Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Peribahasa yang sangat terang lagi bersuluh maksudnya.
Cuma, secara peribadi aku kurang bersetuju dengan bidalan bahasa yang satu ni. Musabab aku, apa korang tau perasaan sebenar dorang yang depani masalah tu setelus-telusnya?
Ia mungkin kelihatan satu masalah untuk kita yang memandang. Mungkin kenampakan satu beban dari kacamata kita yang melihat.
Tapi, apakah ia sebenar-benar sebuah kesulitan yang menyusahkan? Atau, mungkin tak ia hanya pemangkin pada bahagia yang bakal tiba?
Umpamanya deretan biasan cahaya tujuh warna yang hanya terbias di dada langit usai hujan turun?
Beban dalam bentuk ujian tahun akhir, atau tesis bagi penuntut tahun akhir, atau mungkin politik kerja di pejabat, hatta konflik sesebuah institusi keluarga.
Hakikatnya, hanya yang terpilih yang akan menghadapi seribu bagai bentuk dugaan. Hanya yang kuat mampu depani segala macam cubaan ni. Dan, Allah tak sesekali aniayakan memana hambaNya.
Justeru, pada yang melihat, toksah la dengkikan kesenangan yang terzahir, kerana apa yang tersirat jauh lebih sukar diteka. Dan mata yang merenung, pon tak payah lah risau berlebihan, kerana jiwa yang menanggung takkan selemah ia terlihat, Allah di mana-mana, adanya Dia, semuanya takkan apa-apa.
Buat yang sedang kewalahan, tenang ada di mana-mana. Pilihla apa saja, karaoke sesumbang suara, lepak di mampley sampai dinihari, santai di kedai kopi merenung bermacam ragam, apa saja. Cuma, itu usaha.
Allah je ada jawapannya. Bak jawapan objektif, pilihla sesuka rasa, cumanya, jawapan yang betul hanya satu.
P/S: Bila aku merapu.
P/S/S: I'm not good at comforting people, but I hope this unwanted random entry did knock some sense somehow.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan