Kali pertama sesi lepak dengan opismate yang sesama masuk satu batch lebih setahun lepas. Mungkin kali pertama dan terakhir sebab salah sorang akan resign hujung tahun neh.
Berita bakal resign yang aku terima dengan perasaan 'sila jadikan ia satu mimpi'. Adalah sangat tak seronok untuk kehilangan beliau. Walopon jarang dapat shift yang sama, jarang dapat break sesama, tapi beliau adalah sorang member yang best.
Ketiadaan beliau sebetulnya bakal meninggalkan kesan. Aiseh.
Kisahnya beliau neh dah lama nak tinggalkan dunia cs, tapi memandangkan duit tuh bukan datang dari langit hanya dengan goyang kaki maka hasrat nak berenti dipendamkan jeh. Tapi rezeki gamaknya, beliau dapat offer untuk keje dengan famili sendiri yang kebetulannya businessnya makin berkembang.
Dua dalam satu la gamaknya, dapat balik kampung for good, pastuh dapat lak keje ngan famili sendirik.
Waaahhhh. Rezeki beliau. Bila la aku nak dapat balik kampung for good atau at least dapat keje dekat sikit dengan kampung halaman. Haha.
Pape hal pon, semoga beliau sukses, sekarang & in future.
P/S: Korang dua orang yang bukak pose sesama hari ni, timekasih memenuhi impian aku makan yokgaejang. Korang besh la. Haha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan