Satu lagi buku dari FIXI.
BISIK ni bukan la buku baru dari penulis Syaihan Syafiq neh, malah beliau dah pon keluarkan sekuel kepada novel nih bertajuk KOYAK.
Justeru aku pon baru la mengada-ngada nak beli BISIK, sebab KOYAK punya sinopsis nampak menarik.
Pendekkan membebel, BISIK adalah sebuah kesah si pesakit psiko di mana ia diulas dari sisi pesakit ni sendiri. Selaku pembaca, sila teka yang mana adalah kebenaran dan yang mana adalah ilusi.
Ia tentang watak utama Mikael yang mengalami skizofrenia dan punya beberapa watak dalam diri atau lebih dikenali sebagai split personality.
Seperti buku-buku FIXI lain penulis ni menulis dalam monolog dalaman sesatu watak, cuma, di setiap monolog tak dinyatakan ia adalah ingatan/memori sesapa. Selaku pembaca, itula thrillnya.
Salah satu novel kegemaran aku berkenaan split personality adalah MANDATORI tulisan Ramlee Awang Mursyid. Ada 4 watak dalam satu diri dan setiap satu watak pecahan tuh diperincikan, dan setiap satu plot memperlihatkan hubungkait antara satu watak demi satu watak. Tapi, ada satu watak, watak ketiga, agak sukar untuk adanya pertalian dengan watak-watak lain. Dan hampir penghujung cerita keempat-empat watak bersatu - demi sebuah dendam yang belum selesai.
BISIK ada sedikit beza, hingga ke penghujung kesah, watak utama tetap tatau bahawasanya ada watak lain dalam dirinya. Dan pertukaran demi pertukaran watak tuh dialami dalam jarak masa yang singkat, malah watak kedua dalam diri beliau sepertinya wujud dalam jasad kasar.
Babak paling mengelirukan adalah babak di mana salah sorang kawan baik Mikael diikat dan dibelasah teruk waima sorang pompuan oleh watak kedua, Mikael berusaha selamatkan kawan beliau tapi dalam masa yang sama dia sendiri teruk dibelasah oleh watak kedua neh.
Macamana rupanya orang yang membelasah dan mangsa belasahan(?) adalah dalam jasad yang sama?
Pape pon, tahap kerosakan moral dalam buku nih adalah jauh lebih minimum berbanding buku-buku terbitan FIXI lain.
Tapi aku tetap tak mencadangkan buku ni pada mereka di bawah 25 tahun, sekian. Lalalalalala~
P/S: Buku kulit nipis RAM, cepatla masuk pasaran. Oh yeah~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan