selewat tuh. Dan panggilan tuh dari adik aku si bakal cikgu, sambil nangis.

Bilik kitorang kena masuk dek pencuri. Laptop adik aku yang baru setahun lebih & hp yang baru sebulan dua lesap.
Tingkap bilik diumpil & kebetulan sebelum tu adil aku sebetulnya tengah siapkan eseimen. Kendian mak aku panggil suruh tolong siapkan kueh raya. And the rest is history.

Dua berita - baik & buruk - dalam masa yang sama.

Tapi alhamdulillah masa kejadian adik aku takde dalam bilik. At least takde kemalangan jiwa. Yang hilang cuma harta. Harta tu takpe nanti aku buat pungutan kilat kutip dana belikan beliau lappy baru.

Nampaknya lepas neh tak bleh mendonlod macam-macam untuk sementara. Nasib baik ada cik Ace. Lappy klasik kena la pinjamkan kat beliau sementara waktu.

Macam cool je bercerita kan. Heh, jujurnya menggigil kemain masa dapat call tuh.
Tapi takpe, sume orang pon takde pape maka ia adalah berita baik. ^^

P/S: Kepada yang terlibat, untu sementara anda in charge untuk sesi menonton Lelaki Berlari. Masehhhh....!!

P/S/S: Selamat menyambut raya. Balik la kampung &

Rabu, 15 Ogos 2012

Raya

Tahun ni lagi sekali balik pada malam raya.

So far sume ikut planning.

Tiket raya pegi balik done.
Baju raya done.
Kueh raya done.
Duit raya done.

Semoga perjalanan balik raya selancar tahun lepas. InsyaAllah.

Tahun nih nampaknya lebih bermakna. Sume orang dapat berkumpul. Dan ada pertambahan Arjuna Jr. Btw blom berkesempatan menatap lagi. Yang takleh blahnya Si MAW sket punya teruja.

Macam-macam soalan. Kenapa dia takde gigi, kenapa rambut pendek, kenapa asik tdo etc.
Sumbat mulut dengan pampers baru tau.

Pape hal pon masih ada 4 hari. Waaaa... Sila bertabah.



P/S: Bila mood balik kampung menyerangg..

Jumaat, 10 Ogos 2012

Current Officemates

Kali pertama sesi lepak dengan opismate yang sesama masuk satu batch lebih setahun lepas. Mungkin kali pertama dan terakhir sebab salah sorang akan resign hujung tahun neh.

Berita bakal resign yang aku terima dengan perasaan 'sila jadikan ia satu mimpi'. Adalah sangat tak seronok untuk kehilangan beliau. Walopon jarang dapat shift yang sama, jarang dapat break sesama, tapi beliau adalah sorang member yang best.

Ketiadaan beliau sebetulnya bakal meninggalkan kesan. Aiseh.

Kisahnya beliau neh dah lama nak tinggalkan dunia cs, tapi memandangkan duit tuh bukan datang dari langit hanya dengan goyang kaki maka hasrat nak berenti dipendamkan jeh. Tapi rezeki gamaknya, beliau dapat offer untuk keje dengan famili sendiri yang kebetulannya businessnya makin berkembang.

Dua dalam satu la gamaknya, dapat balik kampung for good, pastuh dapat lak keje ngan famili sendirik.

Waaahhhh. Rezeki beliau. Bila la aku nak dapat balik kampung for good atau at least dapat keje dekat sikit dengan kampung halaman. Haha.

Pape hal pon, semoga beliau sukses, sekarang & in future.



P/S: Korang dua orang yang bukak pose sesama hari ni, timekasih memenuhi impian aku makan yokgaejang. Korang besh la. Haha

Jumaat, 3 Ogos 2012

B2ST - It's Not Me

B2ST - It's Not Me [Eng Sub, Romanization & Hangul]



cr: uploader ksubs2


Lagu neh sangat comel. Sebab ada nama DooJoonie. Keke.



p/s: b2uty~

Rabu, 1 Ogos 2012