Sabtu, 18 Ogos 2012

Menjelang Raya

Tahun ni alhamdulillah company buat penyelarasan gaji. Dan selaku antara yang turut mendapat kenaikan neh adalah berita yang menyebabkan terkena kesan Parkinson sementara tatkala menatap akaun gaji.

Syukur alhamdulillah, kiranya tahun ni aku dapat kenaikan dua kali. Seyes seronok. Dan mak aku pon dah tak ralat aku tak jadi cikgu. Hehe.

Cuma, bak kata orang kemalangan tak berbau.

Tengah malam tadi tetibe dapat call dari famili kat kampung. Memang pelik sebab tak penah dorang call selewat tuh. Dan panggilan tuh dari adik aku si bakal cikgu, sambil nangis.

Bilik kitorang kena masuk dek pencuri. Laptop adik aku yang baru setahun lebih & hp yang baru sebulan dua lesap.
Tingkap bilik diumpil & kebetulan sebelum tu adil aku sebetulnya tengah siapkan eseimen. Kendian mak aku panggil suruh tolong siapkan kueh raya. And the rest is history.

Dua berita - baik & buruk - dalam masa yang sama.

Tapi alhamdulillah masa kejadian adik aku takde dalam bilik. At least takde kemalangan jiwa. Yang hilang cuma harta. Harta tu takpe nanti aku buat pungutan kilat kutip dana belikan beliau lappy baru.

Nampaknya lepas neh tak bleh mendonlod macam-macam untuk sementara. Nasib baik ada cik Ace. Lappy klasik kena la pinjamkan kat beliau sementara waktu.

Macam cool je bercerita kan. Heh, jujurnya menggigil kemain masa dapat call tuh.
Tapi takpe, sume orang pon takde pape maka ia adalah berita baik. ^^

P/S: Kepada yang terlibat, untu sementara anda in charge untuk sesi menonton Lelaki Berlari. Masehhhh....!!

P/S/S: Selamat menyambut raya. Balik la kampung &

Tiada ulasan: