Khamis, 27 Mac 2014

Deme Sudah Kawen~

Bakal pengantin kena la tidur awal kan, tapi tuhla, adik aku tidur pukul 5 pagi, majlis akad nikah pukul 11 pagi. Nasib baik tak rupa pandabear.


Pengantin & Pengapit - dan kat belakang tuh adalah pengantin lama.


Seyes aku tak suka mekap pengantin - bleh ngigau malam kalo tengok lama-lama.
[Kesahnya lepas jeh akad adik aku tanggalkan mekap tuh dan mekap sendirik. Keke~]


Usai akad nikah.

Dengan sekali lafaz rasmi la sudah aku dapat adik ipar. Walopon yang nikahnya orang lain tapi aku plak terlebih-lebih eksaited - alkesahnya mudah saje nak halalkan ikatan dua orang yang berbeza neh, cuma proses penyediaannya la hai bapak punya susah..... akad nikah je bleh? Tade hantaran 9-11 dulang bagai & pelamin pepelik? Keke~



Pengantin mekap sendirik wakaka~


Lalu bersanding la dua mempelai. 

Gambar curik facebook sape tah. Pasalnya aku sebok menyebok kat meja makan pengantin. Dan-dan je sudu garfu sume tade maka sanding la deme kat atas, aku berperang kat dapur selongkar carik sudu.


Persalinan kedua. Tapi pengantin pompuan tukar baju akad nikah pasalnya gaun putih beliau tuh susah nak bergerak katanya. Gasak la. 


Gambar-gambar sebalik tabir majlis adik aku.


Perasmian pelamin oleh kak ipar serta anak-anak beliau & adik aku si pengapit.


Pengantin lama aka sepupu aku - suruh pengantin perempuan sedut perut sikit, kata sepupu aku pada isteri beliau yang due minggu depan sambil buat aksi sedut perut.


Sesi penyerahan bunga tangan kat pengantin. Uff~



Mak bapak pengantin menunggu pengantin lelaki yang tak sampai-sampai.



Sefamili~


Aksi kucup tangan katanya. 


Pintu gerbang. Dirasmikan adik-adik.


Rupa meja makan pengantin. Bunga kiri kanan adalah hasil keje aku keke~
Err jambangan bunga atas meja adik-adik tolong siapkan masehhhhh~


Rupa pelamin.


Alhamdulillah, selesaila sudah majlis akad nikah & sanding adik aku. Selamat jadik suami isteri. 



P/S: Selamat kawen~!!





Tiada ulasan: